Jumaat, 12 Februari 2010

Antara cinta dan persahabatan

Antara cinta dan persahabatan

Andainya ku diberi pilihan untuk memilih kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana di sebalik keindahan itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara di bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tawa, tangis, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat bicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sayang
Sekiranya ada gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksud ku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku
Sejarah perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah
Di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar kau sentiasa mengingati diriku.

Ahad, 7 Februari 2010

Prk oh Prk

Pilihanraya kampus yang lebih dikenali dengan singkatan PRK kali ni cukup panas. kali ni pengundian dibuat dengan menggunakan e-voting yang mana menggunakan sistem teknologi maklumat untuk mengira undi dan membuang undi. Rata-rata dikalangan mahasiswa tidak setuju dengan penggunaan e-voting ini. Pelbagai cara dah usaha dibuat semata-mata untuk membantah e-votong ini dari dilaksanakan. Antaranya menghantar memorendum, demonstrasi dan perbincangan dengan pihak2 terbabit. Semua ini dilakukan untuk membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyemak kembali penggunaan e-voting.

Tapi malangnya, suara mahasiswa tidak didengari oleh pihak yang bertanggungjawab ini. Mereka menganggap e-voting adalah cara terbaik untuk melaksanakan penggundian. Kali ini, aku terlibat secara langsung dengan PRK UM. Sebagai anggota sukarelawan polis, kami dikerahkan untuk bertugas bagi menjamin perjalanan PRK kali ni berjalan dengan baik. Kami membantu pengawal keselamatan dalam menjalankan tugas yang sama.

Bermula pada penamaan calon yang bertanding iaitu pada 25 Januari 2010, semua calon yang bertanding menghantar borang pencalonan mereka. Seperti biasa, terdapat 2 pihak yang bertanding yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi (penggerak). Di akhir hari penamaan calon, terdapat bantahan dibuat ke atas calaon penggerak iaitu saudara Azham yang mana dikatakan pelajar yang extend. Bantahan ke atasnya diterima dan dia tidak dibenarkan bertanding pada pilihanraya kali ini.

Pada 27 dan 28.1.10, maka bermulalah perang mulut antara dua pihak ini. Mereka mula mengatur strategi masing-masing untuk menawan tampuk kepimpinan Universiti Malaya. Seperti biasa, pihak penggerak menggunakan kuasa yang ada di kolej bagi menyebarkan risalah dan pengaruh mereka manakala pro mahasiswa terpaksa berkerah keringat untuk berkempen yang mana mereka sering mendapat tentangan dari pihat HEP dan pihak kolej. Apa yang berlaku, sedikit kekecohan berlaku dikolej 7th dan 3rd.

Tibalah hari kemuncak iaitu hari pengumuman dibuat. Proses pengundian ditutup pada jam 5pm pada hari khamis 28.1.10. Aku ditugaskan dikoleh kediaman Ibnu Sina. Pada jam 5.30pm, aku mengekori pegawai Pusat Teknologi Maklumat ke DTC untuk menghantar hardisk komputer yang dugunakan. Pada jam 7.00 pm, pengumuman dibuat dan keputusan tidak rasmi adalah pro aspirasi mendapat 21, pro mahasiswa 17 dan bebas 3 kerusi.

Keadaan menjadi hangat apabila proses bantahan dibuat. Pihak pro mahasiswa membuat bantahan berkaitan ketelusan sistem e-voting itu sendiri. Bagi mereka, kalah bukan perkara utama, tapi mereka menyelar penggunaan e-voting yang tidak tahu akan kesahihannya. Mereka menuntuk dato' Nc mengadakan pengundian menggunakan manual.

Pada malam tu, suasana cukup bising dengan laungan Hidup Mahasiswa, Hapuskan E-voting, Hancur-hancur kezaliman dan banyak lagi. Aku hanya melihat gelagat dua pihak ini dengan hati yang tidak tenteram. Bantahan ini berlarutan ke tengah malam. pro mahasiswa bergerak ke pejabat NC dan meminta NC turun dan berjumpa dengan mahasiswa dan menuntuu janji NC untuk mengadakan undian semula sekiranya teradapat masalah dalam e-voting itu sendiri. Tapi malngnya, Dato NC telah keluar menggunakan pintu belakang untuk balik. Ini membangkitkan kemarahan 300 mahasiswa dari pro mahasiswa yang menunggu beliau. Semua mahasiswa bersurai pada jam 12tgh mlm selepas diminta oleh Asp Tuan Ismail selaku pegawai penyelaras kami.

Perkara ini tidak terhenti disitu sahaja, pada keesokanya seramai 200 mahasiswa telah berkumpul di DTC untuk mendengar keputusan dari dato Nc sendiri. Selepas jam 11pg masa yang dijanjikan untuk berjumpa dengan mahasiswa, Dato Nc tidak lagi datang, mereka menyerbu masuk ke kawasan pejabat NC dan melaungkan perkataan, NC letak jawatan. sekitar jam 11.45pg, NC datang kerana beliau baru balik dari KPS kerana Datin Rosmah telah datang ke UM.

Beliau berdiri di tengah2 mahasiswa denga berucap menggunakan healer dan memaklumkan ingin berjumpa dengan 10 orang sahaja wakil dari mahasiswa untuk berbincang dengan beliau. Permintaan itu pada mulanya tidak diterima oleh semua mahasiswa yang berkumpul tapi akhirnya terpaksa akur dan menghantar wakil mereka.

Sekitar jam 5pm, saudara Ridzuan keluar dari pejabat NC dan memberitahu keputusan PRK kali ni ditangguhkan ke hari rabu dan dato; NC meminta pihak pro mahasiswa membawa pakar dari luar untuk memeriksa sistem yang digunakan.

Selepas hampir seminggu penangguhan keputusan, tibalah masanya hari yang dinantikan. Dato Nc mengumumkan keputusan asal adalah muktamad dan tidak ada penggundian semula dilakukan.


Tak Da Rezaki Kali Ni

ni merupakan tahun ketiga aku bermain takraw untuk Sukan Mahasiswa UM(SUKMUM).

2tahun sebelum ni team aku berjaya je ke peringkat separuh akhri.

tapi kali ni cabaran cukup kuat.

team yang bertanding semua hebat2..


kali ni kami tewas diperingkat suku akhir

amat kecewa

tapi nak wat macam mana

kalah menang adat permainan

buat team kolej 12th, tahun depan kita wat lagi terbaik

aku yakin kita boleh berjaya samapai menjadi juara

Ahad, 17 Januari 2010

IPT tidak boleh sekat kebebasan bersuara siswa

KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.

“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Selepas hampir tiga dekad sudut pidato diharamkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Kebangsaan Malaysia (USM) menjadi perintis kepada program itu selepas ia diperkenalkan kembali tahun ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Zaini Ujang, bagaimanapun berkata, pelajar perlu bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikan dan bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar garis panduan ditetapkan universiti.

Berita Harian Ahad 17 Januari 2010

Sabtu, 16 Januari 2010

Terharunya..

meting...meting..meting..
macam tulah diari hidupku..hampir setiap hari ada meting...
mungkin ramai lagi rakan2 senasib denganku..
tapi takpe, ni suma ilmu dan pengalaman...

malam tadi adalah meting pertama PERMIS untuk tahun ni...
beberapa agenda dibincangkan..
antaranya berkaitan projek2 yang akan dibuat semester ni..

aku turut terlibat dalam proek semester ni...
memegang jawatan pengarah projek bukan asing bagiku..
tapi kali ni aku jadi pengarah untuk OPKIM anak2 Sarawak..

huhu satu tugasan yang cukup berat.
ni kali pertama aku menjadi pengarah untuk opkim..
kalu sebelum ni, aku cuma ada pengalaman jadi ajk sahaja..
masa tu, aku join Progaram Bersama Masyarakat di Perlis.

pengalaman inilah membolehkan aku memegang tugas sebagai pengarah projek.
ape yang terharunya adalah,
di akhir meting, satu anugerah telah diberikan kepada exco yang paling cemerlang.
tak sangka aku yang terpilih.
trima kasih atas pemilihan dan kepercayaan yang diberikan.
insyaAllah selagi ada tulang 4 kerat,
aku akan terus berkhidmat.

Rabu, 13 Januari 2010

Bantuan Yang Tak Seberapa

Inginku kongsikan sedikit apa yang berlaku pada hari ni. Niatku tidak lain hanyalah ingin membantu dengan seikhlas hati. Sebagai insan biasa, aku terpanggil untuk menolong salah seorang dari ustazku. Daripada maklumat yang aku trima, ustaz ni takde kenderaan untuk bergerak dari fakulti pendidikan ke akademi pengajian islam. Jadi, dia naik bus bersama pelajar2 lain ke API untuk mengajar kami bahasa arab. Aku berjumpa dengannya dan menghulurkan bantuan untuk mengambilnya dari fakulti pendidikan ke API semata2 untuk memudahkan pergerakan dia. Tapi, pelawaan aku ditolak dan aku tak pasti kenapa.

Kisah yang kedua pula, semasa perjalananku ke kelas qawaid, aku terserempak dengan seorang bekas ustazku yang pernah mengajar aku semasa aku di nilam puri dulu. Namanya Ustaz Nawi. Beliau sedang mengambil Phd. Aku dan rakanku pun berhenti dan bertanya kepadanya ke mana ia hendak pergi. Antara dialog kami adalah,

assalamualaikum ustaz, tegurku..
walaikumussalam jawabnya.
aku bertanya, nak ke mana ustaz? ana nak ambil teksi.
ooh yke jawabku.

Begitulah dialog ringkas aku dengan dia. Apa yang rasa terpanggil untuk aku menceritakan 2 perkara ni adalah, sekalipun mereka ni ustaz, mereka rasa tak ingin menyusahkan pelajarnya semata2 untuk membantu mereka. Ustaz yang pertama tadi adalah ustaz arab, dia sanggup naik bus bersama2 pelajar lain dan menolak pelawaanku. Yang kedua, sekalipun ustaz ni berjalan menggunakan tongkat, tapi dia kuat untuk berjalan sendiri tanpa meminta bantuan yang lain. Ustaz Nawi menerima pelawaanku dan memintaku meminta menghantarnya ke kl sentral kerana dia ingin ke ukm. Takda cara lain yang aku dapat membalas budi pensyarahku, suma bantuan yang sedikit ini sajalah aku dapat lakukan.

Selasa, 12 Januari 2010

Kesibukan Menyelimutiku

Maha Besar Allah yang menciptakan masa, sedar tak sedar dah 2minggu berlalu...begitu cepatnya masa berlalu...tanpa ku sedari, kesibukan yang menyelimutiku menyebabkan diriku tak terasa masa berlalu..adakah ini petanda kiamat yang dikatakan itu? masyaAllah...

Minggu add n drop pun dah tutup, maka barulah dapat merancang subjek2 yang telah didaftarkan.
Semester ni aku ambik 20 jam kedit. antara subjek yang aku ambik ialah:
  1. fiqh usrah
  2. metodologi fiqh dalam pendidikan islam
  3. kursus pengajaran bahasa arab
  4. qawaid tafsir
  5. sekolah berkesan dari perspektif islam
  6. penilaian dalam pendidikan islam
  7. sukarelawan kor siswa/wi polis
Alhamdulillah, pada mulanya terdapat juga masalah dalam mendaftar subjek ni, tapi berkat kesabaran dapat jugak daftar.

Bertarikh 7 Januari 2010, aku menerima satu lagi amanah yang aku kira berat untuk aku trima. Saudara Wafi telah melantikku menjadi Ydp untuk SMPI 07/08. Amanah ini aku trima dengan penuh redha sekalipun aku mempunyai banyak lagi komitmen lain untuk aku laksanakan.

InsyaAllah dengan sokongan semua, aku akan jalankan amanah dengan baik. Selain dari tugas sebagai ydp, aku juga di amanahkan untuk memegang jawatan selaku Ketua Pengarah Projek untuk balai islam kolej Kediaman Dr Raja nazrin Syah. ini juga satu amanah yang berat yang aku perlu pikul.

Satu lagi projek besar yang aku pegang sem ni adalah Program Anak Angkat yang akan diadakan di Padang Kemunting, Melaka.Semoga projek ini dapat ku laksanakan dengan baik. nanti aku iklankan berkaitan program ni k.

Akhir sekali, aku berdoa pada tuhan supaya diberi kesihatan dan kekuatan untuk aku terus menjalankan tugas dengan baik. Amin

Selasa, 5 Januari 2010

Dr M: Undang-undang tidak dapat selesai isu 'Allah'

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

“Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

“Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,” tegasnya.

Menurut Dr Mahathir, kontroversi tersebut bermula pada waktu beliau masih menjadi perdana menteri.

“Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

“Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang,” tambahnya.

Menurut Dr Mahathir, sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah.

Tambahnya, nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

“Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

“Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

“Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

“Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci".

“Maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa,” katanya.

Di Amerika Syarikat, kata Dr Mahathir, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman, biasa berkata dan menulis, "God is dead".

“Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti dengan "Allah is dead"?

“Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

“Saya harap pihak kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan,”
tambahnya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

The Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah penggunaan kalimah "Allah" dalam seksyen Bahasa Malaysia, sebagai terjemahan kepada perkataan God.Perkataan "Allah" digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, KDN melarang penggunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam bagi mengelak wujud salahfaham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Jumaat, 1 Januari 2010

2010



Alhamdulillah, syukur tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih dipinjamkan lagi nyawa untuk aku terus hidup dimuka bumi ini sebagai hambaNYA. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, khulafa' ar-rrasyidin dan para sahabat serta para ulama semua. 2009 telah berlalu meninggalkan kita dan pelbagai pengalaman manis dan pahit telah dilalui. Semuanya telah pergi meninggalkan kita. Dan sekarang 2010 hadir pada kita untuk terus kita lalui 365 hari lagi sebelum 2011. Itupun kalu kit masih lagi berkesempatan untuk hidup lagi. Segalanya Allah dah tentukan takdir setiap manusia. MATI tidak pernah mengenal siapakah kita, DIA akan datang menjemput kita bila-bila masa. Apa yang penting, sudah bersediakah kita dengan bekalan iman dan taqwa untuk berjumpa dengan Pencipta kita??



Terdetik untuk aku menulis sedikit apa yang dikatakan tahun baru ni. Sebagai umat islam, kita telahpun menyambut tahun baru hijrah iaitu 1431H beberapa minggu sebelum tahun baru masihi datang. Apa yang penting semua memasang azam dan cita2 untuk di gapai pada tahun baru ini. Sebagai umat islam, tahun baru atau tidak, persiapan kita untuk mati amat penting. Dunia hanyalah sementara tapi akhiratlah yang kekal abadi.

Aku ingin lontarkan satu persoalan kepada kawan-kawan semua, seandainya kita ini diberikan peluang untuk dihidupkan kembali selepas mati, apakah yang nak kita lakukan?? dah pastinya aku rasa semua akan menjawab, aku nak beramal sepenuhnya, aku nak tolong anak yatim, aku nak tingkatkan amalam aku, itulah jawapan yang aku dengar sendiri dari kawan2ku yang aku lontarkan soalan tersebut. Tapi ingatlah, Kita tidak akan dihidupkan kembali tapi buatlah perkara yang hendak dilakukan itu sebelum mati. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Berbalik pada sambutan setiap tahun, ramai yang menyambut sambutan tahun baru masihi lebih hebat dari sambutan hijrah kita umat islam. banyak jalan ditutup semata2 memberi peluang untuk menyambut sambutan tahun baru ini. Kalaulah kerajaan kita mengatakan begini sebagai contoh, kita tutup kelab malam, kedai arak, rumah urut semata2 untuk mengajak rakyatnya mengadakan majlis doa selamat atau majlis kesyukuran kan bagus. Ini tidak, kelab-kelab malam la menjadi tumpuan ramai.

Seorang sahabat yang bernama ayu telah berkongsi cerita denganku, yang mana dia telah melihat satu rancangan ditv. Ceritanya begini, ada seorang remaja perempuan berkongsi pengalamanya pada malam tahun baru. Dia mengatakan pada malam tahun baru, dia dan teman lelakinya melakukan zina. Yang dasyatnya, mereka melakukan di tengah-tengah padang merdeka. Dia mengatakan, tidak ada siapa yang peduli pada masa tu kerana semuanya mabuk dan masng-masing bertukar2 pasangan untuk melakukan seks.

Nauzubillah. Inilah yang dilakukan oleh remaja Islam sendiri. Mana perginya budaya timur yang kita amalkan. Semuanya dah hilang. Budaya barat menguasai diri. Sebenarnya kita masih lagi dijajah oleh pemikiran dan budaya barat.

Seperti biasa aku menyambut sambutan tahun baru hanya duduk dikolej. Hanya melihat percikan bunga api dari jauh sahaja. Bukan tidak mahu melihat dari dekat, tapi bahaya yang mengundang ditakuti menimpa diri. Suasana dikolej sedikit bising apabila jam menunjukkan 12.00 tepat dan mulalah ramai-ramai kuar dari bilik untuk melihat percikan bunga api di KLCC yang dapat dilihat sini. Bagi aku, setiap tahun baru memberi seribu makna bagiku kerana tarikh 1 januari setiap tahun adalah hari jadi ayahku. Semalam aku kol mereka dan mereka tengah menyambut hari lahir ayahku dalam suasana yang sederhana. Seingat aku, lama dahtak sambut besday ayah, kalau tak silap masa aku lepas spm, aku buat sedikit majlis dengan duit gajiku sendiri. Dah 5 tahun berlalu, aku mendoakan semoga ayah panjang umo dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Apa yang ingin aku lontarkan disini, adakah setiap yang kita cita2kan setiap tahun tercapai dalam tempoh 365 hari sahaja? ingatlah, manusia yang mampu merancang dan pastilah Allah yang menentukannya. Sesungguhnya perancangan Allah itu amat halus. Dia amat mengetahui. bagi kawan-kawan yang belum tercapai hasratnya, usaha dan terus berusaha dan berdoalah minta padaNYA apa yang diinginkan.

Jangan kita sedih sekiranya apa yang kita rancangkan tidak tercapai, tapi sedarlah ada hikmah yang Allah berikan pada kita. Tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat, mungkin sesuatu yang lain kita akan dapat. Syukurlah dengan apa yang ada dan berusahalah lagi untuk mencapai kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat nanti.

Isnin, 28 Disember 2009

Melaka oh Melaka


Alhamdulillah...syukur aku pada Allah kerana diberi kesempatan lagi untuk ke Melaka. Lame dah rasanya dah tak balik ke Melaka melawat famly angkatku. Dorang selalu tanye bila aku nak balik jumpa dorang. Kalu tak disebabkan kesibukan dengan program kat universiti, dah pasti aku akan selalu ke sana. kat sana banyak yang aku belajar.






sebelum tu aku nak perkenalkan famly angkatku dan camne aku leh dapat kuarga angkat ni. bagi aku ni semua rezki dan ketentuan dari tuhan. aku bersyukur sangat ada famly angkat sebaik ni. critanye camni, ayah angkatku tu bekas pengetua skolah aku dulu masa sekolah menengah. Dia datang untuk berkhidmat pada tahun 2000, masa tu aku tingkatan 2 g..aku mula rapat dengan famly ni masa aku jadi pengawas tingkatan 4. dan aku rasa bkan aku sahaja yang rapat. tapi ada ramai lagi yang rapat nagn famli ni. masa kat Sarawak lu, ramai anak angkat dia. tapi la ni tak tahu sebab pe ramai yang dah lupa. mungkin masing2 ada keje n sibuk kot..

masa kat skolah dulu, umie rajin berniaga. kami yang jadi pengawas ni lah yang selalu jual nasi lemak kat asrama. hehe..nasik umie ni cukup sedap dan semua suka. Daripada sambal melaka n nasik lemak ni lah hubungan kami tidak pernah putus. Alhamdulillah...
apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah pengalaman2 yang aku dapat bila aku kat Melaka. yang aku paling suka adalah bila berpeluang untuk ikut ayah pegi kuliah agama di surau2..apa yang aku belajar adalah cara penyampaian ceramah yang ayah sampaikan. Ilmu yang ayah ada cukup banyak. Ia menjadi sumber inspirasi buatku. Suatu hari nanti aku ingin seperti beliau. Ayah selalu bagi ceramah lepas magrib dan selepas subuh.

selain dari tu, ayah seorang yang rajin bekebun. Dia slalu bawak akupe ig bekebun. ni pun pengalaman yang baru aku blajar. Dia ada banyak kebun, antaranya kebun durian, rambutan, pokok getah, pokok ubi dan macam2 lagi. yang bestnye aku daat blajar sendiri ranam pokok ubi dan macam2 lagi. balik baru2 ni pun aku berpeluang untuk membaja pokok getah. bestnye..

umie lak rajin memasak. masakannya cukup sedap. yang aku paling suka umie masak sambal.
kalu masa skolah dulu, setiap kali nak buka puasa, aku mesti beli sambal umie..ehehe
kat sana aku pernah tolong kat kantin sekolah umie, tolong umie kat kedai makan dan banyak lagi la..

yang menariknya, berdekatan rumh famly aku ni ada pantai. so boleh la aku mandi pantai. heheh..sekalipun selalu je mandi pantai, tapi aku tak jga reti berenang..huhuh..aku pun tak tahu napa..heheh

aku nak selitkan sedikit la pengalaman pertamaku membawa keta kat lebuh raya dari melaka ke kl. sahabatku al-amien memberi peluag kepadaku untuk drive masa balik dari melaka hari tu..alhamdulillah selamat jugak sampai ke destinasi.

akhir sekali, sapa2 yang dari SMKAM yang nak berhubung balik kat Ustaz Alias, boleh la berhubung dengan aku k..teringat aku pada kata2 dari seorang ustaz, anak murid yang baik adalah anak murid yang datang mencari gurunya dan mendoakan gurunya, barulah berkat ilmu yang dia pelajari.

Ahad, 20 Disember 2009

Latihan Menembak


sebagai skuad senior, ni adalah kali ketiga aku berpeluang
untuk menembak. kali ni sama tempatnya dengan tahun lepas
iaitu di Lapang Sasar Mantin N.9.

Pengalaman sebegini tidak semua merasainya.'
aku berasa bertuah dan beruntung kerana merasai pengalaman sebegini.
kali ni, kami berpeluang untuk menembak menggunakan mp5.
kalu yang lepas, kami tak diberikan peluang, tapi kali ni
kami berpeluang untuk merasa sendiri. bagi aku, disiplin menembak ni perlu tinggi.
tak boleh nak main2 masa menembak ni.
sebabnye kami gunakan peluru hidup dan alhamdulillah takde apa2 yang tak diingini berlaku.
trima kasih kepada pegawai kami yang banyak menolong kami.



Salam Maal Hijrah



Bismillahirrahmanirrahim.....bersujud syukur kepadaMu ya Allah kerana masih dipinjamkan nyawa olehMu untuk terus hidup dimuka bumiMu ini. Aku merafa'kan kesyukuran padaMu ya Allah, setahun telah berlalu dan banyak perkara manis dan pahit telah aku lalui. Sempena tahun baru hijrah ni, aku tidak mahu melepaskan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam 1431H kepada semua rakan2 dan semua umat islam. Marilah kita sama2 menghayati nikmat hijrah yang sebenar. apa yang ingin saya kongsikan disini adalah maksud sebenar hijrah. semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kita bersama.

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).

Di samping Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.

Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan.

Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid, iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.

Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.

Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.

Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107 maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.


Sabtu, 12 Disember 2009

Akhirnya

Alhamdulillah...akhirnya habis jugak latihan praktikal kat balai-balai polis terdekat.. antaran balai-balai yang aku pergi adalah balai Dcc Briekfield, balai Briekfield, balai Petaling, balai Travers dan last sekali balai Pantai. Masa praktikal ni, banyak pengalaman yang aku timba sendiri yang mana aku rasa tak suma merasa pengalaman seperti aku dan rakan2 lain dalam Suksis
Rasa bertuah dan beruntung jugak kerana memilih Suksis sebagai medan untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman. Kalau aku nak ceritakan dari mula aku masuk Suksis sampai sekarang, tak habis or tak larat rasanya nak taip. hehe...Tapi takpe, aku nak kongsi pengalaman masa aku buat praktikal kat balai-balai je dulu k.

Lepas habis je interaksi kat Tasik Kenyir, maka bersambunglah tugasan aku di balai. Pertama sekali pengalaman kat balai Travers, aku dan rakan lain di bawak meronda menaiki kereta peronda polis. Kami di bawa meronda ke sekitar kawasan Travers. Antara peristiwa yang berlaku semasa kami meronda adalah berlaku kemalangan dan mengenalpasti kereta yang disyaki dicuri.

Masa tulah aku rasa sendiri betapa kena pantasnye anggota polis kena berada di kawasan yang dilaporkan. Perasaan gementar pun ada wujud dalam diri bila mana kami mendekati sebuah kereta curi. salah seorang anggota polis meminta anggota disebelahnya mengeluarkan senjata.

Masa tu kejut jugak perut aku, mana tak nya..kalu lah berlaku pertempuran, aku mana da senjata..hehhe..aonggota polis terus kuar dan memeriksa kereta itu yang mana telah ditinggalkan di belakang kedai makan dengan keadaan tayar sudah pun dipamcitkan. aku dan rakan yang lain dok diam2 dalam keta...hampir setengah jam jugak lah dok kat dalam. tiba2 anggota polis menyuruh kami keluar setelah mendapati keadaan tenang dan aman. antara lain pengalaman yang aku dapat kat sana adalah dapat melihat sendiri file2 laporan mati mengejut. aku melihat sendiri gambar2 mayat yang mati mengejut. di samping itu, anggota juga berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan kes2 tertentu.

Manakala kat balai Petaling pulak, aku dan rakan yang lain berpeluang untuk menebual pesalah juvana yang ditahan reman di sana. Aku mengambil kesempatan itu untuk memberikan sedikit nasihat dan motivasi kepada mereka. Mereka baru berumur 16 tahun dan telah melakukan kes pecah rumah jiran. Nampak wajah penyesalan dalam diri mereka. Yang menyayat hati aku, mak ayah mereka datang untuk melawat mereka dan mereka menangis kerana tidak sanggup melihat anak mereka digari dan duduk dalam lokap dalam keadaan tidak selesa. Itulah hati seorang ibu, cukup sensitif. sekalipun anak mereka melakukan kesalahan, tapi sayangnya mereka pada anak tidak terkata. Kesempatan itu, aku dan rakan memberi banyak nasihat yang berguna kepada mereka.

Selain dari itu, beberapa anggota polis berkongsi pengalaman mereka dalam bertugassebagai anggota polis. Aku akui tugas seorang polis bukan mudah, tapi cukup berat. Bagi yang tidak memahami tugas polis, saya syorkan kena tahu dahulu sebelum mengkritik tentang mereka. Gaji yang mereka peroleh tidak berbaloi dengan apa yang mereka tugaskan. Tanggungjawab mereka cukup besar bagi memastikan kita orang awam ni boleh tido nyenyak kat rumah. Tugas mereka cukup mulia.

Akhir sekali, banyak pengalaman yang aku timba melalui Suksis ni. pengalaman ni ada yang manis dan ada juga yang pahitnye. Tapi semuanya dah aku tempuh. Aku enjoy dalam Suksis.






Ahad, 6 Disember 2009

Tasik Kenyir Yang Indah

Salam buat semua..
6hari telah berlalu, aku dan rakan2 suksis yang lain menghabiskan masa
kami di Tasik Kenyir.
di sana, tersimpanlah seribu kenangan yang tak dapat aku nak ungkapkan
dengan kata-kata.
Maha Suci Allah yang Maha Besar,
memberi kesempatan untuk aku dan rakan2 lain
untuk menjejak kaki di sana.

rasa bertuahnya dapat melihat alam yang cukup indah di sana.
peluang ini hanya datang sekali dalam hidup.
kenangan yang tercipta menjadi suatu yang indah dalam hidup.
di samping rakan2 lain sibuk dengan cuti,
kami pula sibuk dengan hari interaksi junior, inter dan senior
di tasik kenyir.
perjalanan kami memakan masa selama 12 jam untuk tiba di sana
keadaan hujan yang tak henti2 seharian,
menyebabkan perjalanan kami bertambah 4 jam dari masa yang ditetapkan
untuk sampai ke sana.
hujan rahmat yang mengiringi kami ini
memberikan kami lebih cabaran untuk meneruskan perkhemahan kami.
di kala rakan2 yang lain mempersoalkan bolehkah kami meneruskan
latihan kami, aku memikirkan ini adalah satu ujian dari yang Esa.
walaupun keadaan cuaca tak mengizinkan,
kami tetap meneruskan perkhemahan kami.

kami tiba di sana pada jam 7.45 malam,
dalam keadaan yang cukup bersyukur dan penat.
kami diarahkan untuk mendirikan khemah pada maalm tu juga.
pada hari pertama, kami menghadapi keadaan yang sedikit sulit.
ni kerana hujan tak henti2 turun dari mula kami pergi hinggalah kami sampai ke sana.
tapi itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk terus bersemangat.

antara aktiviti yang menarik ialah explorace, jungle tracking, water confident,
nite walk, kembara lasak,
BBQ dan kem motivasi.
semua ini dapat kami jalankan dengan jayanya.
hujan tidak menjadi penghalang buat kami.
kami bersyukur atas hujan rahmatMU ya Allah.



nilah gambar bersama adik2 skolah ulu terengganu.
kami squad senior diberi peluang untuk memberi motivasi kepada adik2 ni.
walupun bersama mereka 2hari satu malam,
tapi apa yang aku dan rakan2 sampaikan adalah pengalaman dan ilmu kami
yang kami kongsikan bersama mereka.



bagi aku, water confident adalah satu aktiviti yang pertama kali kami buat.
selama 3tahun kami squad senior,
baru kali nikami berpeluang melakukan aktiviti ni.
cukup best rasanya..hehe
pada malam last pulak,
ada aktiviti persembahan kumpulan.. junior2 ni cukup kreatif. sakit perutku gelak..hehe
tapi lepas je habis program tu, ingatkan nak gelak lagi...
tapi..hem
mungkin ini dinamakan perasaan masing2ada yang tak dapat menahan rasa sebak
dan menangis. mungkin merasakan ini adalah interaksi terakhir bagi mereka.
tapi no hallah..nak menangis ke, ketawa ke,
ada ku kesah..heheh
pada lewat malam tu pulak,
aku dan rakan2 senior wat satu slot ntuk adik2 skolah n
banyak nasihat berguna kami sampaikan.
pe lagi nak aku celotehkan ah..
tapi aku nak cakapkan,
tasik kenyir cukup cantik dan indah...
bertuah rasanya dapat pergi ke sana...
kalu ada rezki, aku nak g sana balik...
kenangan ini akan ku sematkn dalam sanubariku
aku rasa sampai disini saje laporan tasik kenyirku...hehhe