Selasa, 23 Mac 2010

Manusia Yang Kejam

melihat kepada gambar-gambar ini, tidakkah anda terfikir satu perkara..apakah dosa mereka ini sehingga mereka diperlakukan sedemikian???? mengucap panjang aku apabila membuka salah satu blog kawanku apabila melihat gambar-gambar ini..adakah ini dinamakan manusia yang bertamadun??? adakah ini dinamakan manusia yang telah maju dan moden mengikut peredaran zaman??cukup kejam perlakuan manusia sekarang..ke manakah perginya sifat kemanusian yang wujud dalam diri manusia itu sendiri..malah orang yang memperlakuakn perkara sebegini akalnye lebih rendah dari binatang...sama2 kita fikir2kan dan renung2kan apa yang terjadi sekarang..kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi...tanpa rasa bersalah, anak-anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kezaliman manusia....di manakah silapnya kita sekarang..aku mengajak sahabat2 sekalian berfikir panjang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku...fikir-fikirkan bersama










Isnin, 22 Mac 2010

Dinner Bersama Puteri Umno


Jumaat lepas aku telah menghadiri satu majlis
makan malam anjuran Puteri Umno dan beberapa Ngo.


Tak sangka pulak, majlis ini di hadiri oleh
Dato Seri Hishamudin.
Habis je majlis, dengan bangganya kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan dato seri.



Makanan yang dihidangkan cukup sedap..
hingga menjilat sudu..hihih
dah namanya rezeki, apa lagi makan je la..hehe


F@mLy DaY SMPI 2010


Geng SMPI 07/08


Famly Day SMPI telah pun berlangsung, ia merupakan aktiviti tahunan yang di anjurkan
oleh SMPI pusat. Kali ni, pengarahnya daripada tahun 1.
Objetkif utamanya adalah bagi merapatkan lagi ukhwah di antara batch
dan ustaz ustazah yang mengajar kami.
Selain itu, ia merupakan satu aktiviti riadah unutk merehatkan minda dari kesibukan belajar
di dalam kuliah harian.

Di samping itu, aktiviti sebegini mampu untuk
menjadi platform kepada bakal2 guru untuk aktif dan melibatkan
diri dalam sukan dan sebagainya.
Sebagai seorang guru, kita kena menjadi seorang yang versatile (kata orang kpg saya)
dan aktif dalam apa jua yang diceburi.

tarik tali

Apa yang dirancang selama ini berjalan dengan baiknya.
aku sendiri selaku ketua pengisian merasa terhibur dengan gelagat
semua termasuk lah ustaz dan ustazah.

kain pelikat berantai

Pelbagai aktiviti dibuat dan sebenarnya terdapat beberapa aktiviti
yang tidak dapat dijalankan oleh sebab kekangan masa yang singkat.
antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari benang di atas padang rumput,
baling belon, musang berjanggut, kain pelikat berantai dan tarik tali.

main baling belon

Tarik tali merupakan aktiviti kemuncak pada setiap tahun.
Tahun ini tarik tali telah dimenangi oleh tahun 4 dan team ustaz mendapat tempat kedua.
tahniah buat abang2 semua..

Bagi pemenang keseluruhan pula, tahun 3 bacth aku telah memenangi
tempat pertama keseluruhan dan membawa balik piala pusingan..(tapi kena hantar balik).
hehe..untuk bergambar sahaja.

proses mengikat perut ustaz

Antara ustaz yang hadir adalah ustaz Ahmad Yusuf, Dr. Hamza dan Ust Ashraf Ishraqi
dan juga penyelaras kami iaitu ustazah Shamsiah.
Sokongan yang mereka berikan membuatkan kami merasa cukup seronok.
Di samping kesibukan kerja dan masa bersama keluarga di hujung minggu,
mereka dapat juga meluangkan masa bersama kami.

mencari benang di atas rumput

Sebelum balik, aku dan beberapa rakan yang lain telah merancang satu
acara kejutan buat sahabat di tahun3 iaitu sambutan birthday kepada sahabat2 yang lahir dari bulan Jan-Mac.
Sebiji kek telah kami belikan untuk mereka ini.

Akhir sekali, aku selaku YDP bacth tahun 3 mengucapkan jutaan terima kasih
buat semua sahabat2 tahun 3 kerana memberikan komitmen yang terbaik semasa famly day tahun ini.


Semoga ukhwah yang terbina ini menjadi noktah perpaduan kita semua.
Tanpa anda sapalah aku.
Harap2 selepas ini, kita dapat menjayakan program2 anjuran SMPI lagi.
Majulah SMPI untuk agama, bangsa dan negara


17,303 anak luar nikah didaftar 2009


17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya