Sabtu, 29 Ogos 2009

SELAMAT HARI LAHIR IBU..I LOVE U SO MUCH

tanggal 28 ogos setiap tahun....
aku akan ucapkan selamat hari lahir pada ibuku...
semalam aku bergayut dengan ibuku 2 jam lebih..
banyak perkara yang kami ceritakan...
ada yang suka, ada yang sedih...huhuh....
mak ku kata, dia bersyukur sangat melahirkan aku...
perbualan kami bermula dengan bercakap tentang arwah ustaz asri....
dia cukup minat dengan ustaz asri....
katanya,,,
dia menangis melihat video klip yang menunjukkan ustaz asri rebah selepas wat latihan...
dia cukup sedih..katanya lagi.
dia seumur dengan ustaz asri...
tua beberapa hati je...
bila dia lihat gambarku dengan ustaz asri, katanya nak cuci gambar tu besar2....
semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan bersama2 para solihin....
amin

perbualan kami disambung lagi dengan memperingati pemergian atuk ku...
katanya dia masih sedih dan rasa atuk tak mati lagi..
ni kerana atuk terlalu rapat dengan kami..dia banyak menolong kuarga kami...lagipun...
rumah tempat kami menetap pun, tu rumah dia....
kami tak de rumah sendiri pun....
hanya menumpang di rumah arwah...
di saat aku dapat tahu atuk ku meninggalkan kami semua...
aku tak dapat nak menahan air mata ku dari kuar..
masa tu aku kat nilam puri...
sedihnye aku masa tu hanya tuhan yang tahu,,aku hanya mampu mendoakan beliau bersama orang-orang solihin...

peribadi atukku cukup baik....
dia tidak pernah nak mengata orang..
sunnah nabi menjadi ikutan....
hatta masuk tandas pun dia menutup kepalanya dengan kopiah...
aku cukup bangga dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan kehidupan beragama...
ramai yang mengagumi beliau....
mak ku kata..
masa pengebumian beliau....
ramai yang datang.....
sekarang atukku telah meninggalkan kami wat selamanya....
kata mak...
sebelum atok meninggalkan kami...
dia gtau kat mak yang katanya...
kamu akan senang suatu nanti...
anak2mu cukup memahami kehidupan kamu....
semoga doa atuk makbul..amin...

dia tahu kami sekeluarga hidup serba kekurangan...
kalu nak diceritakan...masa skolah dulu...
setiap kali balik sekolah je....
aku akn tunggu atuk ku pulang dari berniaga...
tujuannye aku nak makan nasi berlaukkan kuah kari daging...
hanya kuah tanpa dagingnye kerana dah habis dijual....
itulah makanan yang paling aku suka..tapi aku tak pernah merungut..
begitu juga adik2ku..mereka cukup faham dengan keadaan keluarga kami...
ayah keje tak menentu...
mak pulak keje gaji tek seberapa...
kadang kami makan sambal belacan dan nasik je...
takpun telur..tulah makanan yang kami salu makan....

sambung cita kami semalam...
cita lak pasal keluarga kami..
dia gtau adik saya yang no tiga tu jaga dia dengan baik...
dia kata untung dapat anak2 macam kami...
lagi katanya..mungkin saya dan adik saya no2 yang beri nasihat supaya jaga dia kat sana...
tapi bagi saya tak..
contoh yang saya dan adik no2 saya berikan selama ni lah yang dia ambil untuk berkhidmat pada orang tua...
tqs sazwan...
teruskan buat baik pada mak...
mak ayah hanya sekali saja hidup..selagi mereka hidup. ..
selagi tulah kita perlu buat baik pada mereka..
banyak g kisah2 suka dan duka yang kami critakan..
mak pesan, kalu dia dah takde nanti....
dia mintak hanya satu,.....
jangan lupa doakan mereka berdua...
insyaAllah mak..kami takkan lupe pesan mak....dan mak doakan kami jangan lupa diri bila dah berjaya nanti...
kami sayang mak sepenuhnya....
tepat jam 12.00 malam....
aku mengucapkan selamt hari lahir pada mak.,..
dengan tak semena2..dia menagis lagi...
dia terharu pada ucapanku...
aku berdoa agar mak dipanjangkan umo dan dimurahkan rezki...
diberi kesihatan yang baik dan kebahagian dunia dan akhirat

YA ALLAH....
ENGKAU AMPUNKANLAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU...
KAU KASIHANILAH MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK DARI KECIL HINNGA SEKARANG...
ENGKAU PANJANGKAN UMUR MEREKA DAN SARATKAN MEREAK DENGAN AMALAN YANG BAIK....
YA ALLAH...
BERILAH MEREKA KESIHATAN DAN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT...
RAHMATILAH MEREKA, LINDUNGILAH MEREKA DARI AZAB API NERAKAMU.....
LINDUNGI JUGA KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN DAK MUSIBAH...
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH...
YA ALLLAH
ENGKAU MAKBULKAN DOA KU INI...

akhir sekali...kepada pembaca semua..sayangilah ibu dan bapa kamu sepenuhnya....seandainya mereka telah pergi..hanya doa yang mereka pinta...

Khamis, 27 Ogos 2009

HADITH I/40

Daripada Abu Hurairah RA katanya: “ Adalah Rasulullah SAW suatu hari bersama orang ramai, kemudian datang seorang lelaki seraya bertanya: Apa itu Iman? Jawab Baginda: “Bahawa kamu beriman dengan Allah SWT, malaikat-Nya bertemu dengan-Nya, Rasul-Nya dan kamu beriman dengan hari kebangkitan ( Hari Kiamat ).

Beliau bertanya: Apa itu Islam? Jawab Baginda: Islam ialah kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa syirik dengan-Nya, mendirik solat, menunaikan zakat yang wajib dan kamu berpuasa pada bulan Ramadhan.


Beliau bertanya lagi : Apakah itu Ihsan ? Jawab Baginda: Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah-olah kamu nampak akan-Nya, jika aku tidak nampak-Nya maka sesungguhnya Dia nampak akan kamu,


Beliau bertanya: Bilakah berlakunya hari kiamat? Jawab Baginda: Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya. Aku akan ceritakanmu berkenan dengan tanda-tandanya, Apa bila hamba perempuan melahirkan tuannya, apa bila pengembala-pengembala unta berlumba-lumba dalam meninggikan bangunan, terdapat lima pahala tidak diketahui mahkluk kecuali Allah SWT.


Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah disisi-Nya ilmu berkaitan Hari Kiamat …..kemudian dia berundur, lantar Rasulullah SAW bersabda: Palinglah daripadnya, kemudian maka tidak nampak sesuatu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Ini Jibril datang mengajar manusia berkenaan agama mereka.


Riwayat Muslim bab kitab al-Iman no. hadis /8/ , Tirmizi bab Kitab al-Iman no. hadis /2738/ , Abu Daud bab Kitab al-Sunnah no. hadis /4695/ , dan al-Nasa`ie dab Kitab al-Iman no. hadis 8/97.

Rabu, 26 Ogos 2009

REZEKI BULAN RAMADHAN NI MEMANG MELUAH....ALHAMDULILLAH..

chapter 1..Keadaan Sebelum Ramadhan..

tak sabar aku menantikan bulan ramadhan yang didalamnya ada macam2 rahsia dan keistimewaan...
memang benar rezki bulan ni amat banyak....
aku sebagai mahasiswa cukup merasa beruntung kerana kebanyakan masjid2 menyediakan makanan berbuka...
jimat la perbelanjaan aku ibulan ni...hehehe...
hampir semua mahasiswa UM pergi berbuka di masjid sekitar UM...
terutamnya lelaki la..hehe..

chapter 2..Semasa Ramadhan..

aku pun tak lepaskan peluang ni...
selalunya aku buka kat Masjid Khadijah di kpg Pantai Dalam...ramai rakan2ku juga berbuka sana..kalu tak kat sana pun...
kat masjid bulat seksyen 14 dan TNB...
seronok juga dapat berbuka dengan masyarakt luar ni....
dapat tambah kenalan jugak....
kalu terawih....aku suka g kat masjid Ar-Rahman..
suka sangat dengar ceramahnye..banyak ilmu yang aku dapat....
tak lepas juga bercakap pasal politik...
tapi aku suka..hehehehe..
Alhamdulillah Allah Maha Pemurah..
rezki yang Kau berikan cukup buat kami rasa bersyukur atas nikmatMu..
cahpter 3..
Selepas Ramadhan...
nantikan..hehhe

DOA UNTUK KEKASIH

'Bingkisan Doa.'

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...

Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin






RAMADHAN BULAN AL-QURAN

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (AlBaqarah – 185)
SUNNAH MENGKHATAMKAN AL-QURAN PADA BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan itu diturunkan al-quran, terdapat lailatul qadar, digandakan amalam, syaitan-syaitan dirantai dan pelbagai keistimewaan lain yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
Antara amalam paling utama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan Ramadhan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-quran. Tsabit perbuatan Nabi s.a.w. mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun baginda wafat.
Abu Hurairah r.a berkata: “Sesungguhnya Jibril a.s. sentiasa melawat al-quran Nabi sekali dalam setahun. Pada tahun Nabi s.a.w. diwafatkan , Jibril telah dating melawat al-quran baginda sebanyak dua kali” hadith riwayat Bukhari
Ibn al-Atsir r.a berkata:
‘“apa yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘melawat’ di sini ialah Jibril akan mengajar seluruh isi kandungan al-quran kepada baginda dan mengkhatamkan” –rujuk kitab al-Jami’ fi gharib al-hadis, jil. 4,ms. 64.
Ini bermakna, sunnah membaca al-quran dan mengkhatamkannya sambil menghayati makna ayat bukan sekadar membaca sahaja. Ini keran tujuan membaca al-quran akan hilang tanpa menghayati isinya.
Menurut Ibrahim al-Nakha’I, al-aswad mengkhatamkan al-Quran dua malam sekali di bulan ramadhan. – Rujuk al-Siir, jil.4 ms.51
Qataadah pula mengkatamkan al-quran setiap minggu. Pada bulan ramadhan, dia mengkhtamakan al-quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadhan, dia akan mengkhatamkan pada tiap-tiap malam. – Rujuk al-Siir, jil.5 ms.276
Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah alAn’am 160)
Betapa rugi umat islam yang diberi kelebihan dan gandaan pahala oleh Allah tetapi diabaikan begitu sahaja. Apakah mereka merasakan amalan mereka sudah mencukupi untuk ditimbang di atas al-Mizan kelak?
Bukankah membaca al-quran mampu menambahkan timbangan amalan kita di akhirt kelak? Justeru rebutlah kelebihan membaca al-quran ini yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu terutama di bulan ramadhan.
Menurut Abdulllah bin Mas’ud ra, Nabi s.a.w. telah bersabda:
Maksudnya: “ Sesengguhnya yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, baginya satu hassanah (kebaikan) . satu kebaikan itu bersamaan sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif laam mim itu satu huruf. Tetapi alif itu satu huruf. Lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf” –Hadis sahih riwayat al-Tirmizi. Al-Darimi dan selainnya.

...LAHIRNYA AKU...

assalamualaikum semua....

ni percubaan pertamaku untuk membuat blog sendiri..
segala kekurangan tu perkara biasa berlaku...
kadang2 kita perlu buat salah supaya kita baiki kesalahan kita..
belajar dari buat salah...hemm..berceloteh pulak...

ok sebenarnya nak cita asal usul empunya blog je....kalu sudi nak baca n tahu..
silakan..kalu ada nak soal tu...soal lah...hehe..
ok..citanya camni....diri ni hasil daripada pertemuan dua insan yang bercinta....
biasalah bercinta yang membawa kepada perkahwinan....
mereka adalah mak ayah ku sendiri..namanya Hashimah dan ayahku pulak Ismail....
mereka ni disatukan pada 1 Ogos 1985...
masa tu umo makku 17 tahun n ayahku 20...
kawen muda gtu....hampir setahun mendirikan umah tangga walupun rumah kami masa tu tak de tangga,hehe..

maka lahirkan diri ini tanggal 22 Ogos 1986 hasil pertemuan sperma dan ovum mereka.....
gembiralah mereka melihat tangisanku selepas dilahirkan....
masa tu aku dilahirkan di Hospital Umum Sarawak....maka lahirlah seorang insan yang buat blog ni...

pada mulanya aku hampir diberi nama Hasbullah dan SaifulNizam...tapi tak jadi...sebabnye..ehe..kena tanya my mum n father...

jadilah namaku sekarang Syaifullah...
makku kata masa kecik aku ni nakal...
takleh tengok barang permainan...suma nak...a
yahku pulak suka belikan aku ni barang permainan..pe lagi..rosakkan la..biasalah budak2..
aku da sejarah yang tak munkin aku lupakan sampai sekarang....
nantilah aku cita di lain masa ek...hehe..

ha..yang aku takleh lupa masa umoku 6 tahun...
arwah nenek ku suka ajak aku makan kuaci....dia salu je menang...tahu sebab pe....gigi aku rongak masa tu..hehehe..
tu lah serba sedikit sejarah hidupku sebelum ke sekolah..nanti sambung lagi ek...tadaa


SALAM UKHWAH KEPADA SEMUA.......

assalamualaikum....
saya Syaifullah bin Ismail berasal dari Sarawak
dilahirkan pada 220886 di Hospital Umum Sarawak
merupakan anak sulong dari 5 adik beradik...
mak saya pulak namanya Hasimah bt Othman
ayah lak Ismail b Hj Sulong dan mereka disatukan pada 1 Ogos 1985...
merekalah yang membesarkan saya..beruntung sangat berada dalam keluarga yang kehidupannya ala qadar.
tqs Allah..amatbersyukur dilahirkan dalam keluarga ini...
semoga kami semua diberikan rahmat dan payung iman dariMU....
amin