Khamis, 1 April 2010

Menyerlah Dari Biasa

' Menyerlah dari biasa'
itu lah merupakan serangkap lagu Gemuruh
yang merupakan lagu tema bagi Program Nadwah Kepimpinan
yang dijalankan di Sek Men Vok Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang
pada 26-28 Mac 2010 yang lalu.

tempat pertemuan pertama kami dengan adik2

Program ni merupakan anjuran SMPI bersama SMVTAA
dan juga Persatuan Mahasiswa Istimewa UM.
Seramai 40 orang faC dan urusetia yan terlibat dalam menjayakan program ini.
Program sebegini merupakan julung kali dianjurkan oleh kami SMPI tahun 3.
dan atas kerjasama sekolah, segala urusan kami dimudahkan.

Program ini banyak memberi kami pengalaman yang menarik bersama adik2 di sana.
Adik2 di sana cukup baik dan memberi kerjasama yang mantop dalam menjalankan aktiviti sepanjang program berlangsung. kerjasama yang mereka berikan menjadikan kami lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu kepada mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ice breaking, qiamulail, ceramah maghrib, LDK, explorace, perlawanan bola persahabatan dan malam bakat.
bakat yang mereka tunjukkan cukup memikat hati kami semua.
Yang aku tak dapat lupa adalah perkataan Tuuuut...Tuuuut..hehe
Semua aktiviti ini berjalan dengan baik sekali sekalipun terdapat juga sedikit masalah yang timbul semasa program.

wajah ceria akak faC sebelum sampai ke sekolah..

Pada majlis penutupanvpula, penyampaian hadiah diberikan kepada kumpulan yang terbaik dan pelajar yang terbaik dalam sepanjang program berlangsung
Peserta terbaik adalah Syukri yang mana akak fasinya adalah Syazwani dan Fazirah.
Yang jelesnya, ahli kumpulan mereka ni sentiasa menyebut nama akak2 mereka bila disuruh bercakap.
memang amntop la akak faC dua orang ni.heheh
manakalah kumpulan yang menang untuk malam bakat adalah daripada gabungan kumpulan aku dan paijan.

Kenangan bersama adik2 tidak akan abang2 n akak2 lupakan.
Segala ilmu dan pengalaman telah kami curahkan pada adik2 semua.
Dan kami mendoakan yang terbaik buat adik2 semua.

Kalau ada kesempatan lagi, kita akan berjumpa lagi.

abang Zamzuri wakil dari PERMIUM

Sebelum kami balik ke UM, kami telah dibawa ke Hutan Lipur lentang.
Tempatnya cukup cantik dan di sana,
aku dan rakan2 lain tidak melepaskan peluang untuk mandi manda.
Keadaan masa kami tiba disana cukup sesak.

Buat adik2 semua, kami mengharapkan anda menjadi pemimpin yang baik
sekaligus menjadi pelajar contoh kepada kawan2 yang lain.
Kepada semua urusetia dan fasilitator, anda semua mantoooooooop dan tahniah atas kejayaan program ini. Aku bangga dengan kalian semua.

aktiviti cina buta

menyanyikan lagu tema program

lepas aktivit explorace, kesian dorang kena calit dengan tepung..hehe

ngah mintak pendapat adik2 tentang program

aktiviti ceck point terakhir explorace

senaman petang bersama akak2 faC