Rabu, 18 Mei 2011

16 Mei Mengubah Segalanya


SMK TAMAN KERAMAT (SMART)

Dulu aku seorang anak ketika dilahirkan oleh ibuku, setelah umurku mencecah 5 tahun, aku bergelar seorang murid kepada guruku dan hinggalah pada 16 Mei 2011, tarikh yang penuh keramat ini telah mengubah kehidupanku tuk bergelar seorang guru@ustaz kepada anak pelajar. Sekalipun ianya tidak secara rasmi lagi, tapi panggilan itu akan terus bertakhta di hati ini tuk bergelar seorang pendidik kepada anak bangsa.

Perjalanan hidup selama 25 tahun, telah aku lalui seperti insan lain. Aku percaya, setiap orang yang dilahirkan akan membawa satu misi dan visi yang berbeza. Mana tidaknya, setiap orang mempunyai akal fikiran yang ALLAH berikan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini dan mentadbir alam ini dengan gaya yang tersendiri.

Sebelum aku memulakan kisah '16 Mei', ingin aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik anak bangsa yang tidak mengenal erti penat lelah dalam menjadikan seorang manusia itu menjadi seorang manusia. Jasa dan pengorbanan guru tidak akan dapat dibayar dengan wang jutaan ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

Ok, kenapa aku katakan 16 Mei telah mengubah segalanya. Tarikh inilah aku dan kawan yang lain menjalani praktikal mengajar di sekolah2 sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tarikh yang penuh keramat ini menjadi hari pertama aku berada di sekolah dan bergelar seorang guru. Aku dan 3 sahabat yang lain praktikal di SMK Taman Keramat, Selangor Darul Ehsan. Maka di sini lah aku mendapat gelaran guru@ustaz di kalangan anak muridku.

.

Pagi jam 5.45, aku sedar dari lamunan tidurku. Pagi yang hening itu, aku terus bangkit dari tilamku untuk terus ke bilik mandi. Dengan semangat yang berkobar-kobar pada pagi tu, tidak sabar rasanya untuk menjejak kaki ke sekolah taman keramat. Selesai mandi, terus aku tunaikan solat subuh dan di akhir sujud, aku memanjangkan sujudku dan berdoa supaya hari pertamaku dipermudahkan olehNYA.

Baju yang telah diseterika menunggu masa untuk disarungkan. Hari ni, aku tidak seperti kawan2 yg lain, aku hanya memakai baju raihan dan seluar slack. Pagi ni, aku , Hazmi, Maziz dan Herman sama2 bertolak dari Taman Bukit Angkasa tepat jam 6.30 pagi. Jalan yang cukup lengang memudahkan lagi perjalanan kami ke sekolah. Sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti memikirkan apa yang akan aku lalui hari pertama di sekolah.

Tepat jam 6.55 pagi, kami selamat sampai di sekolah. Setibanya di sekolah, kami terus parking di depan pondok parkguard. Keadaan sekolah yang masih lagi lengang, dan pelajar2 pun ramai yang belum sampai ke sekolah. Kami pun duduk dibawah pondok pelajar sambil berborak2. Tiba2 datang sebuah kereta dan parking di hadapan sekolah, rupa2nya guru penolong kanan Hal Ehwal Murid. Beliau tidak teragak2 untuk menyapa kami walaupun dari jauh. Dari jauh dia menegur kami dan berkata "kenapa tak naik ke atas", kami pun melihat antara satu sama lain. Dalam hatiku berkata, bukan kami tak nak ke bilik guru, biasalah mula2 ni rasa kekok sikit. hehe..

Kami pun bergerak ke pejabat guru dan berkenalan dengan kerani sekolah. Sambil duduk2 menunggu PK 1 Cikgu Hamidah, macam biasalah, berborak2 je lah kerjanya. Tak tahu nak buat apa lagi kan.=)

Seorang demi seorang guru masuk ke pejabat guru. Nak gtau nye, dunia dah canggih, punch card dah tak pakai lagi dah. Mereka gunakan punch jari pulak. hehe..Ada yang punch guna ibu jari dan ada juga jari telunjuk. Canggih memang canggih. Tapi untuk kami pulak, hari pertama belum ada lagi punch2 ni, tunggu sekolah keluarkan borang kehadiran nanti.

Lebih kurang jam 8.00, kami bersama2 guru yang lain berarak ke tempat perhimpunan. Di sepanjang jalan, kiri kanan di sambut oleh pengawas sekolah. Kiri kanan aku toleh, semunya mengucapkan Selamat Hari Guru cikgu. Tak semena2 rupanya aku dah jadi sebahagian dari guru sekolah...hehe..Walaupun masih bergelar guru praktikal, kami tidak terasa terasing di sekolah. Kami juga mendapat hadiah dari pihak pengawas dan pelajar2 masakan. Itulah hadiah pertamaku dihari guru.

Dah macam artis pun ada jugak, kami berjalan di atas karpet merah. Kiri kanan penuh dengan kamera. Kamera pulak canggih2, CLR gitu..hehe. Selepas sahaja kami duduk di kerusi guru, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Seterusnya program bermula dengan bacaan doa dan sedikit ucapan dari wakil menteri, wakil PM dan wakil guru seterusnya penyampaian hadiah dan anugerah buat guru. Apa yang menariknya, antara anugerah yang disampaikan adalah anugerah guru paling popular dan anugerah pakaian tercantik. Bila diumumkan guru paling popular, maka bersoraklah semua anak murid dengan gembiranya. Aku ingatkan artis ja yg popular, rupanya guru pun popular jugak..hehe

Seterusnya semua guru dijemput ke depan bagi bacaan ikrar, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Aku dengan penuh semangat mengikut bacaan ikrar dan lagu guru Malaysia. Kalau diimbas kembali, dulu, aku hanya melihat dan mendengar guru2ku menyanyi lagu guru, tapi kali ini, aku sendiri yang menyanyikannya=)

Selesai sahaja nyanyian, acara memotong kek diteruskan. Pengetua diminta untuk memotong kek bersama guru PK1 dan PK HEM. Selepas itu, persembahan dari pelajar sekolah. Dengar cerita, sekolah ni ramai melahirkan artis2 di Malaysia. Contohnya Hazama. hehe, patutla mereka berbakat besar dalam nyanyian. Ketika sekumpulan pelajar membuat persembahan, seorang guru berkata "alangkah baiknya kalu mereka ni membaca al-quran'. Guru ni menujukan kata-katanya kepada guru2 agama dengan nada bergurau. hehe..

Yang bestnya, beberapa cikgu telah dipanggil ke depan dan mereka diminta membuat persembahan. Mereka adalah guru yang menerima kejutan dari pelajar SMART hari tu. Paling menariknya, pengetua pun join sekali, memang sporting giler la. Dengar kata, pengetua sekolah jenis yang sempoi2 ja. hehe

Tepat jam 9.50, semua guru dijemput makan di dewan sekolah. Pelajar2 lain menunggu aktiviti sukaneka yang melibatkan guru2 mereka. Selepas makan, semua guru di jemput utk terlibat dalam sukaneka yang dianjurkan. Pada awalnya, kami tidak dimaklumkan supaya membawa pakaian sukan, tapi atas semangat seorang guru, kami tak kesah. Dengan berpakaian kemeja sekalipun, kami juga terlibat dengan sukaneka sekolah. Nama kump aku adalah 'baik punya'...hehe

Antara aktivitinya adalah catwalk (letak buku atas kepala sambil bawa pingpong dalam sudu), bowling kelapa, masukkan gelung dalam sketel, lari ikat kaki dan futsal khas tuk guru lelaki sahaja. Walaupun kump aku tidak menang, tapi aku berpuas hati dapat bersama2 guru2 dan pelajar sekolah dalam sukaneka yg dianjurkan. Keadaan cuaca amat panas sekali, aku merasa tidak selesa kerana penuh dengan peluh..hehe


Jam 12.30, kami diminta menunggu didepan pondok guard untuk menaiki bus ke Hotel Quality. Kami bersama rombongan 'Cik Kiah'(coz semua guru perempuan naik bus, kami ja guru lelaki,hehe) menaiki bus ke hotel untuk sambutan hari guru di sana. Hanya kami sahaja yang tidak mengikut tema hari guru yang mereka rancangkan. Tema mereka warna oren. Kami tidak dimaklumkan lebih awal atas sebab2 tertentu.

Tibalah ucapan pengetua sekolah, ucapan yang bermakna dan sempoi. Dia menganggap kami guru praktikal sebagai adik2 kepada guru2 sekolah. Beliau tidak lupa untuk menyebut tentang kami dihadapan semua guru2 SMART. Acara kemuncak adalah cabutan bertuah, sekalipun aku tidak mendapat hadiah yg disediakan, tapi seronok melihat gelagat mereka. Cukup happening.


sempat lagi nak berposing,.hehe

Di sebelah tempat dudukku, adalah pemenang guru paling popular sesi petang iaitu Sir Khairul. Sepanjang majlis, kami bertukar2 pendapat dan aku mengambil peluang ini untuk meminta pendapat beliau sebagai seorang guru. katanya ' mula2 kita kena tegas kepada pelajar, dah lama2 nanti barulah kita tackle hati mereka'. nasihat yang cukup bermakna bagiku. Selain tu, kami berkongsi minat dalam sukan bolasepak, dia meminati team Arsenal dan aku pulak Chelsea..hehe..Aku langsung tidak merasakan kekok ketika berbual dengan beliau. Cukup ramah orangnya.

Sebelum majlis menutup tirainya, sesi fotografi diteruskan. Dan sekaligus wajahku menjadi sebahagian dari gambar2 sekolah SMART=). Selepas itu, kami berkumpul semula di bawah untuk menunggu bus. Dari riak wajah yang aku lihat, semuanya gembira dengan majlis yg telah dijalankan. Inilah hari pertamaku bergelar seorang guru. Hari yang penuh makna dan tidak akan aku lupakan sampai bila2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan