Ahad, 28 Februari 2010

Bubur Ayura Kolej 12

walaupun hampir sebulan berlalu, tapi niat untuk melaporkan apa yang berlaku tetap ada. mungkin kesempitan masa untuk menulis menyebabkan laporan kegiatanku di univerisi lambat untuk disiarkan.

kali ni aku bersama rakan2 dari SMPI iaitu Sarjana Muda Pendidikan Islam batch 07/08 menyertai pertandingan memasak bubur asyura di kolej 12th.

aku selaku urusetia turut terlibat dalam aktivit memasak kali ni..

seramai 10 orang wakil dari smpi telah berganding bahu untuk menyiapkan bubur asyura dari utara.

persiapan bermula dari malam lagi.ajk bertungkus lumus menyiapkan tempat memasak dan sebagaiya. kali ni, pertandingan memasak mendapat sambutan seramai 14 penyertaan berbanding 7 penyertaan pada tahun lepas.


pada asalnya, aku merupakan pengarah bagi pertandingan ini . dek sebab kesibukan yang melanda, aku terpaksa menarik diri dan memberi peluang kepada adik2 untuk memegang
jawatan selaku pengarah.
kebanyakan ajk adalah dari ahli suksis sendiri.



kali ni, tema bagi pertandingan adalah satu malaysia.
pertandingan kali ini telah dimenangi oleh kolej 10 di mana mereka telah merangkul 2 hadiah, yang pertama adalah
tempat pertama bagi pertandingan memasak
dan kedunya mereka merangkul
anugerah Satu Malaysia.







bagi smpi pula sekadar di tempat ke 7..hehe
tahniah kepada yang mengambil bahagian....


majulah memasak untuk negara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan