Khamis, 1 April 2010

Menyerlah Dari Biasa

' Menyerlah dari biasa'
itu lah merupakan serangkap lagu Gemuruh
yang merupakan lagu tema bagi Program Nadwah Kepimpinan
yang dijalankan di Sek Men Vok Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang
pada 26-28 Mac 2010 yang lalu.

tempat pertemuan pertama kami dengan adik2

Program ni merupakan anjuran SMPI bersama SMVTAA
dan juga Persatuan Mahasiswa Istimewa UM.
Seramai 40 orang faC dan urusetia yan terlibat dalam menjayakan program ini.
Program sebegini merupakan julung kali dianjurkan oleh kami SMPI tahun 3.
dan atas kerjasama sekolah, segala urusan kami dimudahkan.

Program ini banyak memberi kami pengalaman yang menarik bersama adik2 di sana.
Adik2 di sana cukup baik dan memberi kerjasama yang mantop dalam menjalankan aktiviti sepanjang program berlangsung. kerjasama yang mereka berikan menjadikan kami lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu kepada mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ice breaking, qiamulail, ceramah maghrib, LDK, explorace, perlawanan bola persahabatan dan malam bakat.
bakat yang mereka tunjukkan cukup memikat hati kami semua.
Yang aku tak dapat lupa adalah perkataan Tuuuut...Tuuuut..hehe
Semua aktiviti ini berjalan dengan baik sekali sekalipun terdapat juga sedikit masalah yang timbul semasa program.

wajah ceria akak faC sebelum sampai ke sekolah..

Pada majlis penutupanvpula, penyampaian hadiah diberikan kepada kumpulan yang terbaik dan pelajar yang terbaik dalam sepanjang program berlangsung
Peserta terbaik adalah Syukri yang mana akak fasinya adalah Syazwani dan Fazirah.
Yang jelesnya, ahli kumpulan mereka ni sentiasa menyebut nama akak2 mereka bila disuruh bercakap.
memang amntop la akak faC dua orang ni.heheh
manakalah kumpulan yang menang untuk malam bakat adalah daripada gabungan kumpulan aku dan paijan.

Kenangan bersama adik2 tidak akan abang2 n akak2 lupakan.
Segala ilmu dan pengalaman telah kami curahkan pada adik2 semua.
Dan kami mendoakan yang terbaik buat adik2 semua.

Kalau ada kesempatan lagi, kita akan berjumpa lagi.

abang Zamzuri wakil dari PERMIUM

Sebelum kami balik ke UM, kami telah dibawa ke Hutan Lipur lentang.
Tempatnya cukup cantik dan di sana,
aku dan rakan2 lain tidak melepaskan peluang untuk mandi manda.
Keadaan masa kami tiba disana cukup sesak.

Buat adik2 semua, kami mengharapkan anda menjadi pemimpin yang baik
sekaligus menjadi pelajar contoh kepada kawan2 yang lain.
Kepada semua urusetia dan fasilitator, anda semua mantoooooooop dan tahniah atas kejayaan program ini. Aku bangga dengan kalian semua.

aktiviti cina buta

menyanyikan lagu tema program

lepas aktivit explorace, kesian dorang kena calit dengan tepung..hehe

ngah mintak pendapat adik2 tentang program

aktiviti ceck point terakhir explorace

senaman petang bersama akak2 faC

Isnin, 22 Mac 2010

Dinner Bersama Puteri Umno


Jumaat lepas aku telah menghadiri satu majlis
makan malam anjuran Puteri Umno dan beberapa Ngo.


Tak sangka pulak, majlis ini di hadiri oleh
Dato Seri Hishamudin.
Habis je majlis, dengan bangganya kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan dato seri.



Makanan yang dihidangkan cukup sedap..
hingga menjilat sudu..hihih
dah namanya rezeki, apa lagi makan je la..hehe


F@mLy DaY SMPI 2010


Geng SMPI 07/08


Famly Day SMPI telah pun berlangsung, ia merupakan aktiviti tahunan yang di anjurkan
oleh SMPI pusat. Kali ni, pengarahnya daripada tahun 1.
Objetkif utamanya adalah bagi merapatkan lagi ukhwah di antara batch
dan ustaz ustazah yang mengajar kami.
Selain itu, ia merupakan satu aktiviti riadah unutk merehatkan minda dari kesibukan belajar
di dalam kuliah harian.

Di samping itu, aktiviti sebegini mampu untuk
menjadi platform kepada bakal2 guru untuk aktif dan melibatkan
diri dalam sukan dan sebagainya.
Sebagai seorang guru, kita kena menjadi seorang yang versatile (kata orang kpg saya)
dan aktif dalam apa jua yang diceburi.

tarik tali

Apa yang dirancang selama ini berjalan dengan baiknya.
aku sendiri selaku ketua pengisian merasa terhibur dengan gelagat
semua termasuk lah ustaz dan ustazah.

kain pelikat berantai

Pelbagai aktiviti dibuat dan sebenarnya terdapat beberapa aktiviti
yang tidak dapat dijalankan oleh sebab kekangan masa yang singkat.
antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari benang di atas padang rumput,
baling belon, musang berjanggut, kain pelikat berantai dan tarik tali.

main baling belon

Tarik tali merupakan aktiviti kemuncak pada setiap tahun.
Tahun ini tarik tali telah dimenangi oleh tahun 4 dan team ustaz mendapat tempat kedua.
tahniah buat abang2 semua..

Bagi pemenang keseluruhan pula, tahun 3 bacth aku telah memenangi
tempat pertama keseluruhan dan membawa balik piala pusingan..(tapi kena hantar balik).
hehe..untuk bergambar sahaja.

proses mengikat perut ustaz

Antara ustaz yang hadir adalah ustaz Ahmad Yusuf, Dr. Hamza dan Ust Ashraf Ishraqi
dan juga penyelaras kami iaitu ustazah Shamsiah.
Sokongan yang mereka berikan membuatkan kami merasa cukup seronok.
Di samping kesibukan kerja dan masa bersama keluarga di hujung minggu,
mereka dapat juga meluangkan masa bersama kami.

mencari benang di atas rumput

Sebelum balik, aku dan beberapa rakan yang lain telah merancang satu
acara kejutan buat sahabat di tahun3 iaitu sambutan birthday kepada sahabat2 yang lahir dari bulan Jan-Mac.
Sebiji kek telah kami belikan untuk mereka ini.

Akhir sekali, aku selaku YDP bacth tahun 3 mengucapkan jutaan terima kasih
buat semua sahabat2 tahun 3 kerana memberikan komitmen yang terbaik semasa famly day tahun ini.


Semoga ukhwah yang terbina ini menjadi noktah perpaduan kita semua.
Tanpa anda sapalah aku.
Harap2 selepas ini, kita dapat menjayakan program2 anjuran SMPI lagi.
Majulah SMPI untuk agama, bangsa dan negara


17,303 anak luar nikah didaftar 2009


17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

Selasa, 16 Mac 2010

Famly Day SMPI


jom pakat p ramai2 ke FAMLY DAY SMPI

kerana terdapat banyak aktiviti menarik menunggu anda.

Di jemput semua mahasiswa/wi pendidikan islam di Univerisiti Malaya.

Berikut merupakan maklumat berkaitan famly day:

HARI: AHAD

TARIKH: 21 MAC 201O

TEMPAT: TASIK PERDANA, KUALA LUMPUR

YURAN: RM3

PENGANGKUTAN DISEDIAKAN

datang jangan tak datang. Semoga ukhwah dikalangan kita

semakin erat dan mantap hendaknya.

Majulah SMPI untuk negara dan bangsa

Isnin, 15 Mac 2010

SMIS 10


Alhamdulillah, perkara yang dirancang selama ini berjalan juga dengan baik sekalipun terdapat kekangan-kekangan tertentu menyebabkan kehadiran peserta tidak mengikut apa yang dirancang. Manusia merancang dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah itu lebih baik.


Seramai 50 peserta dari beberapa buah universiti telah hadir ke Seminar Mahasiswa Islam Sarawak telah hadir ke seminar ini. Antara universiti yang hadir adalah Universiti Malaya, Uia dan Usim. Majlis bermula sedikit lewat atas sedikit masalah.


Seminar ii dianjurkan oleh satu badan NGO iaitu badan HIKMAH Wilayah persekutuan yang mana ngo ini meruapakan salah satu ngo yang tertua di Sarawak. Mereka telah menyebarkan sayapnya ke semananjung bertujuan membuka peluang pelajar2 dan anak-anak Sarawak untuk menyertai Hikmah sekaligus menjadi daie kepada masyarakat Sarawak.


Dalam seminar ini. kami didedahkan dengan pentingnya kefahaman islam dalam diri. tanpa kita sedari, dakyah kristian semakin berleluasa di Sarawak. Atas kesedaran inilah, badan NGO menganjurkan pelbagai aktivit bagi rakyat Sarawak yang beragama Islam dapat menguatkan lagi kefahaman mereka terhadap Islam. Ini merupakan satu usaha yang baik yang perlu diteruskan dan seterusnya dilaksanakan dakwah kepada semua umat manusia.


Alhamdulillah juga, kami dapat mendengar huraian dari 3 orang panel yang cukup hebat. Antaranya Prof. Dato' Abang Abdullah Abang Ali, Ust Mohammad Salleh Hamdin dan Sdr Awang Armadajaya. Mereka ini merupakan orang kuat Hikmah.

Pada petangnya pula, majlis dialog dan sesi resolusi dibuat. Pelbagai cadangan dan reaksi dari mahasiswa universiti dilontarkan. Antaranya ialah dibuat satu database berkaitan mahasiswa yang menyertai Hikmah sebagai penyelarasan maklumat untuk disalurkan kepada semua. Selain itu, tabung dana diwujudkan.
Akhir sekali, seminar tamat pada jam 4 petang dan sebelum balik kami membuat sesi forografi. Aku harap, program sebegini dapat diteruskan untuk kebaikan agama islam itu sendiri. Untuk rakan2 universiti lain, aktiviti Hikmah akan diteruskan dan seminar ini akan dibuat lagi tapi kali ni di Sarawak. Berikut muka2 ceria ketika Seminar:




Sabtu, 13 Mac 2010

SMPI VS SUKSIS

selasa lepas satu perlawanan persahabatan
telah diaturkan antara Suksis dan Smpi bertempat di kolej kediaman ke12.

bertujuan merapatkan lagi ukhwah dikalangan warga kampus dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan ustaz dan ustazah UM.

di samping kesibukan yang melanda,
aku sempat membuat satu aktiviti untuk smpi khasnya dan suksis umumnya

ingin aku ucapkan trima kasih kepada sahabat2 yang hadir
kerana memberi kerjasama yang tinggi untuk hadir pada malam berkenaan.

trima kasih juga aku ucapkan kepada team suksis kerana
telah memberi kerjasama yang baik kepada kami.

insyaAlllah budaya sukan menjadi satu amalan dalam diri ustaz ustazah semua.
akhir kalam, majulah sukan untuk ustaz ustazah.
sebelum tu, aku letakan gambar2 menarik di sini.
selamat maju jaya SMPI

team bola jaring suksis

sedap tu air aku buat..hehe

skill tu..

team suksis



Isnin, 8 Mac 2010

Kem Karisma Mursyid 10



Semalam aku dan sahabat2 SMPI seramai 14 orang, dari pelbagai bacth

baru sahaja selesai mengadakan program bersama pelajar

SMK Taman Klang Utama Selangor.

walaupun dan banyak kali aku menjadi fasi,

tapi kali ni aku diberi peluang untuk menyampaikan ceramah motivasi

pada adik2 kat sana. Sedikit ilmu dan pengalaman yang ada

aku kongsikan bersama mereka.

ni merupakan pengalaman aku yang pertama dalam menyampaikan ceramah.

dan ini juga merupakan langkah pertamaku untuk berkecimpung dalam dunia ceramah.

suatu hari nanti aku ingin menjadi penceramah dan motivator yang berjaya.amin




kem ni berjalan selama 2 hari bermula pada hari

sabtu dan berakhir pada hari ahad.

kami telah dibahagikan dengan beberapa

kumpulan pelajar.

haa..kat sebelah ni lah group aku..hehe

mereka semua baik2 belaka..

salah sorang dari ahli kumpulan ni

dapat anugerah pelajar paling islamik.

tahniah wat adik azilah..

sepanjang kami disana, sekolah memberi layanan yang cukup baik.

kami mengucapkan jutaan trima kasih pada sekolah..

tahun depan, jemput la lagi..hehe


nilah wajah2 ceria pelajar smktku

wajah2 mereka ini memerlukan banyak

bimbingan dari semua

merekalah yang akan lahir sebagai pemimpin masa akan datang..

tanpa didikan yang baik, mana mungkin mereka mampu untuk menjadi seorang manusia.

adik2, abang2 n akak2 semua doakan yang terbaik buat kamu semua.

semoga apa yang dah abang2 n akak2 sampaikan daapt sampai terus ke hati adik2 semua.

Ahad, 28 Februari 2010

Bubur Ayura Kolej 12

walaupun hampir sebulan berlalu, tapi niat untuk melaporkan apa yang berlaku tetap ada. mungkin kesempitan masa untuk menulis menyebabkan laporan kegiatanku di univerisi lambat untuk disiarkan.

kali ni aku bersama rakan2 dari SMPI iaitu Sarjana Muda Pendidikan Islam batch 07/08 menyertai pertandingan memasak bubur asyura di kolej 12th.

aku selaku urusetia turut terlibat dalam aktivit memasak kali ni..

seramai 10 orang wakil dari smpi telah berganding bahu untuk menyiapkan bubur asyura dari utara.

persiapan bermula dari malam lagi.ajk bertungkus lumus menyiapkan tempat memasak dan sebagaiya. kali ni, pertandingan memasak mendapat sambutan seramai 14 penyertaan berbanding 7 penyertaan pada tahun lepas.


pada asalnya, aku merupakan pengarah bagi pertandingan ini . dek sebab kesibukan yang melanda, aku terpaksa menarik diri dan memberi peluang kepada adik2 untuk memegang
jawatan selaku pengarah.
kebanyakan ajk adalah dari ahli suksis sendiri.



kali ni, tema bagi pertandingan adalah satu malaysia.
pertandingan kali ini telah dimenangi oleh kolej 10 di mana mereka telah merangkul 2 hadiah, yang pertama adalah
tempat pertama bagi pertandingan memasak
dan kedunya mereka merangkul
anugerah Satu Malaysia.







bagi smpi pula sekadar di tempat ke 7..hehe
tahniah kepada yang mengambil bahagian....


majulah memasak untuk negara


Isnin, 22 Februari 2010

Pelajar wajib ambik satu bidang sukan

MARAN 21 Feb. - Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Bagi tujuan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, satu jawatankuasa sementara ditubuhkan untuk mengkaji perkara tersebut yang membabitkan kurikulum dan aspek pemarkahan.

''Sekurang-kurangnya satu sukan wajib diambil oleh pelajar. Dasar ini telah lama ada tetapi ia kurang ditekan.

''Kita sedang mengkaji kurikulumnya dan sekurang-kurangnya tahun depan kita boleh mula tetapi mana-mana sekolah yang telah bersedia boleh bermula tahun ini. Kita perlu memperincikan jadual dan kurikulum bagi mengelakkan pertembungan antara akademik dan sukan," katanya.

mengulas apa yang hendak di laksanakan oleh pihak kerajaan ini, saya selaku bakal guru memberi sokongan doa tas usaha ini. Ianya memang bagus kepada semua pelajar supaya pelajar sekarang tidak lagi pasif malah menjadi pelajar yang aktif dalam semua bidang. Bagi saya, bukan setakat satu sukan yang perlu di sertai, tetapi penglibatan dalam banyak jenis sukan juga lebih baik. Bersukan akan menjadikan pelajar lebih cergas mindanya.

Nabi kita sendiri menganjurkan kit bersukan dan antaranya 3 sukan yang Nabi kita sebut adalah memanah, berenang dan berkuda. Ini memperlihatkan Nabi kita juga menitikberatkan sukan dalam kehidupan kita.

Kepada pihak kerajaan, kami mengharapkan yang terbaik dari segi pengisian kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah2. Bebanan guru sekarang semakin banyak dan tugasan semakin mencabar. Bagi saya, untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran sukan di sekolah, pastikan guru yang mengajar adalah guru yang benar2 fasih atau benar2 guru yang dibidangnya. Apa yang pernah berlaku masa disekolah dulu, guru agama yang mengajar sukan. Yang mana tak tahu teorinya dan apatah lagi mengajarnya. Saya harap lontaran idea ini menjadi pemangkin untuk melaksanakan usaha ini demi kebaikan bersama.

Khamis, 18 Februari 2010

Seminar Mahasiswa Islam Sarawak 2010

ASSALAMUALAIKUM

PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA ISLAM SARAWAK, PIHAK HIKMAH WILAYAH PEREKUTUAN DENAGN KERJSAMA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK AKAN MENGANJURKAN SATU SEMINAR MAHASISWA ISLAM SARAWAK. ANTARA OBJEKTIFNYA ADALAH SUPAYA MAHASISWA ISLAM SARAWAK MEMAHAMI ISLAM DENGAN LEBIH DEKAT UNTUK DISAMPAIKAN DI BUMI KELAHIRAN KITA SENDIRI. BERIKUT MERUPAKAN MAKLUMAT SEMINAR.

ANJURAN:
HIKMAH WP KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK UM

TEMA:
CABARAN MAHASISWA ISLAM ABAD KE 21

TEMPAT:
RESIDENCE HOTEL, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

TARIKH:
14 MAC 2010

HARI:
AHAD

SIJIL DAN MAKANAN DISEDIAKAN

YURAN RM10 SAHAJA

P/S: SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAYA 0132967562( SAIFULLAH) EXCO EKONOMI MAHASISWA ISLAM SARAWAK UM.

Jumaat, 12 Februari 2010

Antara cinta dan persahabatan

Antara cinta dan persahabatan

Andainya ku diberi pilihan untuk memilih kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana di sebalik keindahan itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara di bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tawa, tangis, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat bicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sayang
Sekiranya ada gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksud ku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku
Sejarah perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah
Di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar kau sentiasa mengingati diriku.

Ahad, 7 Februari 2010

Prk oh Prk

Pilihanraya kampus yang lebih dikenali dengan singkatan PRK kali ni cukup panas. kali ni pengundian dibuat dengan menggunakan e-voting yang mana menggunakan sistem teknologi maklumat untuk mengira undi dan membuang undi. Rata-rata dikalangan mahasiswa tidak setuju dengan penggunaan e-voting ini. Pelbagai cara dah usaha dibuat semata-mata untuk membantah e-votong ini dari dilaksanakan. Antaranya menghantar memorendum, demonstrasi dan perbincangan dengan pihak2 terbabit. Semua ini dilakukan untuk membuka mata pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyemak kembali penggunaan e-voting.

Tapi malangnya, suara mahasiswa tidak didengari oleh pihak yang bertanggungjawab ini. Mereka menganggap e-voting adalah cara terbaik untuk melaksanakan penggundian. Kali ini, aku terlibat secara langsung dengan PRK UM. Sebagai anggota sukarelawan polis, kami dikerahkan untuk bertugas bagi menjamin perjalanan PRK kali ni berjalan dengan baik. Kami membantu pengawal keselamatan dalam menjalankan tugas yang sama.

Bermula pada penamaan calon yang bertanding iaitu pada 25 Januari 2010, semua calon yang bertanding menghantar borang pencalonan mereka. Seperti biasa, terdapat 2 pihak yang bertanding yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi (penggerak). Di akhir hari penamaan calon, terdapat bantahan dibuat ke atas calaon penggerak iaitu saudara Azham yang mana dikatakan pelajar yang extend. Bantahan ke atasnya diterima dan dia tidak dibenarkan bertanding pada pilihanraya kali ini.

Pada 27 dan 28.1.10, maka bermulalah perang mulut antara dua pihak ini. Mereka mula mengatur strategi masing-masing untuk menawan tampuk kepimpinan Universiti Malaya. Seperti biasa, pihak penggerak menggunakan kuasa yang ada di kolej bagi menyebarkan risalah dan pengaruh mereka manakala pro mahasiswa terpaksa berkerah keringat untuk berkempen yang mana mereka sering mendapat tentangan dari pihat HEP dan pihak kolej. Apa yang berlaku, sedikit kekecohan berlaku dikolej 7th dan 3rd.

Tibalah hari kemuncak iaitu hari pengumuman dibuat. Proses pengundian ditutup pada jam 5pm pada hari khamis 28.1.10. Aku ditugaskan dikoleh kediaman Ibnu Sina. Pada jam 5.30pm, aku mengekori pegawai Pusat Teknologi Maklumat ke DTC untuk menghantar hardisk komputer yang dugunakan. Pada jam 7.00 pm, pengumuman dibuat dan keputusan tidak rasmi adalah pro aspirasi mendapat 21, pro mahasiswa 17 dan bebas 3 kerusi.

Keadaan menjadi hangat apabila proses bantahan dibuat. Pihak pro mahasiswa membuat bantahan berkaitan ketelusan sistem e-voting itu sendiri. Bagi mereka, kalah bukan perkara utama, tapi mereka menyelar penggunaan e-voting yang tidak tahu akan kesahihannya. Mereka menuntuk dato' Nc mengadakan pengundian menggunakan manual.

Pada malam tu, suasana cukup bising dengan laungan Hidup Mahasiswa, Hapuskan E-voting, Hancur-hancur kezaliman dan banyak lagi. Aku hanya melihat gelagat dua pihak ini dengan hati yang tidak tenteram. Bantahan ini berlarutan ke tengah malam. pro mahasiswa bergerak ke pejabat NC dan meminta NC turun dan berjumpa dengan mahasiswa dan menuntuu janji NC untuk mengadakan undian semula sekiranya teradapat masalah dalam e-voting itu sendiri. Tapi malngnya, Dato NC telah keluar menggunakan pintu belakang untuk balik. Ini membangkitkan kemarahan 300 mahasiswa dari pro mahasiswa yang menunggu beliau. Semua mahasiswa bersurai pada jam 12tgh mlm selepas diminta oleh Asp Tuan Ismail selaku pegawai penyelaras kami.

Perkara ini tidak terhenti disitu sahaja, pada keesokanya seramai 200 mahasiswa telah berkumpul di DTC untuk mendengar keputusan dari dato Nc sendiri. Selepas jam 11pg masa yang dijanjikan untuk berjumpa dengan mahasiswa, Dato Nc tidak lagi datang, mereka menyerbu masuk ke kawasan pejabat NC dan melaungkan perkataan, NC letak jawatan. sekitar jam 11.45pg, NC datang kerana beliau baru balik dari KPS kerana Datin Rosmah telah datang ke UM.

Beliau berdiri di tengah2 mahasiswa denga berucap menggunakan healer dan memaklumkan ingin berjumpa dengan 10 orang sahaja wakil dari mahasiswa untuk berbincang dengan beliau. Permintaan itu pada mulanya tidak diterima oleh semua mahasiswa yang berkumpul tapi akhirnya terpaksa akur dan menghantar wakil mereka.

Sekitar jam 5pm, saudara Ridzuan keluar dari pejabat NC dan memberitahu keputusan PRK kali ni ditangguhkan ke hari rabu dan dato; NC meminta pihak pro mahasiswa membawa pakar dari luar untuk memeriksa sistem yang digunakan.

Selepas hampir seminggu penangguhan keputusan, tibalah masanya hari yang dinantikan. Dato Nc mengumumkan keputusan asal adalah muktamad dan tidak ada penggundian semula dilakukan.


Tak Da Rezaki Kali Ni

ni merupakan tahun ketiga aku bermain takraw untuk Sukan Mahasiswa UM(SUKMUM).

2tahun sebelum ni team aku berjaya je ke peringkat separuh akhri.

tapi kali ni cabaran cukup kuat.

team yang bertanding semua hebat2..


kali ni kami tewas diperingkat suku akhir

amat kecewa

tapi nak wat macam mana

kalah menang adat permainan

buat team kolej 12th, tahun depan kita wat lagi terbaik

aku yakin kita boleh berjaya samapai menjadi juara