Jumaat, 17 Jun 2011

Solat Khusuf (Gerhana Bulan)

Solat khusuf ( Gerhana Bulan)

Dari ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf. Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu ruku’ dan apabila beliau bangkit dari ruku’, beliau mengucapkan : Sami’allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu ( Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memujiNYA Wahai tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)”

Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali ruku’ dan empat kali al-Fatihah dalam 2 rakaat.

Bertarikh 16 Jun 2011, berlakunya gerhana bulan penuh. Aku berkesempatan untuk melakukan solat Khusuf. Aku lakukan dengan cara 4 kali fatihah dalam 2 rakaat dan 4 kali rukuk. Caranya begini:

1. Niat solat khusuf, sahaja aku solat khusuf ( gerhana bulan) 2 rakaat kerana Allah taa’la

2. Takbiratul ihram

3. Baca al-Fatihah dan surah pendek

4. Rukuk dan iktidal

5. Baca al-Fatihah semula dan surah

6. Rukuk dan iktidal

7. 2 kali sujud

8. Ulang semula dari no 2

Semoga dengan sedikit pengisian ini member manfaat kepada semua orang. Wallahua’lam



Ahad, 12 Jun 2011

Kursus Pengurusan Dakwah

Bertarikh 10 Jun hingga 12 Jun telah diadakan satu kursus di Institut Latihan Islam, Bangi. Aku bersama 157 rakan yang lain bersama-sama menyertai kursus yg dianjurkan oleh pihak Akademi Pengajian Islam UM dengan kerjsama ILIM. Program seperti ini telah dibuat sebelum ini sebanyak 2 kali. Ini merupakan satu usaha bagi mengisi masa cuti kami selama 2 minggu. Antara orang kuat yang bertungkus lumus bagi menjayakan kursus ini adalah penyelaras kami iaitu Prof Madya Dr Shamsiah Mohamad. Beliau merupakan penyelarasa Program Pendidikan Islam UM.

Pada pagi 10 Jun, aku bersama sahabat yang lain berkumpul di perpustakaan utama. Aku dibantu oleh kak dila memastikan sahabat-sahabat yang menaiki bus cukup semunya. Alhamdulillah, 2 bus yang disediakan cukup untuk sahabat-sahabat. Kami bergerak tepat jam 7.50 pagi, lewat 20 minit seperti yg dirancang. Aku pula menaiki kereta bersama Hazmi, Hirman dan Maziz. Alhamdulillah kami selamat sampai pada jam 8.10 pagi. Aku pun keluar dari kereta terus menuju ke lobi asrama. Aku lihat beberapa orang sahabat telahpun sampai lebih dulu dari aku. Selepas 5 minit kemudian, sahabat-sahabat yang menaiki bus pun sampai. Tapi, pihak urusetia ILIM belum lagi membuka kaunter pendaftaran bilik. Ini menyebabkan kelewatan kami memulakan program pada pagi itu.

Kehadiran Dr Shamsiah pada pagi itu juga menyerikan lagi suasana di situ. Aku cukup kagum dengan seorang wanita yang berjiwa besar ini. Seorang yang mengambil berat dengan anak muridnya. Sekitar 8.20 barulah kaunter pendaftaran dibuka. Aku diminta oleh Ustazah supaya meminta sahabat-sahabat berbaris ikut pasangan masing-masing. Jam hampir menunjukkan jam 9 pagi, aku bertanya kepada ustazah samaada nak meneruskan pendaftaran atau pergi mendengar taklimat terlebih dahulu. Jadi ustazah memilih untuk kami mendengar taklimat dari pihak ILIM terlebih dahulu, dan sesiapa yang belum selesai mendaftar, selepas dari taklimat boleh melakukannya. Semua kami bergerak ke Auditorium Shafiee untuk mendengar taklimatdari Ustaz Raja. Kami diberitahu tentang etika ketika berada di ILIM dan sebagainya.

Taklimat tamat pada 9.50 dan seterusnya sesi fotografi. Kami bergegas gerak ke depan blok pentadbiran untuk berkumpul bersama-sama sebelum gambar di ambil. ILIM menyediakan fotografi nya sendiri dan kami juga ada fotografi kami. Selesai sesi bergambar, semua kami bergerak ke dewan makan untuk sarapan pagi. Perut yang tidak terisi lagi pada pagi tadi , sudahpun terisi. Terdapat beberapa orang sahabat yang belum mendaftar meneruskan proses pendaftaran di lobi asrama. 30 minit telahpun berlalu, slot yang kedua akan bermula. Slot ini akan di sampaikan oleh Us. Mohd Fadzil bin Abu kassim. Beliau akan menyampaikan slot bertajuk Kepimpinan Da’ie ke Arah Tranformasi Insan.

Sebelum habis sesi bersama beliau, beliau membuka soalan atau pandangan daripada kami. Saudara Fahmi telah mengutarakan pandangan belaiu tentang politik Malaysia. Setelah tamat slot yang pertama, kami terus bergerak ke dewan makan. Hari ini lauk Ayam dan Ikan. Alhamdulillah, makanan yang disediakan sedap dan menyelerakan. Selepas makan, aku balik ke bilik tuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat di IPG Pendidikan Islam. Tajuk khutbah hari ini berkisar tentang jasa seorang Ibu dan penghormatan yang sepatutnya diberikan oleh seorang anak terhadap seorang ibu.

Selesai solat jumaat, kami bergerak ke ILIM semula. Terasa juga kepenatan walaupun baru hari pertama kursus. Aku mengambil masa 30 minit yang ada untuk aku melabuhkan badanku di atas katil yang cukup empuk. Bilik yang disediakan kepada kami cukup selesa, lengkap semuanya. My romate adalah mamat ganu, oghe ganu. Slot seterusnya disampaikan oleh Dr Mohd Fuad Yeoh. Beliau merupakan seorang muallaf dan merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dalam agama. Selepas sembang di dewan makan, aku bertanya kepadanya sejak bila dia masuk Islam, katanya umur saya 25 tahun, masa tu lepas belajar di Universiti. Apa yang mendorong beliau tuk masuk Islam adalah, beliau sudah lama bersama dan bergaul dengan orang Islam sejak kecil. Dan dengan hidayah Allah, belaiu terpilih untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Sesi slot ke- ini tamat pada jam 4.45 petang, selepas itu kami bergerak untuk makan di dewan makan. Kali ini, aku diajak oleh ustazah tuk makan bersama VIP di dewan makan. Selepas itu, aku bergegas tuk solat asar dan selepas itu kami ada riadhah bersama-sama. Peluang ini tidak aku lepaskan kerana tidak pernah lagi dalam sejarah SMPI kami bermain bersama semuanya. Yang muslimat dengan gamenya dan yang muslimin dengan bolanya. Tak terkata dengan kata-kata apabila semuanya nampak seronok dapat bermain bersama-sama. Tepat jam 6.30 petang, aku mengajak sahabat2 tuk balik ke bilik tuk makan petang. Kali ini agak mengejutkan apabila makanan yang disediakan tidak cukup untuk semua kami. Tapi atas budi baik orang dewan makan, mereka masak semula bagi pelajar yang tidak dapat makan lagi tadi.

Selesai makan petang, kami bergegas untuk mandi dan seterusnya menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selepas menunaikan solat maghrib, sedikit tazkirah telah di sampaikan oleh Qutsam yang mana beliau menekankan tentang masa. Masa hidup ini tidak selamanya, tapi masa yang kekal abadi adalah nun di akhirat nanti. Beliau berkongsi sedikit cerita tentang sahabatnya yang dikenali sejak kecil lagi. Baru tidak lama berjumpa, belaiu mendapat berita sahabatnya meninggal kemalanagn jalan raya. Pada mulanya beliau tidak mempercayainya sehinngala melihat sendiri jenazah sahabatnya itu.

Slot seterusna merupakan Majlis Perasmian dari pihak UM yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Ijazah Dasar APIUM iaitu Prof Madya Dr Abdul Karim bin Ali. Beliau ditemani oleh Timbalan Pengarah ILIM. Antara isi ucapan Dr Abdul Karim adalah, belaiu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ILIM atas kerjasama bagi menjalankan kursus ini di sana. Seterusnya belaiu merasmikan Kursus Pengurusan Dakwah selama 3hari 2malam ini. Alhamdulillah majlis pada malam tu habis jam 10 malam dan semua kami mangambil masa yang ada untuk berehat sahaja dibilik masing. Dan ada yang mengambil peluang ini untuk keluar minum di luar ILIM.

Pada malam pertama, aku tido pada jam 12.00mlm. Pada keesokan harinya, slot ke-3 diteruskan lagi dengan tajuk Metodoligi Dakwah Kepada Muslim dan Non Muslim yang disampaikan oleh pendakwah yang tidak asing lagi Tuan Haji Muhammad Abdullah Nkholas Sylvester yang merupakan seroang muallaf. Beliau banyak berkongsi cerita dan pengalaman beliau semasa berdakwah. Antara satu cerita yang beliau kongsikan adalah berkaitan dengan keikhlasan dalam berdakwah. Terjadi pada suatu hari, seorang non muslim ingin memeluk Islam dan dia pergi ke pejabat agama untuk memeluk Islam. Kebetulan pada masa itu dia datang pada jam 4.30 petang, dah habis waktu pejabat. Ketika duduk di depan pegawai agama, dia mengatakan ingin memeluk Islam. Sambil pegawai itu melihat ida, dan dia pun melihat pegawai tersebut. Maka apa yang terjadi adalah, pegawai it uterus berkata, kau ada bawak tak gambar 3 keping? Tanya pegawai tersebut. Dia pun terpinga-pinga dan dalam pada masa yang sama dia tidak membawa apa-apa dokumen pun. Jadi, pegawai tersebut terus meminta dia balik dan datang semula esok untuk memeluk Islam. Di sini kita lihat, prose situ sendiri menyebabkan orang yang nak masuk Islam merasakan beban kepada mereka. Apa salahnya terima dahulu syahadah orang itu tadi dan meminta semula datang pada esok hari untuk proses seterusnya. Tapi malangnya, disuruh balik tanpa menerima syahadah orang itu terlebih dahulu.

Ada satu lagi cerita, berlaku disebuah perkampungan orang asli. Jadi datanglah pegawai agama ke sana. Berjumpa dengan tok batin dan beberapa orang kampung di sana. Maka bertanyalah pegawai agama tadi kepada tok batin, kamu dah peluk Islam? Jawab tok batin, dah, kami dah 11 kali memeluk Islam. Semua dari kami tergelak mendengar cerita ini. Sampai 11 kali mereka dah peluk Islam tapi pegawai agama masih tidak tahu yang mereka pernah hidup sebagai seorang Islam. Ini membuktikan kurangnya aktiviti susulan selepas mereka memeluk Islam.

Slot ke-4 bermula pada jam 11 pagi. Sebelum itu kami bersarapan pagi di dewan makan. Aku dan beberapa kawan yang lain sarapan bersama penceramah. Dan peluang ini kami ambil untuk bertanya lebih lanjut tentang cara-cara berdakwah kepada non muslim. Slot seterusnya bertajuk Pengurusan Dakwah yang disampaikan oleh Ustazah Razidah yang mana beliau merupakan Penolong Pengarah Kanan Pusat Sains dan Dakawah ILIM. Aku berkenalan terlabih dahulu kepada ustazah ni apabila kami pergi ke ILIM sebelum kursus ini bermula. Beliau seorang yang baik dan mudah mesra kepada semua. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman dan cerita kepada kami. Beliau suka bercerita tentang anaknya yang mana katanya anak masa kini sudah tidak lagi sama seperti dahulu. Begitu juga masyarakat pada masa kini, amat jauh bezanya dengan zaman dahulu. Kini, dunia terlalu canggih, cabaran dakwah semakin besar dan penerimaan masyarakat terhadap usaha dakwah begitu tidak menggalakkan. Slot ke-4 ini habis pada jam 1.00 petang dan kami terus ke dewan makan untuk makan tengahari. Aku pulak macam biasa, kenalah makan bersama VIP kehormat. Selesai makan, terus pergi ke bilik masing-masing untuk berehat sebentar. Seterusnya solat zohor berjemaah dan rehat semula

Slot ke-5 bermula pada jam 2.30 petang. Kali ini penceramah kami tidak asing lagi iaitu Ustaz Dr Azhar Zailani yang merupakan pensyarah kami di UM. Beliau mengambil slot refleksi yang maman lebih kepada sharing moment pengalaman kami di sekolah. Kami dibahagikan kepada 11 kumpulan dan kami diminta berbincang beberapa tajuk selama 1 jam. Aku berada di dalam kumpulan satu membincangkan permasalah yang berlaku di dalam bilik darjah. Pelbagai pengalaman kami kongsikan bersama. Alhamdulillah, setelah 1 jam berlalu, kami berkumpul semula di dalam audi untuk memulakan pembentangan. Pembentangan di mulakan dengan kumpulan 1 dan aku sebagai pembentangnya. Mendapat respon yang baik dari kawan-kawan apabila aku mencadangkan semua guru perlu tahu serba sedikit bahasa-bahasa lain seperti India dan Cina. Ini memudahkan kita untuk mengambil hati mereka semasa pengajaran. Ini mungkin terjadi apabila kita disuruh untuk mengajar bukan subjek PI.

Tepat jam 4.45 petang, slot ke-5 habis dan kami bergerak ke dewan makan untuk minum petang. Aku bersama beberapa kawan yang lain minum bersama ustaz Azhar dan pada masa itu kami menceritakan lebih terperinci pengalaman kami di sekolah. Ustaz tertarik dengan apa yang dilakukan oleh sekolah kami dalam menerapkan rohani dalam diri murid-murid mereka di sekolah. Ini telah aku ceritakan di dalam perkongsian hari pertamaku sebagai guru praktikal di sekolah. Selepas itu, aku dan kawan-kawan solat asar dan terus ke padang bola untuk aktiviti riadah. Di sinilah sejarah tercipta, dalam satu padang bola seramai 40 lebih orang bermain bersama-sama untuk mengejar sebiji bola dan seterusnya memasukkan bola ke pintu gol. Di sinilah melihatkan ukhwan sesama kami tidak mengira siapa pun kami, kami boleh bermain bersama-sama. Yang muslimatnya bermain permainan tradisional iaitu main raunders.

Selepas bermain, kami terus ke dewan makan untuk makan malam. Dan selepas itu kami balik ke bilik masing-masing untuk persiapkan diri solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat maghrib, kami adakan doa tahlil untuk disedekahkan kepada bapa saudaraku iaitu Ismail bin Bujang yang telah kembali kerahmatullah atas sebab kemalangan jalan raya. Selepas itu, kami bergerak ke audi semual untuk slot yang ke-6. Kali ini, slot ini menampilkan seorang wanita yang bekerja keras dalam menjaga kebajikan wanita yang memerlukan bimbingan dan didikan agama yang sempurna. Usaha murni ini telah Berjaya membuka mata masyarakat bahawa tidak semua wanita yang telah terlanjur itu tidak dapat di bantu lagi. Penceramah ini adalah Puan Rosmawati yang menggelarkan dirinya sebagai ummi Ros. Beliau memperkenalkan visi dan misi Raudhatul Sakinah kepada kami dan menunjukkan beberapa video tentang aktiviti di sana. Di akhir slot beliau, kami amat tersentuh hati dengan kisah seorang kekasih Allah yang mana Nabi kita Muhammad adalah seorang yang penyayang kepada umatnya. Di saat kematian baginda, baginda masih lagi risau dan ingat akan umatnya. Itulah jiwa suci yang ada pada kekasih Allah ini.

Saat yang ditunggu-tunggu, selesai slot yang ke-6 ini, kami ada sedikit jamuan santai. Jamuan ini tidak termasuk di dalam tentatif kami. Cuma nak raikan majlis terakhir bersama kawan. Pada malam ini, semua dijamu dengan makan satay kajang yang ditempah khas. Pada malam itu juga, ada meehun, kropok-kropok ikan dan sebagainya.

Keesokann harinya, slot yang ke-7 pula mnyusul. Slot ini sama dengan slot ke-5 iaitu slot refleksi. Slot ini masih lagi berkongsi pengalaman sahabat-sahabat yang lain ketika berada di sekolah. Selesai sahaja slot ini, kami ada majlis penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan tidak dilupakan sedikit cenderahati kepada Ibunda kami dan Ustaz Azhar. Pada pagi itu, aku telah diminta oleh ustazah untuk member ucapan balas mewakili kawan-kawan yang lain. Aku sebenarnya tidak cukup bersedia untuk berucap pada pagi itu. Tapi aku kuatkan diri dan Alhamdulillah mendapat respon yang baik daripada semua.

Alhamdulillah, selesai sudah semua slot yang di sediakn kepada kami.maka selesai juga tugas aku sebagai penghulu pada 3hari berkurus. Aku berterima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang memeberikan kerjasama yang baik selama berkursus. Tidak ada berlaku sebrang masalah yang tidak diingini selama berkurus. Penginapan yang disediakn bagi aku amat baik sekali dan cukup selesa. Banyak ilmu yang kami dapat selama 3 hari berkursus. Alhamdulillah, dengan kursus yang diberikan menyuntik semangat aku dan sahabat-sahabat untukmenjadi murobbi yang terbaik dan mendidik anak bangsa dengan penuh ikhlas. Tidak aku nafikan, cabaran dan dugaan menjadi seorang guru pada masa kini amat mencabar. Tapi cubaan dan ujiaan ini aku sahut sebagai motivasi kepadaku supaya menjadi pendidik yang berjiwa besar. Aku harap, perkongsian ini mendapat faedahnya kepada semua. Salah dan silap itu fitrah kepada manusia biasa seperti aku. Waallahua’lam