Khamis, 27 Ogos 2009

HADITH I/40

Daripada Abu Hurairah RA katanya: “ Adalah Rasulullah SAW suatu hari bersama orang ramai, kemudian datang seorang lelaki seraya bertanya: Apa itu Iman? Jawab Baginda: “Bahawa kamu beriman dengan Allah SWT, malaikat-Nya bertemu dengan-Nya, Rasul-Nya dan kamu beriman dengan hari kebangkitan ( Hari Kiamat ).

Beliau bertanya: Apa itu Islam? Jawab Baginda: Islam ialah kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa syirik dengan-Nya, mendirik solat, menunaikan zakat yang wajib dan kamu berpuasa pada bulan Ramadhan.


Beliau bertanya lagi : Apakah itu Ihsan ? Jawab Baginda: Kamu mengabdikan diri kepada Allah SWT seolah-olah kamu nampak akan-Nya, jika aku tidak nampak-Nya maka sesungguhnya Dia nampak akan kamu,


Beliau bertanya: Bilakah berlakunya hari kiamat? Jawab Baginda: Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya. Aku akan ceritakanmu berkenan dengan tanda-tandanya, Apa bila hamba perempuan melahirkan tuannya, apa bila pengembala-pengembala unta berlumba-lumba dalam meninggikan bangunan, terdapat lima pahala tidak diketahui mahkluk kecuali Allah SWT.


Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah disisi-Nya ilmu berkaitan Hari Kiamat …..kemudian dia berundur, lantar Rasulullah SAW bersabda: Palinglah daripadnya, kemudian maka tidak nampak sesuatu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Ini Jibril datang mengajar manusia berkenaan agama mereka.


Riwayat Muslim bab kitab al-Iman no. hadis /8/ , Tirmizi bab Kitab al-Iman no. hadis /2738/ , Abu Daud bab Kitab al-Sunnah no. hadis /4695/ , dan al-Nasa`ie dab Kitab al-Iman no. hadis 8/97.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan