Khamis, 9 Jun 2011

Haji oh Haji

Apa yang aku nak share ni adalah kisah dari anak muridku sendiri. Umurnya dahpun mencecah 50-an. Tapi, usahanya untuk mempelajari al-Quran amat aku puji sekali. Aku baru lagi mengajarnya mengaji. Baru dalam 4 bulan lepas. Katanya, saya ni dah lama tinggalkan baca quran, jadi eloklah ada ustaz untuk mengajar saya mengaji. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatinya untuk mempelajari Al-Quran sekalipun dalam usia yang dah lanjut.

Selama aku mengajarnya, banyak perkara dikongsikan. Maklumlah, dia seorang peguam dan seorang pegawai di salah satu IPTS di KL. Pengalaman dia yang luas dalam dunia undang2 amat aku kagumi. Dia seorang yg tidak lokek dalam berkongsi pengalamannya.

Apa yang menarik untuk aku kongsikan di sini adalah tentang pengalaman dia menunaikan haji dan umrah. Selepas sahaja selesai mengajar, dia terus menghidangkan aku segelas air kosong dan 2 biji kurma. Katanya, jemputlah minum ustaz, ni air zam-zam dan kurma yang di bawa oleh saudara saya dari mekah. Mereka baru saja balik dari mengerjakan umrah.

Alhamdullah, rezeki aku kali ni dapat minum air zam-zam dan 2 biji kurma. Dia terus bercerita pengalaman berliau ke tanah suci bersama arwah ayahnya suatu amsa dulu. Katanya, "ustaz, dulu saya pergi haji bersama arwah ayah, masa tu ayah tak berapa kuat lagi untuk bergerak." aku mendengar dengan khusyuknya. Maklumlah tak pernah pergi lagi kan.

Katanya lagi "masa kat sana, saya selalu buat umrah berapa kali, tak ada masa untuk berbuat perkara lain selain beribadat. Kalau nak pergi solat zohor tu ustaz, kami kena ada kat masjidilharam 2 jam lebih awal. Kalau tak ustaz, tak tengoklah kita kaabah"

Dalam hati aku berkata, seronoknya dapat pergi sana, beribadah menunaikan rukun Islam yang ke-5. Tapi bilakah masanya aku akan dapat ke sana. Aku berkata lagi di dalam hati, alangkah baiknya aku dapat pergi bersama ayah dan ibuku sekali.

"ustaz, kalu nak pergi sana, baik pergi muda lagi. Senang nak beribadat, nak bergerak." katanya lagi. Aku terdiam dan berfikir sejenak. Pada saat itu aku pasangkan niat dan azam untuk ke sana juga suatu hari nanti. "kalau ustaz pergi sana, kalau kita penat ke, ada masalah ke, pertolongan tu cepat datang. Pernah satu masa tu saya keletihan, saya berehatlah sekejap. Tak sampai beberapa minit, ada yang datang pada saya memberi air zam-zam dan sedikti makanan."

Subhanallah, zikirku dalam hati. Maha Suci Allah, aku teramat ingin ke sana. Sambungnya lagi, dulu masa saya pergi 2007, kawasannya tidaklah sebesar sekarang. Katanya, setiap tahun akan dibuat penambahbaikan kawasan yang mana penambahbaikan ini akan menjadi satu-satu tempat itu jauh untuk di pergi. Nasihatnya kepadaku, kalau dah ada duit, pergilah cepat2 ustaz.
Aku terdiam dan hanya mampu tersenyum sahaja.

Tapi aku tidak dapat menyembunyikan rasa ingin ke sana. Semua umat Islam menyimpan cita2 ke sana, cuma lihat pula kepada kemampuan setiap orang. Ingin aku ulas sedikit, di negara kita ramai orang yang dah pergi banyak kali. Alangkah baiknya orang yg berkemampuan ini memberi peluang kepada yang kurang berkemampuan untuk merasai sama ibadah menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-5 ini. Tapi tidak semua orang dapat berbuat demikian kan.

Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk menjadi tetamu di sana nanti. amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan