Selasa, 7 September 2010

AGM PMSUM 2010


Alhamdulillah selesai sudah AGM Persatuan Mahasiswa Sarawak UM pada 28 Ogos 2010 yang lepas...
Kepada adhoc yang melicinkan AGM PMS saya mengucapkan berbanyak trima kasih...
Berikut merupakan MT baru bagi PMSUM:

YDP: SYAIFULLAH ISMAIL
NYDP: SERENA
SETIAUSAHA: MUTHAAH
BENDAHARI: BETTY

berbanyak terima kasih kepada sahabat2 kerana memberi kepercayaan kepada
saya untuk memimpin persatuan kali ini. Ini merupakan AGM ke-3 persatuan.

Untuk pengetahuan sahabat2 semua, kami boleh dihubungi dengan Facebook dan email gmail kami sendiri..berikut merupakan email gmail kami:

YDP: ydppmsum@gmail.com
NYDP: nydppmsum@gmail.com
SETIAUSAHA: supmsum@gmail.com
BENDAHARI: bendaharipmsum@gmail.com

bagi sahabat2 PMSUM yang ingin menghantar apa2 email@info2 terkini berkaitan aktiviti universiti, bolehla terus menghantar ke mana2 gmail di atas..

bagi ahli pms yang ingin mendapat info atau ingin aktif dalam persatuan, bolehla buka gmail ini : ahlipmsum@gmail.com
passwordnya: anaksarawak

akhir sekali, majulah mahasiswa Sarawak demi kebangkitan anak muda di Sarawak.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi


Alhamdulillah..aku masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan
Ramadhan Karim kali ini....
mungkin ini ramadhan terakhir bagiku..sapa tahu kan..
semunnya atas perancangan Yang Maha Esa...
dah lama rasanya aku tidak menulis di lama sesawang ku sendiri..kesibukan demi kesibukan terus aku alami...
tapi itu semua perjalanan hidup yang telah ditentukan olehNYA..
aku hanya hamba yang menerima takdir ketentuan dariNYA...
sapalah aku untuk melawan ketentuannya...

ya, bercakap tentang ramadhan kali ni,
ada sedikit perubahan yang aku rasai berbanding dengan yang dulu..
kali ni aku berpuasa di rumah sewa bersama 4 lagi sahabat yang lain..
di sini, aku dapat belajar erti hidup bekeluarga...
yelaa..dah duduk serumah ni macam satu famly katakan..
ada yang masak ayam, ada yang buat air, ada yang masak nasi dan sebagainya..
seronok rasanya..

pastinya buat mahasiswa UM, mereka tidak sabar untuk berbuka di masjid2 terdekat..
ini lah peluang yang ditunggu2 oleh semua..=)
termasuklah aku sendiri..hehe

sebenarnya apa yang aku inginkan dari ramadhan kali ini adalah
aku ingin menadi seorang pemimpin, seorang guru dan seorang anak yang terbaik
biarlah apa jua yang datang, aku akan tempuhinya
ya Allah, aku ingin sampaikan padaMu doaku..
semoga Engkau mendengarnya ya Rabbi

Ya Allah,
biarlah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik bagiku...
terbaik dari yang lepas..
aku hanya mendambakan rahmat dariMU..
aku ingin berada di jalanMU yang benar..
kuatkan aku untuk terus hidup melayari perjalanan hidup
yang sukar untuk aku jangkakan..
aku cuma seorang pelayar di lautan duniamu yang penuh dengan ombak-ombak
yang kuat, seringkali aku terpukul oleh ombak yang Engkau berikan padaku..
tapi aku pasti, ombak yang kuat tidak selamnya akan memukulku,
aku pasti ia akan tenang jua..

ya Rabbi,
biarlah ramadhan kali ini bisa merubah diriku jadi yang terbaik..
tunjuklah aku jalan yang Engkau redhai..
terkadang aku tersadung di jalanan,
terkadang aku rebah di perjalanan,
aku ingin bangun dan terus bangun untuk menggapai redhaMU ya Rabbi
bantulah aku..
berilah aku kekuatan, ketenangan dan kebahagian..
amin ya Rabbal a'lamin


Sabtu, 26 Jun 2010

SUKSIS TerAkhirku


SUKSIS SUKSIS SUKSIS

selama 3 tahun aku menyertai suksis, 19 jun adalah penamat bagi ku..
selama 3 tahun jugak, banyak perkara yang aku pelajari dari alam kepolisisan
disiplin, cara hidup, cara bersosial, cara bercakap,
semuanya aku belajar dari sini..


ucapan trima kasih aku ucapkan pertama sekali kepada
semua jurulatih yang tak mengenal erti penat dah lelah
dalam mendidika ku dan kawan2 menjadi manusia yang berdisiplin..
jasa kalian tidak dapat aku balas dengan wang ringgit,
hanya doa sahaja yang mampu aku sampaikan.


buat kawan2 yang lain, ketika bersama kalian kenangan paling indah dalam hidupku.
aku jauh dari kawan2 sama kos
korang betol2 mengajar aku erti kehidupan
korang panggil aku ustaz..ustaz..ustaz..
seronok je asanya..
korang memang terbaik la..


buat kawan yang dah hbis study tu..
aku doakan korang success dunia akhirat...
semoga hubungan kita semua tidak putus disini saja..

ya Allah, kau satukan hati2 kami..
kau pertemukan kami di hamparan syurgaMU..
amin..



Rabu, 21 April 2010

Pendidikan Seks: Pemuda Pas Setuju Dengan Mahathir


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pendidikan seks di sekolah tidak perlu dilaksanakan.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz setuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir supaya memadai dengan pendidikan Islam diajar dengan bersungguh-sungguh bagi membendung budaya negatif di kalangan remaja.

"DPPWP berpandangan bahawa subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi.

"Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks," kata Suhaimi dalam kenyataannya.

Katanya, umum mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama. Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram.

Bagi beliau, remaja menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting.

Akibatnya mereka gagal mengawal diri mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah maksiat, katanya.

Malangnya, kata beliau, sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang tidak menitikberatkan pendidikan Islam menjadi sebab remaja terus berada dalam kejahilan.

Yang dikesalkan, silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Qur’an, menutup aurat dan lain-lain lagi, katanya.

"DPPWP meyakini hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina.

"Justeru, DPPWP menggesa kerajaan agar menimbang semula cadangan pendidikan seks di sekolah, sebaliknya DPPWP menggesa kerajaan agar menerapkan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah," katanya.

Selasa, 13 April 2010

Solat Hajat SMPI


Alhamdulillah selesai sudah solat hajat bersama rakan2 SMPI malam tadi...niat utama solat hajat kali ni adalah memohon pada Allah untuk dimudahkan dalam segala urusan pembelajaran dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

Seramai 50 mahasiswa/wi hadir untuk bermunajat padaNYA di surau APIUM. walaupun tidak ramai yang hadir, tapi program terus berjalan dengan baiknya..selepas maghrib, penceramah jemputan telah memberi ceramahnya yang mana beliau menyebut perkara yang berkaitan SMPI dulu dan sekarang. penceramah jemputan merupakan salah seorang alumni nilam puri yang sekarang ni menyambung phd di fak pendidikan.

Smpi dulu katanya berbeza dengan smpi sekarang..dulunya bahasa arab menjadi kekuatan pada pelajarnya..di samping tu juga, hampir 27 tahun program ini diwujudkan, belum lagi mencapai tahap untuk naik ke jabatan.

InsyaAllah usaha untuk menaikkan ke jabatan tidak pernah padam dari hati seorang ibunda kita. sama2 kita doakan agar usaha ini mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab.

akhir sekali, selepas solat hajat, kami dijamukan dengan sedikit makanan bersama dengan air teh o. buat sahabat2 sekalian, saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. disamping menelaah pelajaran, tingkatkan ibadah kita padaNya...bittaufiq wannajah

Sabtu, 10 April 2010

Dinner SMPI 07/08

" SEMUSIM BERSAMA SEABAD TERASA"
inilah merupakan tema malam dinner SMPI 07/08 kami..
sekalipun dah 3 tahun bersama, tetapi ukhwah yang terbina ibarat seabad terasa.


malam rabu lepas, kami warga smpi telah mengadakan satu majlis
makan malam yang julung kalinya diadakan untuk batch kali ni.
sekalipun diadakan di rumah universiti, majlis yang diadadakn cukup meriah.
di tambah lagi dengan kehadiran penyelaras kami sendiri
iaitu Prof Madya Dr Shamsiah Mohamad yang memeriahkan lagi
majlis kami pada malam itu.
sekalipun beliau cukup sibuk dengan kerja2 lain,
tapi beliau dapat juga hadir untuk bersama2 anak2 didik beliau.


majlis bertambah ceria dengan gelagat 2 orang pengacara yang yang cukup klaka.
mereka adlah saudara wafi dan farhan. mereka pandai menceriakan majlis dengan telatah spontan mereka.


untuk pengetahuan semua, kami menggunakan tema pakaian timur tengah..
hampir semua yang hadir mengenakan pakaian timur tengah.
pada malam tu juga, saudari Fatimah dan Qutsam telah dinobatkan sebagai pelajar harapan SMPI bagi batch kami.
dengan mendapat cgpa yang tertinggi dikalangan 157 pelajar


yang lebih menyeronokkan lagi, semua yang hadir membawa balik hadiah masing2..
satu majlis pertukaran hadiah dibuat sesama kami.

acara kemuncak malam tu adalah pengumuman king n queen.
ustaz Jamil dan ustazah Syazwanie telah dinobatkan selaku king n quenn malam tu.
mereka memenuhi citarasa juri dan pakaian yang digunakan mengikut tema yang diberi

pemenang King N Queen

majlis tidak habis disitu sahaja, satu majlis kejutan telah dibuat.
majlis ni telah di handle oleh ustazah sendiri.
mereka yang dipanggil tertanya2 kenapa mereka dipanggil ke depan.
rupa2nya mereka ni menyambut hari lahir pada bulan 4,5 dan 6..hehe

akhir sekali, aku ingin mengucapkan trima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis dinner ini.
insyaAllah sem depan kita akan buat lagi terbaik..




Isnin, 5 April 2010

2,780 kes penderaan kanak-kanak tahun lalu


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dicatatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun lalu.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, penderaan emosi, fizikal dan seksual itu meningkat berbanding 1,685 kes pada tahun 2008.

Menurut beliau, statistik itu tidak termasuk pelbagai kebejatan sosial lain seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, pelacuran dan eksploitasi kanak-kanak.

"Apakah puncanya, adakah kurang didikan atau kasih sayang, jawapannya pasti ada pada kita semua dan penawarnya mesti segera dicari," katanya ketika merasmikan Kempen Hidup Amat Berharga yang bertemakan 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Khamis, 1 April 2010

Menyerlah Dari Biasa

' Menyerlah dari biasa'
itu lah merupakan serangkap lagu Gemuruh
yang merupakan lagu tema bagi Program Nadwah Kepimpinan
yang dijalankan di Sek Men Vok Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang
pada 26-28 Mac 2010 yang lalu.

tempat pertemuan pertama kami dengan adik2

Program ni merupakan anjuran SMPI bersama SMVTAA
dan juga Persatuan Mahasiswa Istimewa UM.
Seramai 40 orang faC dan urusetia yan terlibat dalam menjayakan program ini.
Program sebegini merupakan julung kali dianjurkan oleh kami SMPI tahun 3.
dan atas kerjasama sekolah, segala urusan kami dimudahkan.

Program ini banyak memberi kami pengalaman yang menarik bersama adik2 di sana.
Adik2 di sana cukup baik dan memberi kerjasama yang mantop dalam menjalankan aktiviti sepanjang program berlangsung. kerjasama yang mereka berikan menjadikan kami lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu kepada mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ice breaking, qiamulail, ceramah maghrib, LDK, explorace, perlawanan bola persahabatan dan malam bakat.
bakat yang mereka tunjukkan cukup memikat hati kami semua.
Yang aku tak dapat lupa adalah perkataan Tuuuut...Tuuuut..hehe
Semua aktiviti ini berjalan dengan baik sekali sekalipun terdapat juga sedikit masalah yang timbul semasa program.

wajah ceria akak faC sebelum sampai ke sekolah..

Pada majlis penutupanvpula, penyampaian hadiah diberikan kepada kumpulan yang terbaik dan pelajar yang terbaik dalam sepanjang program berlangsung
Peserta terbaik adalah Syukri yang mana akak fasinya adalah Syazwani dan Fazirah.
Yang jelesnya, ahli kumpulan mereka ni sentiasa menyebut nama akak2 mereka bila disuruh bercakap.
memang amntop la akak faC dua orang ni.heheh
manakalah kumpulan yang menang untuk malam bakat adalah daripada gabungan kumpulan aku dan paijan.

Kenangan bersama adik2 tidak akan abang2 n akak2 lupakan.
Segala ilmu dan pengalaman telah kami curahkan pada adik2 semua.
Dan kami mendoakan yang terbaik buat adik2 semua.

Kalau ada kesempatan lagi, kita akan berjumpa lagi.

abang Zamzuri wakil dari PERMIUM

Sebelum kami balik ke UM, kami telah dibawa ke Hutan Lipur lentang.
Tempatnya cukup cantik dan di sana,
aku dan rakan2 lain tidak melepaskan peluang untuk mandi manda.
Keadaan masa kami tiba disana cukup sesak.

Buat adik2 semua, kami mengharapkan anda menjadi pemimpin yang baik
sekaligus menjadi pelajar contoh kepada kawan2 yang lain.
Kepada semua urusetia dan fasilitator, anda semua mantoooooooop dan tahniah atas kejayaan program ini. Aku bangga dengan kalian semua.

aktiviti cina buta

menyanyikan lagu tema program

lepas aktivit explorace, kesian dorang kena calit dengan tepung..hehe

ngah mintak pendapat adik2 tentang program

aktiviti ceck point terakhir explorace

senaman petang bersama akak2 faC

Selasa, 23 Mac 2010

Manusia Yang Kejam

melihat kepada gambar-gambar ini, tidakkah anda terfikir satu perkara..apakah dosa mereka ini sehingga mereka diperlakukan sedemikian???? mengucap panjang aku apabila membuka salah satu blog kawanku apabila melihat gambar-gambar ini..adakah ini dinamakan manusia yang bertamadun??? adakah ini dinamakan manusia yang telah maju dan moden mengikut peredaran zaman??cukup kejam perlakuan manusia sekarang..ke manakah perginya sifat kemanusian yang wujud dalam diri manusia itu sendiri..malah orang yang memperlakuakn perkara sebegini akalnye lebih rendah dari binatang...sama2 kita fikir2kan dan renung2kan apa yang terjadi sekarang..kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi...tanpa rasa bersalah, anak-anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kezaliman manusia....di manakah silapnya kita sekarang..aku mengajak sahabat2 sekalian berfikir panjang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku...fikir-fikirkan bersama










Isnin, 22 Mac 2010

Dinner Bersama Puteri Umno


Jumaat lepas aku telah menghadiri satu majlis
makan malam anjuran Puteri Umno dan beberapa Ngo.


Tak sangka pulak, majlis ini di hadiri oleh
Dato Seri Hishamudin.
Habis je majlis, dengan bangganya kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan dato seri.



Makanan yang dihidangkan cukup sedap..
hingga menjilat sudu..hihih
dah namanya rezeki, apa lagi makan je la..hehe


F@mLy DaY SMPI 2010


Geng SMPI 07/08


Famly Day SMPI telah pun berlangsung, ia merupakan aktiviti tahunan yang di anjurkan
oleh SMPI pusat. Kali ni, pengarahnya daripada tahun 1.
Objetkif utamanya adalah bagi merapatkan lagi ukhwah di antara batch
dan ustaz ustazah yang mengajar kami.
Selain itu, ia merupakan satu aktiviti riadah unutk merehatkan minda dari kesibukan belajar
di dalam kuliah harian.

Di samping itu, aktiviti sebegini mampu untuk
menjadi platform kepada bakal2 guru untuk aktif dan melibatkan
diri dalam sukan dan sebagainya.
Sebagai seorang guru, kita kena menjadi seorang yang versatile (kata orang kpg saya)
dan aktif dalam apa jua yang diceburi.

tarik tali

Apa yang dirancang selama ini berjalan dengan baiknya.
aku sendiri selaku ketua pengisian merasa terhibur dengan gelagat
semua termasuk lah ustaz dan ustazah.

kain pelikat berantai

Pelbagai aktiviti dibuat dan sebenarnya terdapat beberapa aktiviti
yang tidak dapat dijalankan oleh sebab kekangan masa yang singkat.
antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari benang di atas padang rumput,
baling belon, musang berjanggut, kain pelikat berantai dan tarik tali.

main baling belon

Tarik tali merupakan aktiviti kemuncak pada setiap tahun.
Tahun ini tarik tali telah dimenangi oleh tahun 4 dan team ustaz mendapat tempat kedua.
tahniah buat abang2 semua..

Bagi pemenang keseluruhan pula, tahun 3 bacth aku telah memenangi
tempat pertama keseluruhan dan membawa balik piala pusingan..(tapi kena hantar balik).
hehe..untuk bergambar sahaja.

proses mengikat perut ustaz

Antara ustaz yang hadir adalah ustaz Ahmad Yusuf, Dr. Hamza dan Ust Ashraf Ishraqi
dan juga penyelaras kami iaitu ustazah Shamsiah.
Sokongan yang mereka berikan membuatkan kami merasa cukup seronok.
Di samping kesibukan kerja dan masa bersama keluarga di hujung minggu,
mereka dapat juga meluangkan masa bersama kami.

mencari benang di atas rumput

Sebelum balik, aku dan beberapa rakan yang lain telah merancang satu
acara kejutan buat sahabat di tahun3 iaitu sambutan birthday kepada sahabat2 yang lahir dari bulan Jan-Mac.
Sebiji kek telah kami belikan untuk mereka ini.

Akhir sekali, aku selaku YDP bacth tahun 3 mengucapkan jutaan terima kasih
buat semua sahabat2 tahun 3 kerana memberikan komitmen yang terbaik semasa famly day tahun ini.


Semoga ukhwah yang terbina ini menjadi noktah perpaduan kita semua.
Tanpa anda sapalah aku.
Harap2 selepas ini, kita dapat menjayakan program2 anjuran SMPI lagi.
Majulah SMPI untuk agama, bangsa dan negara