Sabtu, 21 Mei 2011

Dinner SMPI 07/08 2011


kali ni Dinner SMPI 07/08 di adakan luar dari universiti. Majlis kali ini telah diadakan
di Dewan Tun Rahah yang mana telah menjadi sejarah kepada kami dan merupakan program terakhir yg dianjurkan oleh kami.

Bertemakan Murobbi Dedikasi, aku dan rakan2 yang lain menggayakan pakaian dan fesyan masing2 yang telah ditetapkan.
Setelah ditambah dan ditolak, seramai 160 orang termasuk pensyarah telah menghadiri dinner yang terakhir ini.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang gangguan. Ingin aku ucapan kepada saudara Nazren dan Saudari Faridah bersama adhocnya yg bertungkus lumus bagi menjayakan majlis makan malam ini

Kali ini, majlis telah diserikan lagi dengan persembahan oleh kumpulan ELHAMZ yg dianggotai oleh elty dan hamzah.
Selain dari itu, julung kalinya warga SMPI 07/08 membuat persembahan dalam bentuk drama. Sorakan dan tepukan gemuruh telah diberikan kepada semua pelakon2 yang mana telah memainkan peranan masing2 dengan baik sekali.=)
Nak tahu sapa pengarahnya, ha...pengarah ini sedang meningkat naik tau. Sapa lagi kalu bukan saudara Farhan Hafiz. Beliau merupakan pengurus bagi kumpulan Feelhoney
Semua sahabat terhibur dengan persembahan drama Cobaan ini.

Tidak dilupakan juga, Fatimah dan Qutsam telah dianugerahkan sebagai pelajar harapan manakala Fairulniza dan Elty mendapat anugerah pelajar aktif bagi kali ini.

Sebelum dinner menutup tirainya, sebuah slide show yang disediakan oleh saudari Azlina telah memukau semua penonton yg berada di dewan. Yang mana Slide show ini memaparkan kisah hidup kami selama 4 tahun di bumi UM telah ditayangkan di skrin.

Apa2 pun, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat2 semua atas sokongan yang diberikan selama ini. Tanpa kalian, aku tidak mampu menggalas tugas sebagai ketua kalian semua. Tqs so much ya..=)


ucapan sebagai YDP SMPI 07/08


nak kata peminat tak jugak, hehe


inilah muka2 pelakon drama yang mantop2=)

Seminggu dah pun berlalu pergi=)


Alhamdulillah seminggu dah berlalu, masa begitu cepat pergi..tak terasa dah seminggu berada di sekolah..mungkin bila dah mengajar nanti, lagi cepat masa berlalu..minggu pertama ni, tak banyak pengalaman yang dapat aku kutip..mungkin sebab masih dalam minggu peperiksaan.

tapi, aku mula terasa cabaran tuk mengajar anak muridku nanti, daripada percakapan dan perbualan bersama guru2 di sini, aku dapati banyak masalah dan cabaran yang bakal aku tempuhi nanti.

Pertamanya, masalah dalam mendidik jiwa pelajar. Kenapa dan mengapa zaman sekarang masalah sosial dikalangan pelajar semakin hebat. Aku mula memikirkan dan setiap hari ingin mencari jalan penyelesaianya. Mungkin aku tidak punyai pengalaman sehebat guru2 senior yang telah lama mengajar di sekolah, tapi aku yakin setiap maslah ada jalan penyelesaiannya.

Keduanya, pelajar2 zaman sekarang sudah tidak berminat untuk belajar pendidikan Islam. Subjek ini menjadi subjek fobia bagi kebanyakan pelajar sekarang. Apakah yang menjadi punca kepada ketidakminat pelajar dalam subjek ini ye??hem..

Ketiga, rasa kurang hormat pelajar kepada guru-guru mereka, mengapa dan kenapa itu perlu dirungkaikan sebelum nasi menjadi tahi. Ramai guru mengadu, ketidakhormat pelajar sekrang menjadi faktor masalah displin disekolah. Pelajar2 tidak lagi mendengar dan mengambil nasihat daripada guru-guru mereka malah lebih mendengar apa yang dicakapkan oleh kawan2 mereka. Hem , kenapa agaknya nye..aku pun terpikir panjang

Keempat, pelajar zaman sekarang sudah berani mencabar kewibaan guru2 mereka. Semakin diberi hukuman, semakin kerap tuk mereka melakukan kesalahan. Malah, merasa bangga apabila dirotan dan didenda di depan pelajar lain masa perhimpunan. Macam mana la nak handle pelajar2 macam ni ye, dah tidak ada rasa malu apabila dihukum oleh guru2 mereka.

Cukuplah aku berikan 4 masalah yang memberi cabaran pada guru masa kini, selebihnya aku serahkan kepada mereka guru2 tuk menyenaraikannya. Bagi aku, ada banyak faktor kenapa dan mengapa ini semua berlaku. Ramai yang meletakkan kesalahan dan masalah disiplin pelajar ini kepada guru semata2. Bagi aku, menjadi satu kesilapan besar andai semua masalah pelajar ini diletakkan dibahu para guru sahaja, malah masih ramai lagi yang perlu kita salahkan dalam hal mendidik dan membentuk pelajar menjadi pelajar yang baik.

Pertamanya, aku berpendapat adalah menjadi faktor utama pelajar bermasalah adalah disebabkan oleh ibu bapa yang hanya melepaskan batuk ditangga sahaja, batuklah kat lif pulak ke kan..hehehe..Ibu Bapa yang tahu menyalahkan warga guru adlah ibu bapa yang tidak baik dan boleh aku katakan ibu bapa yang bermasalah. Tak kiralah Datuk ke, Datin ke, Tan Sri ke sama sahaja. Andai mereke meletakkan kesalahan hanya pada pihak sekolah, sebenarnya merekalah yang bermasalah dan bukannya anak mereka yang bersalah. Kesibukan dalam mengejar kerjaya dan wang ringgit telah memusnahkan kehidupan anak mereka sendiri. Kenapa perlu salahkan pihak sekolah andai dri sendiri tidak mampu mendidik anak2 sendiri.

Dalam satu ceramah yg aku dengar, sekolah adalah tempat tinggal sementara anak2 mereka pada siang hari, malah boleh aku katakan lebih banyak masa anak2 ini berada di sekolah daripada berada di rumah. Dalam satu kes yg berlaku, sepasang ibu bapa ini menyalahkan sekolah atas sebab anak mereka diberi hukuman di sekolah, dan mengatakan kepada pihak sekolah yang anak mereka tidak nakal apabila dirumah. Wahai ibu bapa yang mengandungkan anak, jangan sia2kan anak2 anda semata2 mengejar kerjaya. Cuba kita sama2 fikirkan, apabial berada dirumah, dengan siapa mereka bergaul dan kalau disekolah dengan siapa mereka bergaul. Manusia ni sifatnya suka mengikut, apa sahaja yang dilakukan oleh kawan2 mereka, mereka suka ikut. Dalam hal sebegini, berilah kepercayaan yang sebaiknya kepada pihak sekolah, andai kata dah tak percaya kepada pihak sekolah, tak perlulah hantar anak anda ke sekolah, ajarlah sendiri kat rumah. Tak gitu..fikir2kanlah..

Aku juga melihat kepada pihak media dalam memainkan peranan penting dalam mengubah jiwa anak2 zaman sekrang. Sebagaimana yang kta tahu, media menjadi alat terpenting bagi menyampaikan satu2 maklumat kepada manusia. Dulu, mungkin kurangkan kemudahan media, menyebabkan kurangnya berlaku masalah sosial dikalngan pelajar2. Tapi kini, kemudahan internet, media cetak, media elektronik telah banyak merosakkan jiwa anak zaman sekarang. Mereka dihidangkan dengan hiburan yang melampau, cerita2 hantu yang semakin tidak terkawal, video2 seks yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat, dan macam2 lagi. Bagi ibu bapa, pantaulah anak2 supaya tidak terpengaruh dengan media masa kini. Tidak dinafikan juga, media masa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pendidikan di negara kita.

Dalam membentuk jiwa anak, ajarlah mereka dengan mengenali Allah. Selepas sahaja anak dah mula pandai bercakap, ajarlah kalimah Lailahaillallah dan bukannya perdengarkan kepada mereka lagu2 dangdung dan sebagainya. Setelah umur mereka 5 tahun, didiklah mereka tuk solat bersama2, ajarlah mereka dengan menyebut sifat2 tuhan. Malangnya serkang, dari kecl lagi mereka dah dimomokkan dengan hantu. Dari kecil lagi mereka dah kenal hantu dari kenal tuhan. Ubahlah minda kita sebagai orang yang mendidik. Didikan anak2 seperti mana mafhum hadis, anak yg baru lahir ini ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya..

Apa yang aku tulis diatas adalah sekadar pandangan peribadi, taidak menyentuh mana2 pihak pun. Aku ingin melihat anak didikku nanti menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. waallahua'lam=)


Hari ke-4 Praktikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hari ke-4 jatuh ada hari Jumaat. Sebagaimana yang kita tahu, merupakan penghulu segala hari. Hari ni, kami bertiga segak mengenakan pakaian lengkap baju melayu dan bersamping. Macam orang nak kawen pun ada jugak, hehe...tapi kalu aku, herman dan hazmi takpelah sebab belum kahwin lagi, tapi maziz jangan dulu ye, kalu nak tambah lagi sorang bincang dulu. hehehe...gurau je maziz.

Rini gerak lewat sikit coz kelas mula jam 2.30 petang, cumanya kami gerak awal tuk solat di masjid sana. Kami tiba di sekolah jam 12.55 dan terus tulis kehadiran dalam borang yg disediakan. Agak pelik sikit, tak ramai guru lelaki yang pakai baju melayu lengkap, cuma ada 2 orang sahaja...tapi takpelah, mereka dah lama katakan. Nak pakai apa pun, pakai jela. Dah arahan diterima kena pakai baju melayu lengkap, so pakai je la. =)

Tepat jam 1.25 ptg, azan dilaungkan, tapi sebelum tu satu pengumuman dibuat oleh AJk Masjid yang mana dia memperingatkan supaya sama2 menjaga barang2 yang ada di dalam masjid. Aku pun mengambil saf yang ke-4 di belakang imam. Tajuk khutbah pada hari ni berkaitan dengan Zakat, imam mengingatkan umat islam supaya mengeluarkan zakat supaya mengelakkan hati menjadi bakhil dan gelap dengan harta.

Selesai solat jumaat, kami pun bergerak semula ke bilik guru. Hari ni, aku dapat relief lagi. Kali ni aku jaga kelas 2 Gigih. Selepas dari tugas menjaga kelas exam, aku pergi minum di kantin sekolah. Mula2 tu ajakla maziz, tapi dia sibuk menyemak kertas Bahasa Arab ting 1H.
Tapi takpelah, aku pegi minum sorang2. Sebelum tu maziz ada gtau kat aku yang cikgu rani share sikit citer kat dia. Nak tahu tak citer apa, ceciter, ceciter..hehe

Gini ceritanya, semalam CR (cikgu rani) dah tampar 3 orang pelajar, mereka ni masa exam sempat lagi buat bising, jadi CR ni dengan sifat tegas dan garangnya tak teragak2 tuk menampar budak 3 orang ni, nak dipendekkan citer rupa2nya salah sorang dari mereka adalah anak luar nikah. CR menjadi rasa bersalah sebab dah tampar mereka ni. Jadi CR ni nak mintak tolong sangat2 kat kami tuk dekatkan dengan pelajar macam ni...cabaran oh cabaran=)hehe

Sampai di kantin sekolah, aku tidak keseorangan, aku ditemani oleh Cokgu Rani. Sambil minum2, aku diingatkan oleh beliau supaya aku dan rakan2 tidak masuk lagi kelas yang telah dijadualkan, tapi masuk kelas yang diberi relief sahaja.

Sebenarnya kami pun keliru, nak ikut cakap sapa sebenarnya, samaada guru pembimbing or penyelia petang. Kalu guru pembimbing, dia suruh ja kami jaga kelas yang telah dijadualkan untuk PNP nanti. Tapi penyelia petang pulak, tak kasi. So mulai minggu depan, kami tunggu relief yg diberikan ja.

Masa begitu cepat berlalu, masa nak balik pun dekat. Jam menunjukkan pukul 6.10ptg, seperti biasa pelajar akan diarahkan ke masjid tuk menunaikan solat asar berjemaah. Masa nak menuju ke masjid, terserempak lah dgn cikgu rosnani. dia pun tegurlah aku dan maziz, " wah, dah boleh dah ni' kata beliau. Aku dan maziz terpinga2, boleh apa ni cikgu. 'Ala boleh dah ni', katanya lagi. Sambil tengok2 baju yang kami gunakan. Kami pun berlalu dan tertanya2, boleh apa ye agaknya, samaada dah boleh tuk kahwen ke or dah boleh jadi ustaz..hem tak faham pulak..hehe abaikan jela=)

Alhamdulillah, hari ni hujan tak turun masa nak balik, jadi takdelah macam semalam sampai rumah time azan isyak. Syukurlah, seminggu dah pun berlalu. Sungguh cepat masa ni berlalu. Semoga minggu mendatang memberi lebih makna dalam hidupku..wallahua'lam

Khamis, 19 Mei 2011

Gadisku....


Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.


Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.


Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri

Sekadar perkongsian, dipetik daridapa blog seseorang, aku pun dah lupa=)

Hari ke-3 Praktikum

Sebelum tido, macam biasalah coret2 sikit kat blog aku sendiri ni..=). Sama macam semalam, kami konvoi jam 11.30 dan cuaca pun agak panas pada hari ni. Semakin hari, semakin selesa rasanya dengan guru2 di sana. Apa yang aku buat hari ni sebelum masuk kelas jaga exam, lapit buku rekod, buku teks dan buku latihan. Sambil2 borak dengan guru pembimbing dan penyelia petang.

"semalam saya gtau kat sorang ustazah ni, tak nak ke kat ustaz2 muda tu (kami la tu)? kata cikgu rani padaku. Wah2, siap calon2kan kami pulak kat ustazah kat sana...hehe..

hari ni jugak, guru pembimbing kami mintak kami semak kertas peperiksaan. bila ditanya tentang skema jawapan, takde pulak..huhu..terpaksalah cari jawapan sendiri..hehe..

sedang rancak berborak, tiba2 dia berkata " kita ada bajet ni ustaz, dalam rm200 lebih, apa kata kita buat program tuk pelajar2 ni" kata guru pembimbingku kepadaku..nampak gayanya kami ber4 kena merancang satu kem Bahasa Arab tuk budak2 sekolah..hoho..agak menarik, tapi masalahnya aku takde pengalaman dalam kem Bahasa Arab, kalu kem motivasi i'Allah boleh ja..hehe

tapi takpe, aku sahut cabaran tu sebagai pengalaman yang bermakna buat kami semua..Cikgu Rani pulak tak habis2 sebut pasal bowling, siap nak buat pertandingan dan bagi2 hadiah kepada sapa yang menang..hehe..aku tak sabar menunggunya..=)

macam biasalah, jam 3 petang, kami mengawasi pelajar ke masjid tuk solat zohor berjemaah. kali ni aku diminta menjadi imam solat. alhamdulillah, selesai solat, cikgu rani meminta aku duduk ditepinya...pesan beliau seperti berikut "ustaz, kami berharap ustaz dapat bimbing pelajar2 ni, cari sapa yang berbakat dalam menjadi imam' sungguh tinggi harapan cikgu kepada aku dan yang lain. i'ALlah cikgu, kami cuba setakat yang termampu.

hari semakin mendung, tidak lama kemudian hujan pun turun dengan lebatnya. cikgu rani agak risau, sebab berlaku masalah air di kawasan sekolah. alhamdulillah, tiba saat semua pelajar ke masjid tuk solat asar, air pun ada. Selesai solat asar, aku memanggil pengawas musolla tuk berkumpul dibelakang saf. tujuaanya adalah untuk memberi nasihat dan ingatan kepada semua pengawas tentang tanggungjawab mereka kepada kawan2 yang lain..alhamdulilla, mereka memberi kerjasama yang baik kepada kami.

mungkin kali ni pengalaman yang tidak dapat aku lupakan, solat maghrib dibawah garaj kereta cikgu. hujan yang turun begitu lebat. kami tidak dapat lagi nak bergerak pulang. selesai solat maghrib, kami nekad tuk bergerak pulang ke rumah kerana hanya kami sahaja guru yang masih berada di sekolah. alhamdulillah, jam 8.25 kami selamat sampai ke rumah. =)waalhua'lam

Rabu, 18 Mei 2011

Hari Ke-2 Praktikum...

Aku bangun dari lenaku lewat sedikit hari ni, kerana pada hari ini aku akan berada di sekolah pada sesi petang...Seperti biasa, kami berempat konvoi sama2 ke sekolah. Tepat jam 11.30 pagi, kami bergerak ke sekolah. Keadaan jalan yang sedikit sibuk dan berjerebu melambatkan sedikit perjalanan kami. Cuaca yang bergitu panas tidak sedikitpun mematahkan semangatku pada hari kedua ini.

12.01 minit, kami selamat tiba di sekolah. Kami terus bergerak ke pejabat guru untuk berjumpa dengan penyelia petang iaitu Cikgu Rani. Orangnya cukup ramah. Beliau merupakan bekas guru disiplin di SMART. Tapi cara beliau melayan kami, seperti kawan yang dah lama kenal. Kami langsung rasa tidak kekok apabila bercakap dengan beliau

Saat yang dinanti-nanti oleh kami, Cikgu Rani telah mengagihkan jadual mengajar kami. Jadual pertama diserahkan kepada Herman dan beliau terus menerangkan kelas2 yang akan diajar oleh Herman nanti. Seterusnya, beliau menyebut namaku, Saifullah, ini jadual awak. Aku pun terus mengambil jadual tersebut dari Cikgu Rani. Perasaan yang semakin tidak sabar untuk mengajar ada dalam diriku. Cuma sedikit malang, kelas akan bermula selepas cuti sekolah.hehe

Setelah semua mendapat jadual masing, Cikgu Rani berkongsi pengalaman beliau masa di sekolah. Katanya, 'saya dulu guru pagi, sebagai guru disiplin..saya bantai je budak2 ni kalau nakal2..(dengan nada yang berseloroh)..kami pun tergelak dibuatnya. Saya terpaksa buat begitu, kalu tidak mereka akan naik kepala. Katanya lagi. Tapi , i'Allah budak2 sekolah ni takdelah nakal teruk sangat. Bila beliau berkata begitu, lega rasanya..=)

Jam 1.00 tghari, kami beredar dari bilik Cikgu Rani. Kami bergerak ke bilik guru tuk mendapatkan tempat duduk kami. Alhamdulillah, guru2 di sini amat baik dan peramah. Kami diberikan tempat duduk yang cukup selesa. Hari ini, kami banyak berkomunikasi dengan cikgu2 lelaki. Cikgu perempuan bukan kami tak nak berkomunikasi, tapi mereka terlalu ramai. Tempat duduk guru lelaki pulak dibelakang, jadi kami lebih selesa berkomunikasi dengan guru lelaki.

Masuk je pejabat, terus aku berjumpa dengan guru pembimbing Pendidikan Islam. Aku dan herman ada 2 orang guru pembimbing, seorang Ustaz Mahadi untuk subjek Bahasa Arab, dan seorang lagi ustaz Sufri tuk subjek Pendidikan Islam. Kami beruntung menjadi anak bimbimg mereka kerana mereka tidak lokek dengan ilmu pengetahuan. Ustaz SUfri merupakan guru disiplin yang agak sempoi di sekolah=) Ustaz Mahadi pulak teliti orangnya.

Hari ni jugak aku dan herman dapat Sukatan Pelajaran dan RP Tahunan sekolah. Untuk subjek bahasa arab pulak, tak dpat lagi coz ustaz mahadi tak print lagi tuk kami. Tapi itu tidak mengapa. Maziz, panggil ustaz Mahadi. Kamu ada masuk kelas tak hari ni?? ada, jawab Maziz. kamu jaga kelas exam tuk paper bahasa arab 1 H. Nanti kamu tolong semak sekali ye. Ni tuk pengalaman kamu jugak. Ada skema jawapan tak ustaz? tanya maziz kembali. Takde, saya tak buat lagi, kamu buat la skema sendiri. hehehe gelak maziz. Betol ka ni ustaz, tanya maziz tak percaya, ia betol, kamu semak ja kertas tu, nanti bagi ustaz. Ok ustaz, jawab maziz.

Cikgu Rani masuk ke bilik guru dan duduk bersama kami. Sungguh rancak perbualan kami hari ini. Cikgu Rani berkongsi minatnya dengan kami iaitu main bowling. 'kalau macam ni, bolehla kita buat game, ajak2 sekali dorang ni main bowling. kat Selayang murah sikit, rm45 tuk 3 jam. baru puas hati..kata cikgu rani kepada ustaz mahadi. Aku jugak tidak melepaskan peluang tuk join sekali perbualan mereka berdua tuk mengatakan bahawa aku jugak minat bermain bowling.hehe

Aku pulak sibuk menulis catatan dibuku rekod PNP. Jadual minggu exam aku lekatkan dalam buku rekod. Lepas tu, aku mintak izin dari ustaz Mahadi tuk bersama2 maziz masuk kelas peperiksaan. Lebih kurang jam 2.15, aku dan kawan2 yang lain pergi ke kantin sekolah untuk makan tengahari.

Semua pelajar diminta bergerak ke masjid tuk menunaikan solat Zohor, satu pengumuman telah dibuat oleh pihak sekolah. Kami pun bergegas sama ke masjid sambil memantau pergerakan pelajar2 ke masjid. Dalam hatiku berkata 'alangkah bagusnya cara didikan sekolah ini dalam membentuk jiwa rohani anak didik mereka, aku tidak merasakan bahawa sekolah yang aku praktikal ini seperti sekolah harian biasa, malah aku kagum dengan pelajar2 disini yang sama2 mendirikan solat Zohor berjemaah'.

Inilah sekolah tempatku praktikal, mereka mengamalkan solat Zohor dan Azar berjemaah. Satu usaha yang murni yang perlu dijadikan ikutan oleh semua sekolah yang lain. Setibanya di masjid, mereka semua duduk teratur di dalam saf, seolah2 sudah ada arahan yang diberikan. Sekali lagi aku rasa kagum dengan apa yang sekolah telah laksanakan ini. Dengan berimamkan pelajar, kami semua mendidikan solat secara berjemaah. Tidak ada seorang pun yang masbuk. Allahuakbar!!

Selesai solat, mereka terus rehat tuk membeli makanan di kantin sekolah. Kami pulak dudk di dalam bilik guru dan bersembang2 dengan guru disana. Sedikit pun tidak aku rasa kurang selesa berada di sekolah ni, kerana guru2 mereka cuku peramah dan melayan kami seperti kawan2 mereka.

Tepat jam 3.45, seperti yang dijanjikan, aku dan maziz ke kelas 1 Harmoni. Assalamualaikum semua, waalaikumusssalam jawab pelajar. Ini kelas 1 Harmoni kan, tanya maziz. Cikgu, sebelah kelas 2 Harmoni, jawab seorang pelajar dengan slumber yeye. Maziz pun senyum ala kadar coz dia tahu pelajar itu cuba menduganya. Aku terus duduk di meja guru. Aku dan maziz mengedarkan kertas soalan kepada pelajar kelas.

Jam 4.45 petang, aku keluar dari kelas dan menuju ke bilik guru. Seprti biasa, kami menyambung kerja kami iaitu bersembang2. hehe..Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang, sekali lagi kami bergerak ke Masjid bagi menunaikan solat Asar berjemaah. Selesai solat, 4 orang pelajar dipanggil oelh Sir Khairul keluar. Mereka dirotan sebab membuat bising masa doa dibacakan. Sir Khairul cukup terkenal di sekolah, dengan sebab itulah dia mendapat anugerah guru paling popular di sekolah=)

Hujan mula membasahi bumi. Macam manalah keadaan jalan ketika balik nanti. Nasib baiklah kami semua ada baju hujan masing2, takdelah basah kena hujan.=) Jalan yang agak sesak menyebabkan aku sangat berhati2 membonceng motosikalku. Motor yang banyak memberi rezeki kepadaku selama ini. Alhamdulillah, jam 7.25 kami semua selamat sampai ke rumah. Aku terpaksa membatalkan kelas mengaji al-Quran sebab hujan tidak lagi berhenti. Syukurlah, hari kedua telah aku lalui dengan selamat. Cuma aku nak nanyatakn disini, aku cukup kagum dengan pihak sekolah. Mereka bukan sahaja mendidik mental, tapi juga rohani anak pelajar mereka. i'Allah aku akan gunakan pengalaman ini nanti semasa aku dipostingkan nanti=)

Sekadar perkongsian sahaja. Wallahua'lam=)

AGM Persatuan Mahasiswa Sarawak UM 11/12





Mesyuarat Agung kali ini lain dari biasa. Kali ni menggabungkan 2 Persatuan menjadi satu iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak dan Persatuan Mahasiswa Sarawak. Kini hanya tinggal 1 persatuan iaitu Persatuan Mahasiswa Sarawak UM.

AGM buat kali ke-3 ini dijalankan pada 12 Mei 2011 di Dewann Perdana 2, KPS. Majlis tertinggi yang terbaru adlah seperti berikut:

YDP : Mohammad Kharizul Packir
NYDP 1: Normuthaah
NYDP 2: Betty Lin
Setiausaha : Nazri Sharkawi
Bendahari : Nazahiyah Borhan

Tahniah atas lantikan anda semua, semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan bagi mejaga kebajikan anak2 Sarawak di UM ini.



Penyerahan watikah perlantikan kepada YDP baru

YB Thaah


kini menjadi Manta YDP PMSUM

Live di Astro Awani


16 April merupakan tarikh Pilihanraya Negeri Sarawak bagi memilih wakil DUN di seluruh negeri. Ini merupakan kali pertama aku menjalankan tanggungjawabku untuk mengundi.

Sebelum itu, pada 1 April, aku telah dijemput ke Astro Awani sebagai ahli panel dalam program Analsis Politik Sarawak. Aku mewakili suara mahasiswa bagi menyuarakan pendapat dan pandangan terhadap suasana politik di Sarawak

Ini merupakan pengalaman pertamaku LIVE di tv. Penglaman ini tidak akan dapat aku lupakan dalam sejarah hidupku.

Nun di Sarawak, famlyku telah menunggu 30 minit awal di kaca tv semata2 untuk melihat anaknya LIVE di tv. Tidak dapaat ku nafikan perasaan berdebar2 apabila berhadapan dengan kamera. Yelah, aku bukannya artis, dah biasa masuk tv.hehe...



Tepat jam 5pm, aku bersama seorang lagi mahasiswa Uitm iaitu saudara Hamdan live di astri awani. Pengacara memulakan percakapan belaiau dan soalan pertama ditujukan kepadaku.
AKu respect benar dengan pengacara ni, cukup petah dalam bercakap. Mungkin pengalaman yang luas membuatkan dia langsung tidak kekok bercakap. Pelbagai persoalan di lontarkan kepada kami.




Sekalipun sesi analisis ni berlangsung 30 minit, tapi aku cukup berpuas hati kerana dapat melontarkan pandangan aku sebagai seorang mahasiswa. Samaada betol atau tidak, terpulang pada orang yg menilainya. Sempat juga aku mengatakan bahawa media memainkan peranan yang lebih penting dalam mengetengahkan isu-isu yang berlaku di Sarawak. Dan bukan sahaja tibanya PRN, barulah sibuk ambil tahu tentang negeriku=)

Selepas 30 minit berlalu, fuhhh..cukup lega rasanya. Pengalaman yang amat manis dalam hidupku kali ini. Mungkin kawan2 diluar sana punyai pengalaman yang lebih menarik, tapi percayalah setiap orang akan punyai pengalaman yang berbeza2=)..wallahua'lam


Ke Astro Awani lagi=)

Tanggal 15 Mei merupakan Hari Belia Malaysia yang di sambut seluruh negara. Ini bagi menghargai para belia negara yang mencecah 12.5 juta penduduk di Malaysia. Aku berpeluang lagi untuk ke Astro Awani, tapi kali ini bukan sebagai ahli panel, tetapi sebagai audience. Tapi peluang ini aku manfaatkan untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel yang hebat2 belaka. Antara ahli panel yang aku masih ingat adalah Naib Presiden MBM ialah Dato' Ironizam. Sempat jua berkenalan dengan beliau dan ramah orangnya. Dalam usia yang muda, belaiu sibuk dengan tugas sebagai pensyarah di Uitm, Shah Alam.

Aku bersama sahabatku Zulfadhli AL-Fahmi tiba di Astro Awani pada jam 9.00 pagi 13 Mei hari jumaat. Disana aku telah berkenalan dengan seorang lagi sahabat dari Sarawak iaitu Wan Lukman yang baru sahaja menamatkan pengajian beliau dan kini bekerja dengan tv Al-Hijrah. Kami disambut mesra oleh krew2 disana dan setibanya di sana kami dijamu dengan sarapan pagi. Apa lagi, perut pun kosong, so rezeki dah ada depan mata, makan jela=)


Tepat jam 10 pagi, siaran meja bulat bermula untuk di rakam. Ahli panel sibuk menghuraikan berkaitan tentang belia. Rata2 mereka meletakkan tanggungjawab yang tinggi pada kedua ibu bapa sebagai agen paling utama mendidik dan membinmbing belia ke arah kebaikan.

Apabila diberi peluang untuk bertanya, aku tidak melepaskan peluang untuk bertanya. Antara soalan yang aku utarakan adalah, 'apakah peranan belia sendiri dalam memastikan diri mereka tidak terjabak dengan gejala tidak sihat' dan bagaimana kita ingin mengubah mentaliti orang tua kita yang mana mereka selalu mengatakan 'kau dah besar, dah tahu baik dan buruk' tanpa adanya pengawasan yang lebih kepada belia. Seolah-olah apabila anak sudah dewasa, segala keputusan ditangan mereka.

Setelah sejam berlalu, proses rakaman pun tamat. Selepas itu, aku sempat berjumpa Dato Ironizam sambil berbual2 tentang belia. Beliau menjemput sekali untuk terlibat dengan program yang telah diaturkan oleh Majlis Belia Negara.

Mata yang menangis…

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Wassallam

16 Mei Mengubah Segalanya


SMK TAMAN KERAMAT (SMART)

Dulu aku seorang anak ketika dilahirkan oleh ibuku, setelah umurku mencecah 5 tahun, aku bergelar seorang murid kepada guruku dan hinggalah pada 16 Mei 2011, tarikh yang penuh keramat ini telah mengubah kehidupanku tuk bergelar seorang guru@ustaz kepada anak pelajar. Sekalipun ianya tidak secara rasmi lagi, tapi panggilan itu akan terus bertakhta di hati ini tuk bergelar seorang pendidik kepada anak bangsa.

Perjalanan hidup selama 25 tahun, telah aku lalui seperti insan lain. Aku percaya, setiap orang yang dilahirkan akan membawa satu misi dan visi yang berbeza. Mana tidaknya, setiap orang mempunyai akal fikiran yang ALLAH berikan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini dan mentadbir alam ini dengan gaya yang tersendiri.

Sebelum aku memulakan kisah '16 Mei', ingin aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik anak bangsa yang tidak mengenal erti penat lelah dalam menjadikan seorang manusia itu menjadi seorang manusia. Jasa dan pengorbanan guru tidak akan dapat dibayar dengan wang jutaan ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

Ok, kenapa aku katakan 16 Mei telah mengubah segalanya. Tarikh inilah aku dan kawan yang lain menjalani praktikal mengajar di sekolah2 sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tarikh yang penuh keramat ini menjadi hari pertama aku berada di sekolah dan bergelar seorang guru. Aku dan 3 sahabat yang lain praktikal di SMK Taman Keramat, Selangor Darul Ehsan. Maka di sini lah aku mendapat gelaran guru@ustaz di kalangan anak muridku.

.

Pagi jam 5.45, aku sedar dari lamunan tidurku. Pagi yang hening itu, aku terus bangkit dari tilamku untuk terus ke bilik mandi. Dengan semangat yang berkobar-kobar pada pagi tu, tidak sabar rasanya untuk menjejak kaki ke sekolah taman keramat. Selesai mandi, terus aku tunaikan solat subuh dan di akhir sujud, aku memanjangkan sujudku dan berdoa supaya hari pertamaku dipermudahkan olehNYA.

Baju yang telah diseterika menunggu masa untuk disarungkan. Hari ni, aku tidak seperti kawan2 yg lain, aku hanya memakai baju raihan dan seluar slack. Pagi ni, aku , Hazmi, Maziz dan Herman sama2 bertolak dari Taman Bukit Angkasa tepat jam 6.30 pagi. Jalan yang cukup lengang memudahkan lagi perjalanan kami ke sekolah. Sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti memikirkan apa yang akan aku lalui hari pertama di sekolah.

Tepat jam 6.55 pagi, kami selamat sampai di sekolah. Setibanya di sekolah, kami terus parking di depan pondok parkguard. Keadaan sekolah yang masih lagi lengang, dan pelajar2 pun ramai yang belum sampai ke sekolah. Kami pun duduk dibawah pondok pelajar sambil berborak2. Tiba2 datang sebuah kereta dan parking di hadapan sekolah, rupa2nya guru penolong kanan Hal Ehwal Murid. Beliau tidak teragak2 untuk menyapa kami walaupun dari jauh. Dari jauh dia menegur kami dan berkata "kenapa tak naik ke atas", kami pun melihat antara satu sama lain. Dalam hatiku berkata, bukan kami tak nak ke bilik guru, biasalah mula2 ni rasa kekok sikit. hehe..

Kami pun bergerak ke pejabat guru dan berkenalan dengan kerani sekolah. Sambil duduk2 menunggu PK 1 Cikgu Hamidah, macam biasalah, berborak2 je lah kerjanya. Tak tahu nak buat apa lagi kan.=)

Seorang demi seorang guru masuk ke pejabat guru. Nak gtau nye, dunia dah canggih, punch card dah tak pakai lagi dah. Mereka gunakan punch jari pulak. hehe..Ada yang punch guna ibu jari dan ada juga jari telunjuk. Canggih memang canggih. Tapi untuk kami pulak, hari pertama belum ada lagi punch2 ni, tunggu sekolah keluarkan borang kehadiran nanti.

Lebih kurang jam 8.00, kami bersama2 guru yang lain berarak ke tempat perhimpunan. Di sepanjang jalan, kiri kanan di sambut oleh pengawas sekolah. Kiri kanan aku toleh, semunya mengucapkan Selamat Hari Guru cikgu. Tak semena2 rupanya aku dah jadi sebahagian dari guru sekolah...hehe..Walaupun masih bergelar guru praktikal, kami tidak terasa terasing di sekolah. Kami juga mendapat hadiah dari pihak pengawas dan pelajar2 masakan. Itulah hadiah pertamaku dihari guru.

Dah macam artis pun ada jugak, kami berjalan di atas karpet merah. Kiri kanan penuh dengan kamera. Kamera pulak canggih2, CLR gitu..hehe. Selepas sahaja kami duduk di kerusi guru, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Seterusnya program bermula dengan bacaan doa dan sedikit ucapan dari wakil menteri, wakil PM dan wakil guru seterusnya penyampaian hadiah dan anugerah buat guru. Apa yang menariknya, antara anugerah yang disampaikan adalah anugerah guru paling popular dan anugerah pakaian tercantik. Bila diumumkan guru paling popular, maka bersoraklah semua anak murid dengan gembiranya. Aku ingatkan artis ja yg popular, rupanya guru pun popular jugak..hehe

Seterusnya semua guru dijemput ke depan bagi bacaan ikrar, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Aku dengan penuh semangat mengikut bacaan ikrar dan lagu guru Malaysia. Kalau diimbas kembali, dulu, aku hanya melihat dan mendengar guru2ku menyanyi lagu guru, tapi kali ini, aku sendiri yang menyanyikannya=)

Selesai sahaja nyanyian, acara memotong kek diteruskan. Pengetua diminta untuk memotong kek bersama guru PK1 dan PK HEM. Selepas itu, persembahan dari pelajar sekolah. Dengar cerita, sekolah ni ramai melahirkan artis2 di Malaysia. Contohnya Hazama. hehe, patutla mereka berbakat besar dalam nyanyian. Ketika sekumpulan pelajar membuat persembahan, seorang guru berkata "alangkah baiknya kalu mereka ni membaca al-quran'. Guru ni menujukan kata-katanya kepada guru2 agama dengan nada bergurau. hehe..

Yang bestnya, beberapa cikgu telah dipanggil ke depan dan mereka diminta membuat persembahan. Mereka adalah guru yang menerima kejutan dari pelajar SMART hari tu. Paling menariknya, pengetua pun join sekali, memang sporting giler la. Dengar kata, pengetua sekolah jenis yang sempoi2 ja. hehe

Tepat jam 9.50, semua guru dijemput makan di dewan sekolah. Pelajar2 lain menunggu aktiviti sukaneka yang melibatkan guru2 mereka. Selepas makan, semua guru di jemput utk terlibat dalam sukaneka yang dianjurkan. Pada awalnya, kami tidak dimaklumkan supaya membawa pakaian sukan, tapi atas semangat seorang guru, kami tak kesah. Dengan berpakaian kemeja sekalipun, kami juga terlibat dengan sukaneka sekolah. Nama kump aku adalah 'baik punya'...hehe

Antara aktivitinya adalah catwalk (letak buku atas kepala sambil bawa pingpong dalam sudu), bowling kelapa, masukkan gelung dalam sketel, lari ikat kaki dan futsal khas tuk guru lelaki sahaja. Walaupun kump aku tidak menang, tapi aku berpuas hati dapat bersama2 guru2 dan pelajar sekolah dalam sukaneka yg dianjurkan. Keadaan cuaca amat panas sekali, aku merasa tidak selesa kerana penuh dengan peluh..hehe


Jam 12.30, kami diminta menunggu didepan pondok guard untuk menaiki bus ke Hotel Quality. Kami bersama rombongan 'Cik Kiah'(coz semua guru perempuan naik bus, kami ja guru lelaki,hehe) menaiki bus ke hotel untuk sambutan hari guru di sana. Hanya kami sahaja yang tidak mengikut tema hari guru yang mereka rancangkan. Tema mereka warna oren. Kami tidak dimaklumkan lebih awal atas sebab2 tertentu.

Tibalah ucapan pengetua sekolah, ucapan yang bermakna dan sempoi. Dia menganggap kami guru praktikal sebagai adik2 kepada guru2 sekolah. Beliau tidak lupa untuk menyebut tentang kami dihadapan semua guru2 SMART. Acara kemuncak adalah cabutan bertuah, sekalipun aku tidak mendapat hadiah yg disediakan, tapi seronok melihat gelagat mereka. Cukup happening.


sempat lagi nak berposing,.hehe

Di sebelah tempat dudukku, adalah pemenang guru paling popular sesi petang iaitu Sir Khairul. Sepanjang majlis, kami bertukar2 pendapat dan aku mengambil peluang ini untuk meminta pendapat beliau sebagai seorang guru. katanya ' mula2 kita kena tegas kepada pelajar, dah lama2 nanti barulah kita tackle hati mereka'. nasihat yang cukup bermakna bagiku. Selain tu, kami berkongsi minat dalam sukan bolasepak, dia meminati team Arsenal dan aku pulak Chelsea..hehe..Aku langsung tidak merasakan kekok ketika berbual dengan beliau. Cukup ramah orangnya.

Sebelum majlis menutup tirainya, sesi fotografi diteruskan. Dan sekaligus wajahku menjadi sebahagian dari gambar2 sekolah SMART=). Selepas itu, kami berkumpul semula di bawah untuk menunggu bus. Dari riak wajah yang aku lihat, semuanya gembira dengan majlis yg telah dijalankan. Inilah hari pertamaku bergelar seorang guru. Hari yang penuh makna dan tidak akan aku lupakan sampai bila2.