Isnin, 22 Februari 2010

Pelajar wajib ambik satu bidang sukan

MARAN 21 Feb. - Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Bagi tujuan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, satu jawatankuasa sementara ditubuhkan untuk mengkaji perkara tersebut yang membabitkan kurikulum dan aspek pemarkahan.

''Sekurang-kurangnya satu sukan wajib diambil oleh pelajar. Dasar ini telah lama ada tetapi ia kurang ditekan.

''Kita sedang mengkaji kurikulumnya dan sekurang-kurangnya tahun depan kita boleh mula tetapi mana-mana sekolah yang telah bersedia boleh bermula tahun ini. Kita perlu memperincikan jadual dan kurikulum bagi mengelakkan pertembungan antara akademik dan sukan," katanya.

mengulas apa yang hendak di laksanakan oleh pihak kerajaan ini, saya selaku bakal guru memberi sokongan doa tas usaha ini. Ianya memang bagus kepada semua pelajar supaya pelajar sekarang tidak lagi pasif malah menjadi pelajar yang aktif dalam semua bidang. Bagi saya, bukan setakat satu sukan yang perlu di sertai, tetapi penglibatan dalam banyak jenis sukan juga lebih baik. Bersukan akan menjadikan pelajar lebih cergas mindanya.

Nabi kita sendiri menganjurkan kit bersukan dan antaranya 3 sukan yang Nabi kita sebut adalah memanah, berenang dan berkuda. Ini memperlihatkan Nabi kita juga menitikberatkan sukan dalam kehidupan kita.

Kepada pihak kerajaan, kami mengharapkan yang terbaik dari segi pengisian kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah2. Bebanan guru sekarang semakin banyak dan tugasan semakin mencabar. Bagi saya, untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran sukan di sekolah, pastikan guru yang mengajar adalah guru yang benar2 fasih atau benar2 guru yang dibidangnya. Apa yang pernah berlaku masa disekolah dulu, guru agama yang mengajar sukan. Yang mana tak tahu teorinya dan apatah lagi mengajarnya. Saya harap lontaran idea ini menjadi pemangkin untuk melaksanakan usaha ini demi kebaikan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan