Isnin, 15 Mac 2010

SMIS 10


Alhamdulillah, perkara yang dirancang selama ini berjalan juga dengan baik sekalipun terdapat kekangan-kekangan tertentu menyebabkan kehadiran peserta tidak mengikut apa yang dirancang. Manusia merancang dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu lebih baik.


Seramai 50 peserta dari beberapa buah universiti telah hadir ke Seminar Mahasiswa Islam Sarawak telah hadir ke seminar ini. Antara universiti yang hadir adalah Universiti Malaya, Uia dan Usim. Majlis bermula sedikit lewat atas sedikit masalah.


Seminar ii dianjurkan oleh satu badan NGO iaitu badan HIKMAH Wilayah persekutuan yang mana ngo ini meruapakan salah satu ngo yang tertua di Sarawak. Mereka telah menyebarkan sayapnya ke semananjung bertujuan membuka peluang pelajar2 dan anak-anak Sarawak untuk menyertai Hikmah sekaligus menjadi daie kepada masyarakat Sarawak.


Dalam seminar ini. kami didedahkan dengan pentingnya kefahaman islam dalam diri. tanpa kita sedari, dakyah kristian semakin berleluasa di Sarawak. Atas kesedaran inilah, badan NGO menganjurkan pelbagai aktivit bagi rakyat Sarawak yang beragama Islam dapat menguatkan lagi kefahaman mereka terhadap Islam. Ini merupakan satu usaha yang baik yang perlu diteruskan dan seterusnya dilaksanakan dakwah kepada semua umat manusia.


Alhamdulillah juga, kami dapat mendengar huraian dari 3 orang panel yang cukup hebat. Antaranya Prof. Dato' Abang Abdullah Abang Ali, Ust Mohammad Salleh Hamdin dan Sdr Awang Armadajaya. Mereka ini merupakan orang kuat Hikmah.

Pada petangnya pula, majlis dialog dan sesi resolusi dibuat. Pelbagai cadangan dan reaksi dari mahasiswa universiti dilontarkan. Antaranya ialah dibuat satu database berkaitan mahasiswa yang menyertai Hikmah sebagai penyelarasan maklumat untuk disalurkan kepada semua. Selain itu, tabung dana diwujudkan.
Akhir sekali, seminar tamat pada jam 4 petang dan sebelum balik kami membuat sesi forografi. Aku harap, program sebegini dapat diteruskan untuk kebaikan agama islam itu sendiri. Untuk rakan2 universiti lain, aktiviti Hikmah akan diteruskan dan seminar ini akan dibuat lagi tapi kali ni di Sarawak. Berikut muka2 ceria ketika Seminar:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan