Rabu, 26 Ogos 2009

RAMADHAN BULAN AL-QURAN

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (AlBaqarah – 185)
SUNNAH MENGKHATAMKAN AL-QURAN PADA BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan itu diturunkan al-quran, terdapat lailatul qadar, digandakan amalam, syaitan-syaitan dirantai dan pelbagai keistimewaan lain yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
Antara amalam paling utama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan Ramadhan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-quran. Tsabit perbuatan Nabi s.a.w. mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun baginda wafat.
Abu Hurairah r.a berkata: “Sesungguhnya Jibril a.s. sentiasa melawat al-quran Nabi sekali dalam setahun. Pada tahun Nabi s.a.w. diwafatkan , Jibril telah dating melawat al-quran baginda sebanyak dua kali” hadith riwayat Bukhari
Ibn al-Atsir r.a berkata:
‘“apa yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘melawat’ di sini ialah Jibril akan mengajar seluruh isi kandungan al-quran kepada baginda dan mengkhatamkan” –rujuk kitab al-Jami’ fi gharib al-hadis, jil. 4,ms. 64.
Ini bermakna, sunnah membaca al-quran dan mengkhatamkannya sambil menghayati makna ayat bukan sekadar membaca sahaja. Ini keran tujuan membaca al-quran akan hilang tanpa menghayati isinya.
Menurut Ibrahim al-Nakha’I, al-aswad mengkhatamkan al-Quran dua malam sekali di bulan ramadhan. – Rujuk al-Siir, jil.4 ms.51
Qataadah pula mengkatamkan al-quran setiap minggu. Pada bulan ramadhan, dia mengkhtamakan al-quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadhan, dia akan mengkhatamkan pada tiap-tiap malam. – Rujuk al-Siir, jil.5 ms.276
Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah alAn’am 160)
Betapa rugi umat islam yang diberi kelebihan dan gandaan pahala oleh Allah tetapi diabaikan begitu sahaja. Apakah mereka merasakan amalan mereka sudah mencukupi untuk ditimbang di atas al-Mizan kelak?
Bukankah membaca al-quran mampu menambahkan timbangan amalan kita di akhirt kelak? Justeru rebutlah kelebihan membaca al-quran ini yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu terutama di bulan ramadhan.
Menurut Abdulllah bin Mas’ud ra, Nabi s.a.w. telah bersabda:
Maksudnya: “ Sesengguhnya yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, baginya satu hassanah (kebaikan) . satu kebaikan itu bersamaan sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan bahawa alif laam mim itu satu huruf. Tetapi alif itu satu huruf. Lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf” –Hadis sahih riwayat al-Tirmizi. Al-Darimi dan selainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan