Ahad, 7 Februari 2010

Prk oh Prk

Pilihanraya kampus yang lebih dikenali dengan singkatan PRK kali ni cukup panas. kali ni pengundian dibuat dengan menggunakan e-voting yang mana menggunakan sistem teknologi maklumat untuk mengira undi dan membuang undi. Rata-rata dikalangan mahasiswa tidak setuju dengan penggunaan e-voting ini. Pelbagai cara dah usaha dibuat semata-mata untuk membantah e-votong ini dari dilaksanakan. Antaranya menghantar memorendum, demonstrasi dan perbincangan dengan pihak2 terbabit. Semua ini dilakukan untuk membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyemak kembali penggunaan e-voting.

Tapi malangnya, suara mahasiswa tidak didengari oleh pihak yang bertanggungjawab ini. Mereka menganggap e-voting adalah cara terbaik untuk melaksanakan penggundian. Kali ini, aku terlibat secara langsung dengan PRK UM. Sebagai anggota sukarelawan polis, kami dikerahkan untuk bertugas bagi menjamin perjalanan PRK kali ni berjalan dengan baik. Kami membantu pengawal keselamatan dalam menjalankan tugas yang sama.

Bermula pada penamaan calon yang bertanding iaitu pada 25 Januari 2010, semua calon yang bertanding menghantar borang pencalonan mereka. Seperti biasa, terdapat 2 pihak yang bertanding yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi (penggerak). Di akhir hari penamaan calon, terdapat bantahan dibuat ke atas calaon penggerak iaitu saudara Azham yang mana dikatakan pelajar yang extend. Bantahan ke atasnya diterima dan dia tidak dibenarkan bertanding pada pilihanraya kali ini.

Pada 27 dan 28.1.10, maka bermulalah perang mulut antara dua pihak ini. Mereka mula mengatur strategi masing-masing untuk menawan tampuk kepimpinan Universiti Malaya. Seperti biasa, pihak penggerak menggunakan kuasa yang ada di kolej bagi menyebarkan risalah dan pengaruh mereka manakala pro mahasiswa terpaksa berkerah keringat untuk berkempen yang mana mereka sering mendapat tentangan dari pihat HEP dan pihak kolej. Apa yang berlaku, sedikit kekecohan berlaku dikolej 7th dan 3rd.

Tibalah hari kemuncak iaitu hari pengumuman dibuat. Proses pengundian ditutup pada jam 5pm pada hari khamis 28.1.10. Aku ditugaskan dikoleh kediaman Ibnu Sina. Pada jam 5.30pm, aku mengekori pegawai Pusat Teknologi Maklumat ke DTC untuk menghantar hardisk komputer yang dugunakan. Pada jam 7.00 pm, pengumuman dibuat dan keputusan tidak rasmi adalah pro aspirasi mendapat 21, pro mahasiswa 17 dan bebas 3 kerusi.

Keadaan menjadi hangat apabila proses bantahan dibuat. Pihak pro mahasiswa membuat bantahan berkaitan ketelusan sistem e-voting itu sendiri. Bagi mereka, kalah bukan perkara utama, tapi mereka menyelar penggunaan e-voting yang tidak tahu akan kesahihannya. Mereka menuntuk dato' Nc mengadakan pengundian menggunakan manual.

Pada malam tu, suasana cukup bising dengan laungan Hidup Mahasiswa, Hapuskan E-voting, Hancur-hancur kezaliman dan banyak lagi. Aku hanya melihat gelagat dua pihak ini dengan hati yang tidak tenteram. Bantahan ini berlarutan ke tengah malam. pro mahasiswa bergerak ke pejabat NC dan meminta NC turun dan berjumpa dengan mahasiswa dan menuntuu janji NC untuk mengadakan undian semula sekiranya teradapat masalah dalam e-voting itu sendiri. Tapi malngnya, Dato NC telah keluar menggunakan pintu belakang untuk balik. Ini membangkitkan kemarahan 300 mahasiswa dari pro mahasiswa yang menunggu beliau. Semua mahasiswa bersurai pada jam 12tgh mlm selepas diminta oleh Asp Tuan Ismail selaku pegawai penyelaras kami.

Perkara ini tidak terhenti disitu sahaja, pada keesokanya seramai 200 mahasiswa telah berkumpul di DTC untuk mendengar keputusan dari dato Nc sendiri. Selepas jam 11pg masa yang dijanjikan untuk berjumpa dengan mahasiswa, Dato Nc tidak lagi datang, mereka menyerbu masuk ke kawasan pejabat NC dan melaungkan perkataan, NC letak jawatan. sekitar jam 11.45pg, NC datang kerana beliau baru balik dari KPS kerana Datin Rosmah telah datang ke UM.

Beliau berdiri di tengah2 mahasiswa denga berucap menggunakan healer dan memaklumkan ingin berjumpa dengan 10 orang sahaja wakil dari mahasiswa untuk berbincang dengan beliau. Permintaan itu pada mulanya tidak diterima oleh semua mahasiswa yang berkumpul tapi akhirnya terpaksa akur dan menghantar wakil mereka.

Sekitar jam 5pm, saudara Ridzuan keluar dari pejabat NC dan memberitahu keputusan PRK kali ni ditangguhkan ke hari rabu dan dato; NC meminta pihak pro mahasiswa membawa pakar dari luar untuk memeriksa sistem yang digunakan.

Selepas hampir seminggu penangguhan keputusan, tibalah masanya hari yang dinantikan. Dato Nc mengumumkan keputusan asal adalah muktamad dan tidak ada penggundian semula dilakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan