Isnin, 5 April 2010

2,780 kes penderaan kanak-kanak tahun lalu


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dicatatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun lalu.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, penderaan emosi, fizikal dan seksual itu meningkat berbanding 1,685 kes pada tahun 2008.

Menurut beliau, statistik itu tidak termasuk pelbagai kebejatan sosial lain seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, pelacuran dan eksploitasi kanak-kanak.

"Apakah puncanya, adakah kurang didikan atau kasih sayang, jawapannya pasti ada pada kita semua dan penawarnya mesti segera dicari," katanya ketika merasmikan Kempen Hidup Amat Berharga yang bertemakan 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan