Sabtu, 10 April 2010

Dinner SMPI 07/08

" SEMUSIM BERSAMA SEABAD TERASA"
inilah merupakan tema malam dinner SMPI 07/08 kami..
sekalipun dah 3 tahun bersama, tetapi ukhwah yang terbina ibarat seabad terasa.


malam rabu lepas, kami warga smpi telah mengadakan satu majlis
makan malam yang julung kalinya diadakan untuk batch kali ni.
sekalipun diadakan di rumah universiti, majlis yang diadadakn cukup meriah.
di tambah lagi dengan kehadiran penyelaras kami sendiri
iaitu Prof Madya Dr Shamsiah Mohamad yang memeriahkan lagi
majlis kami pada malam itu.
sekalipun beliau cukup sibuk dengan kerja2 lain,
tapi beliau dapat juga hadir untuk bersama2 anak2 didik beliau.


majlis bertambah ceria dengan gelagat 2 orang pengacara yang yang cukup klaka.
mereka adlah saudara wafi dan farhan. mereka pandai menceriakan majlis dengan telatah spontan mereka.


untuk pengetahuan semua, kami menggunakan tema pakaian timur tengah..
hampir semua yang hadir mengenakan pakaian timur tengah.
pada malam tu juga, saudari Fatimah dan Qutsam telah dinobatkan sebagai pelajar harapan SMPI bagi batch kami.
dengan mendapat cgpa yang tertinggi dikalangan 157 pelajar


yang lebih menyeronokkan lagi, semua yang hadir membawa balik hadiah masing2..
satu majlis pertukaran hadiah dibuat sesama kami.

acara kemuncak malam tu adalah pengumuman king n queen.
ustaz Jamil dan ustazah Syazwanie telah dinobatkan selaku king n quenn malam tu.
mereka memenuhi citarasa juri dan pakaian yang digunakan mengikut tema yang diberi

pemenang King N Queen

majlis tidak habis disitu sahaja, satu majlis kejutan telah dibuat.
majlis ni telah di handle oleh ustazah sendiri.
mereka yang dipanggil tertanya2 kenapa mereka dipanggil ke depan.
rupa2nya mereka ni menyambut hari lahir pada bulan 4,5 dan 6..hehe

akhir sekali, aku ingin mengucapkan trima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis dinner ini.
insyaAllah sem depan kita akan buat lagi terbaik..




Isnin, 5 April 2010

2,780 kes penderaan kanak-kanak tahun lalu


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dicatatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun lalu.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, penderaan emosi, fizikal dan seksual itu meningkat berbanding 1,685 kes pada tahun 2008.

Menurut beliau, statistik itu tidak termasuk pelbagai kebejatan sosial lain seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, pelacuran dan eksploitasi kanak-kanak.

"Apakah puncanya, adakah kurang didikan atau kasih sayang, jawapannya pasti ada pada kita semua dan penawarnya mesti segera dicari," katanya ketika merasmikan Kempen Hidup Amat Berharga yang bertemakan 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.