Khamis, 9 Jun 2011

Haji oh Haji

Apa yang aku nak share ni adalah kisah dari anak muridku sendiri. Umurnya dahpun mencecah 50-an. Tapi, usahanya untuk mempelajari al-Quran amat aku puji sekali. Aku baru lagi mengajarnya mengaji. Baru dalam 4 bulan lepas. Katanya, saya ni dah lama tinggalkan baca quran, jadi eloklah ada ustaz untuk mengajar saya mengaji. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatinya untuk mempelajari Al-Quran sekalipun dalam usia yang dah lanjut.

Selama aku mengajarnya, banyak perkara dikongsikan. Maklumlah, dia seorang peguam dan seorang pegawai di salah satu IPTS di KL. Pengalaman dia yang luas dalam dunia undang2 amat aku kagumi. Dia seorang yg tidak lokek dalam berkongsi pengalamannya.

Apa yang menarik untuk aku kongsikan di sini adalah tentang pengalaman dia menunaikan haji dan umrah. Selepas sahaja selesai mengajar, dia terus menghidangkan aku segelas air kosong dan 2 biji kurma. Katanya, jemputlah minum ustaz, ni air zam-zam dan kurma yang di bawa oleh saudara saya dari mekah. Mereka baru saja balik dari mengerjakan umrah.

Alhamdullah, rezeki aku kali ni dapat minum air zam-zam dan 2 biji kurma. Dia terus bercerita pengalaman berliau ke tanah suci bersama arwah ayahnya suatu amsa dulu. Katanya, "ustaz, dulu saya pergi haji bersama arwah ayah, masa tu ayah tak berapa kuat lagi untuk bergerak." aku mendengar dengan khusyuknya. Maklumlah tak pernah pergi lagi kan.

Katanya lagi "masa kat sana, saya selalu buat umrah berapa kali, tak ada masa untuk berbuat perkara lain selain beribadat. Kalau nak pergi solat zohor tu ustaz, kami kena ada kat masjidilharam 2 jam lebih awal. Kalau tak ustaz, tak tengoklah kita kaabah"

Dalam hati aku berkata, seronoknya dapat pergi sana, beribadah menunaikan rukun Islam yang ke-5. Tapi bilakah masanya aku akan dapat ke sana. Aku berkata lagi di dalam hati, alangkah baiknya aku dapat pergi bersama ayah dan ibuku sekali.

"ustaz, kalu nak pergi sana, baik pergi muda lagi. Senang nak beribadat, nak bergerak." katanya lagi. Aku terdiam dan berfikir sejenak. Pada saat itu aku pasangkan niat dan azam untuk ke sana juga suatu hari nanti. "kalau ustaz pergi sana, kalau kita penat ke, ada masalah ke, pertolongan tu cepat datang. Pernah satu masa tu saya keletihan, saya berehatlah sekejap. Tak sampai beberapa minit, ada yang datang pada saya memberi air zam-zam dan sedikti makanan."

Subhanallah, zikirku dalam hati. Maha Suci Allah, aku teramat ingin ke sana. Sambungnya lagi, dulu masa saya pergi 2007, kawasannya tidaklah sebesar sekarang. Katanya, setiap tahun akan dibuat penambahbaikan kawasan yang mana penambahbaikan ini akan menjadi satu-satu tempat itu jauh untuk di pergi. Nasihatnya kepadaku, kalau dah ada duit, pergilah cepat2 ustaz.
Aku terdiam dan hanya mampu tersenyum sahaja.

Tapi aku tidak dapat menyembunyikan rasa ingin ke sana. Semua umat Islam menyimpan cita2 ke sana, cuma lihat pula kepada kemampuan setiap orang. Ingin aku ulas sedikit, di negara kita ramai orang yang dah pergi banyak kali. Alangkah baiknya orang yg berkemampuan ini memberi peluang kepada yang kurang berkemampuan untuk merasai sama ibadah menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-5 ini. Tapi tidak semua orang dapat berbuat demikian kan.

Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk menjadi tetamu di sana nanti. amin..

Rabu, 8 Jun 2011

Dosa kecil akan bertukar menjadi dosa besar

Dosa kecil akan bertukar menjadi dosa besar dengan sebab-sebab berikut :-

1- Dilakukan secara berterusan.

Sebab itu dikatakan:

"Bukan dosa kecil lagi kalau dikekalkan dan bukan dosa besar lagi kalau dimohonkan keampunannya".

Satu dosa besar yang tidak diulangi adalah lebih cerah peluang untuk diampunkan oleh Allah dari dari dosa kecil yang dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.

Bandingannya samalah seperti titisan-titisan air yang menimpa batu secara berterusan akan meninggalkan bekas kepada batu tersebut, sedangkan jika kadar air yang sama kita simbahkan sekaligus ke atas batu tersebut, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.

2. Memandang remeh dosa yang dilakukan.

Jikalau seseorang memandang besar dosa yang dilakukannya, maka di sisi Allah ia akan dipandang kecil. Begitu juga, kalau dia memandang remeh dosa yang dilakukannya, di sisi Allah ia akan dipandang besar. Kalau seseorang itu memandang remeh sesuatu dosa, itu menunjukkan bahawa hatinya sudah gelap dan cenderung untuk melakukan dosa.

Seseorang mukmin itu akan memandang dosanya adalah seperti sebuah bukit yang berada di atas kepalanya yang akan jatuh menimpanya dan orang munafik memandang dosanya adalah seumpama lalat yang melewati hidungnya lalu dihalaunya.

3. Merasa gembira dengan dosa yang dilakukan.

Setiap kali seseorang itu merasa senang hati dengan dosa yang dilakukannya, maka kesan dosa itu akan makin besar dan menghitamkan hatinya. Contohnya merasa bangga dapat menyakiti, memalukan atau membohongi saudaranya yang lain.

4. Memandang mudah apabila kesalahannya ditutup oleh Allah dari pengetahuan orang lain dan Allah tidak menimpakan apa-apa bencana kepadanya.

Lalu ia menyangka bahawa kesalahan yang dilakukannya itu mendapat pertolongan dari Allah. Sedangkan Allah menangguhkan balasannya sebagai kemurkaanNya dan agar bertambah besarlah dosanya.

5. Melakukan dosa dan memperlihatkannya kepada orang lain.

Ia sama ada memberitahu kepada orang lain atau semasa melakukannya ada orang melihatnya.

· Yang pertama semasa melakukan dosa itu, orang tidak tahu, tetapi dia menghebahkannya. Ia adalah kesalahan kerana Allah telah menutupnya ketika melakukan kesalahan, tetapi dia telah membuang tabir tersebut.

· Yang keduanya dia melakukan dosa di hadapan orang lain. Kedua-duanya boleh menggerakkan keinginan buruk orang yang mendengar atau melihatnya terhadap maksiat. Apatah lagi kalau tujuan dia menghebahkannya atau mempertontonkannya agar perbuatannya itu diikuti oleh orang lain. Maka bertambah besarlah dosanya.

6. Kalau orang yang melakukannya adalah seorang alim yang ada pengikut.

Ini adalah berdasarkan satu hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan suatu amalan yang buruk, maka ke atas dirinya sendiri tetaplah adanya dosa itu, juga dosa orang yang meniru perbuatannya, tanpa dikurangi dari dosa mereka itu sedikit pun". (HR Muslim).

Sebagaimana berganda-gandanya dosa orang alim yang diikuti, begitu juga berganda-ganda pahalanya jika perbuatan baiknya diikuti.

(Petikan dari Kitab Mau'izatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin m/s: 405-406)

Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. Rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah pada bulan Ramadhan nanti untuk mendapatkan keampunan dari Allah s.w.t. Nabi s.a.w bersabda bermaksud:

"Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu"

Ya Allah! Ampunilah segala kesalahan hambaMu yang lemah lagi banyak dosa ini.

Isnin, 6 Jun 2011

Senarai nama pelajar yang akan menaiki bas untuk ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Senarai nama pelajar yang akan menaiki bas untuk ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

10, 11 dan 12 Jun 2011

Bil.

Nama

No matrik

Catatan

1.

Abdul Wafi bin Suaidi

IEB070007

2.

Aini Haslina binti Abdul Hamid

IEB070009

3.

Aisyatul Akmaliah bt. Baduldin

IEB070010

4.

Amalina binti Abdul Latiff

IEB070011

5.

Aninah binti Kimin

IEB070013

6.

Ariyana binti Adam

IEB070016

7.

Armizal bin Masli

IEB070017

8.

Dayang Hazrina binti Awang Jakariah

IEB070024

9.

Dzulharman bin Abd. Rahman

IEB070025

10.

Fadli Hilmi bin Mail

IEB070028

11.

Fairulniza binti Mohammad Salleh

IEB070029

12.

Faridah binti Isa

IEB070031

13.

Farihah binti Abd Aziz

IEB070033

14.

Ikram Azuan binti Dahlan

IEB070039

15.

Jaineh binti Bedul

IEB070041

16

Khairiah binti Qarib

IEB070042

17.

Khalisah Husna binti Yunus

IEB070043

18.

Liza binti Salleh

IEB070044

19.

Mardhiyah binti Abdullah

IEB070045

20.

Masiha binti Sulaimi

IEB070046

21.

Mazura binti Ibrahim

IEB070049

22.

Mohamad Saifullah bin Che Ibrahim

IEB070055

23.

Mohammad Zulfikar bin Umar

IEB070056

24.

Mohd Fa’iez bin Manijal

IEB070057

25.

Mohd Farhan Hafiz bin Ag Buntar

IEB070061

26.

Mohd Jamelludin bin Yusof

IEB070063

27.

Mohd Khairil Amirruddin bin Ramli

IEB070064

28.

Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman

IEB070067

29.

Mohd Shahwalludin bin Arifin

IEB070069

30.

Muhd Zuhdi bin Shahabudin

IEB070077

31.

Murni binti Mohd Zain @ Zahari

IEB070078

32.

Nadhratun Naimah binti Mat Isa

IEB070079

33.

Nazimah bt Mustaffa @ Mohd Yusoff

IEB070080

34.

Naziratul Izzati bt Ani

IEB070081

35.

Niswat Hasilah binti Sanosi

IEB070082

36.

Noor Ain binti Othman

IEB070083

37.

Noor Haiyanti binti Sha’ari

IEB070085

38.

Noor Khadijah binti Mat Kasim

IEB070086

39.

Noor Shahada binti Mohamad

IEB070087

40.

Nor Aini binti Azahari

IEB070089

41.

Nor Azuraini binti Mohamad

IEB070090

42.

Nor Hidayah bte Mohamed Ganti

IEB070092

43.

Nor Siti Hashima bt Abdul Rahim

IEB070095

44.

Nor Suhaidah binti Ismail

IEB070096

45.

Nor Suhana binti Idris

IEB070097

46.

Norainun binti Mukhtar @ Awang

IEB070098

47.

Noramidah binti Hakim

IEB070099

48.

Norfazirah bt Zakaria

IEB070101

49.

Norhayati binti Mat Arin

IEB070102

50.

Normah binti Sangkiling

IEB070103

51.

Nur Ashikin binti Ashan

IEB070104

52.

Nur Asiyah binti Mahmod

IEB070105

53.

Nur Dalila binti Samsudin

IEB070106

54.

Nur Shafinaz binti Mohamad Sahib

IEB070111

55.

Nur Suraya binti Ahmad

IEB070112

56.

Omi Azra bt Ab Aziz

IEB070120

57.

Rabi’atul Adawiyah bt Ahamed Mahir

IEB070122

58.

Rahmah binti Samah

IEB070123

59.

Raisah binti Mat Jin

IEB070124

60.

Rosmadi bin Omar

IEB070125

61.

Ruzana Izyan binti Mohd Zaki

IEB070127

62.

Ruzitah binti Sammah

IEB070128

63.

Safiah binti Alli

IEB070129

64.

Shahrul Khair bin Jalpah

IEB070130

65.

Siti Aisyah binti Yunus

IEB070131

66.

Siti Azaharah binti Mohammad Zuki

IEB070132

67.

Siti Eliana binti Rosli

IEB070133

68.

Siti Madihah binti Mustafa

IEB070134

69.

Siti Maimunah binti Salleh

IEB070135

70.

Siti Najha binti Che Soh

IEB070136

71.

Siti Norilah binti Ismail

IEB070141

72.

Siti Raozah binti Abdul Karim

IEB070142

73.

Siti Zaharah binti Rahim

IEB070144

74.

Siti Zuhaidah binti Zaharuddin

IEB070145

75.

Sumaiyah binti Zainol

IEB070147

76.

Syahratul Akmi binti Setapa

IEB070148

77.

Syaifullah bin Ismail

IEB070150

78.

Syazwani binti Salleh

IEB070151

79.

Syuhada binti Md Samsudin

IEB070152

80.

Tengku Nurul Aqilah bt Tengku Abdul Rahman

IEB070153

81.

Wan Faizah bt Wan Hassan

IEB070156

82.

Wan Nor Hafiza binti Wan Hanafi

IEB070159

83.

Zainab binti Che Mohamed

IEB070162

84.

Zarina binti Zabidi

IEB070163

85.

Maziah Hassan

IEB06…….

p/s: sila berkumpul di libry utama sebelum jam 7 pagi..sebarang kelewatan diharap tidak berlaku untuk memudahkan proses pendaftaran di ILIM nanti...