Selasa, 13 April 2010

Solat Hajat SMPI


Alhamdulillah selesai sudah solat hajat bersama rakan2 SMPI malam tadi...niat utama solat hajat kali ni adalah memohon pada Allah untuk dimudahkan dalam segala urusan pembelajaran dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

Seramai 50 mahasiswa/wi hadir untuk bermunajat padaNYA di surau APIUM. walaupun tidak ramai yang hadir, tapi program terus berjalan dengan baiknya..selepas maghrib, penceramah jemputan telah memberi ceramahnya yang mana beliau menyebut perkara yang berkaitan SMPI dulu dan sekarang. penceramah jemputan merupakan salah seorang alumni nilam puri yang sekarang ni menyambung phd di fak pendidikan.

Smpi dulu katanya berbeza dengan smpi sekarang..dulunya bahasa arab menjadi kekuatan pada pelajarnya..di samping tu juga, hampir 27 tahun program ini diwujudkan, belum lagi mencapai tahap untuk naik ke jabatan.

InsyaAllah usaha untuk menaikkan ke jabatan tidak pernah padam dari hati seorang ibunda kita. sama2 kita doakan agar usaha ini mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab.

akhir sekali, selepas solat hajat, kami dijamukan dengan sedikit makanan bersama dengan air teh o. buat sahabat2 sekalian, saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. disamping menelaah pelajaran, tingkatkan ibadah kita padaNya...bittaufiq wannajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan