Program Interaksi Kor Suksis Universiti Malaya
Tarikh: 30-6.12.2009
Tempat: Tasik Kenyir, Kuala Terengganu
Ahli: Semua Anggota Suksis Universiti Malaya
hai kengkawan...al-qissah datang menjemput anda untuk berkongsi pe jua crita samaada suka atau tak suke..hehe..pe2 kisah pun boleh...kisah cinta ke, kisah peribadi ke, kisah pelik ke, kisah agama ke, kisah negara ke, pendidikan ke, isu semasa ke..semua bolehye...
Isnin, 30 November 2009
Ke Tasik Kenyir
Khamis, 26 November 2009
Hidupkan Semula Jiwa Korban
| Zulhijjah, bulan yang sarat dengan pelbagai peristiwa penting seperti ibadah haji dan hari raya korban, iaitu perayaan terbesar dalam agama Islam yang akan berlalu, dan bakal disusuli Muharram yang akan membuka lembaran baharu bagi kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Bagi menghadapi masa hadapan dengan segala cabarannya yang getir, setiap individu Muslim perlu memiliki persediaan yang mencukupi lagi menyeluruh. Dalam hubungan ini, hari raya korban yang baru diraikan dilihat mampu bertindak sebagai landasan terbaik bagi penyediaan kekuatan diri untuk menghadapi segala ujian dan cabaran mendatang. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada sejauh mana hari raya korban yang juga diistilahkan sebagai perayaan ketaqwaan itu disambut, iaitu sama ada secara tidak terpisah daripada semangat atau roh agama Islam, atau sebaliknya. Malah penting juga dinilai sama ada ibadah korban sebagai salah satu bentuk pengisiannya yang dilaksanakan pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tashriq itu benar-benar menepati maknanya atau sekadar bentuknya yang zahir sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan makna ini ialah ibadah korban dilaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Inilah yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang tergambar dalam ayat 37, Surah al-Hajj, bahawa yang dinilai dan diterima oleh-Nya hanyalah ibadah korban yang dilaksanakan dengan penuh ketulusan, iaitu berasaskan ketaqwaan. Sungguh mendukakacitakan jika ibadah korban yang dilaksanakan tempoh hari hanyalah dari segi bentuknya yang zahir sahaja; iaitu upacara penyembelihan haiwan korban yang disaksikan secara beramai-ramai oleh anggota masyarakat, tanpa disertai usaha untuk menggapai matlamat ibadah yang disyari`atkan pada tahun kedua Hijrah itu. Jika itu yang berlaku, maka kekallah ia menjadi amalan yang kehilangan roh serta maknanya. Kita umumnya dapat menghayati beberapa isyarat penting daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga baginda sebagaimana yang dirakamkan oleh al-Qur'an. Antaranya termasuklah bahawa Allah s.w.t. sentiasa akan menguji keimanan hamba-hamba-Nya dengan pelbagai bentuk ujian serta dugaan. Malah dalam satu ayat, Allah s.w.t. menegaskan bahawa Dia mentakdirkan mati dan hidup bagi manusia untuk menguji serta menzahirkan siapakah antara mereka yang paling baik amalannya. Dalam hal ini, tiada yang dapat menyelamatkan seseorang hamba kecuali ketaqwaannya yang akan mendorong supaya ia sentiasa berserah dan berharap hanya kepada Allah s.w.t. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. sehingga disebabkan ketaqwaan dan kesabarannya menempuhi segala kesulitan, maka Allah menjadikan baginda sebagai imam (pemimpin) bagi seluruh manusia (Surah al-Baqarah 2 : 124) Selain itu, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga baginda itu juga menunjukkan bahawa yang diperlukan untuk dijadikan korban ialah yang terbaik dan sesuatu paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan. Isyarat inilah yang diterjemahkan oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan mereka. Sahabat-sahabat ini yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. dengan nilai ketaqwaan yang tiada tolok bandingnya membuktikan bahawa semangat suka berkorban tidak asing sama sekali daripada kehidupan mereka. Bahkan selain suka berkorban, mereka juga mempamerkan satu lagi sifat mulia yang mempunyai kaitan yang amat erat dengannya, iaitu ithar (mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dengan kepentingan diri). Sifat mulia ini jelas dinyatakan dalam ayat 9, Surah al-Hashr. Kaum Ansar dipuji oleh Allah kerana mereka sanggup mengenepikan keperluan diri dan sebaliknya mengutamakan kepentingan saudara mereka yang memerlukannya, iaitu kaum Muhajirin. Sahabat-sahabat yang terkenal kerana kejayaan mereka dalam bidang perniagaan dan perdagangan seperti Abdul Rahman ibn `Auf r.a., ternyata mengekalkan sifat suka berkorban dan mengutamakan kepentingan masyarakat umum berbanding dengan kepentingan diri, hatta sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, dalam peristiwa penjualan tanah miliknya dan hasil jualannya yang berjumlah 40,000 dinar itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan Bani Zahrah (kaum kerabat bonda Rasulullah s.a.w.), kaum Muslimin yang miskin lagi memerlukannya serta isteri-isteri Baginda. Merujuk kepada hakikat yang menyelubungi umat Islam hari ini, jelas dapat dilihat bahawa semangat korban telah pun luntur dan hampir-hampir lenyap daripada kehidupan mereka. Kisah pengorbanan Nabi-nabi dan sahabat-sahabat hanya sekadar disebut-sebut namun untuk menterjemahkannya dalam kehidupan kelihatan begitu sukar. Kita dapat melihat bagaimana umat Islam, terutama pemimpin-pemimpinnya tidak lagi sanggup mengorbankan diri demi kepentingan agama Islam dan rakyat mereka. Malah sebaliknya, agama Islam dan rakyat dikorbankan demi kepentingan diri, kekuasaan dan pengaruh yang menjadi rebutan antara sesama mereka. Akibatnya, dengan mudahlah juga musuh-musuh umat Islam mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dan melakukan penindasan terhadap masyarakat Islam. Lalu saban waktu kita mendengar rakyat di negara-negara Islam menjadi korban akibat perang antara puak dan bangsa selain menjadi pelarian sama ada di negara sendiri mahupun juga di negara-negara luar dan menghadapi kehidupan yang penuh dengan seksa serta derita. Jika kita merujuk pula kepada negara sendiri, keadaan yang ada, tidak jauh bezanya. Meskipun tidak dilanda kemelut sulit dan besar seperti negara-negara Islam lain, umat Islam negara ini juga menghadapi kemerosotan daya juang dan semangat berkorban. Petunjuk paling jelas ialah bagaimana semakin hilangnya nilai mulia dalam kehidupan dan betapa mudahnya masyarakat kita terjebak dengan pelbagai bentuk amalan buruk yang ditegah oleh syarak seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menjadi bukti betapa mereka sanggup mengorbankan kepentingan umum demi kepentingan peribadi. Lebih menyedihkan jika kita merujuk kepada golongan muda yang telah kehilangan arah dalam kehidupan dan tidak berupaya menghayati semangat korban yang hakiki. Apalah yang boleh diharapkan daripada mereka untuk berkorban diri dan jiwa demi agama dan negara jika jelas sebahagian mereka lebih rela menjadi korban dalam salah laku seperti lumba haram di jalan raya dan penagihan dadah. Keadaan ini seharusnya menyedarkan kita bahawa tiada jalan lain lagi untuk kembali mengubah keadaan yang melanda umat Islam selain memupuk ketaqwaan yang tinggi dan sekali gus dapat menyemarakkan semula jiwa korban. Sesungguhnya kita memiliki segala peluang dan ruang, khususnya melalui ibadah yang difardukan dalam kehidupan kita yang semuanya menjurus kepada melahirkan insan yang bertaqwa dan berkeperibadian tinggi. Ini misalnya melalui ibadah solat, puasa, zakat dan haji, malah termasuklah juga perayaan yang merupakan sebahagian daripada ibadah dalam agama Islam. Sekali lagi, jika kita merujuk kepada hari raya korban, betapa setiap amal dan ibadah yang digalakkan kita supaya dilakukan dalam menyambutnya, termasuklah takbir mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tertentu. Sebagaimana yang diketahui, takbir yang pada asalnya merupakan bacaan dalam perang, memiliki peranan yang amat besar untuk meniupkan semangat juang yang tinggi demi mempertahankan agama Islam serta umatnya selain dapat memupuk keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan Allah s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya yang berjuang dengan penuh keikhlasan. Kesimpulannya, tiada siapa pun yang boleh diharapkan untuk mengubah keadaan dan kedudukan kita selain diri kita sendiri. Demikianlah pula jika kita menyimpan impian untuk menjadi ummah yang terbilang kekuatan dan kehebatannya sehingga digeruni pihak musuh sebagaimana yang pernah dikecapi pada masa lalu. Maka antara usaha yang perlu digembleng ialah menghidupkan semula daya juang dan mengobarkan kembali semangat korban yang telah pun pudar dengan memanfaatkan segala ruang serta peluang yang terbentang luas di hadapan kita. |
Selasa, 24 November 2009
Kenangan Bersamamu

takbir!!!tapi aku tak dapat nak bercuti macam kawan2 lain.
alhamdulillah hari2 yang menakutkan telah berlalu..
exam pun habis, maka selesai sudah pengajian semester ni.
pe lagi kan, lepas exam cutilah...hehe
aku kena stay kat sini...sebab aku ada praktikal di balai-balai polis sekitar kl ni..
walaupun camtu, hatiku sentiasa ingat pada famly tersayang..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang lama akan berganti baru,
yang patah akan tumbuh kembali, yang berlalu akan terus pergi, yang bercerai tu, pe lagi kawen la lagi..hehhee
gurau je..apa yang nak ku katakan disini..
kami telah ditakdirkan untuk berpisah dengan pensyarah kami
iaitu Prof. Dr Tobroni Ahmad Sahli. seorang yang mantap dari ilmunya, segak lagi tampan.
orangnye suma tersenyum membuatkan kami senang hati di ajarnya.
orangnye keik tapi ilmunya cukup tinggi.
buat ustaz, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas didikan mu selama ni.
segala ilmu yang ada akan kami manfaatkan sebaik mungkin.
teringat dari satu katanya: "pemimpin yang baik itu akan melahirkan orang yang dipimpimya lebih baik dari dirinya"
buat ustaz, kami doakan dirimu sentiasa di dalam selimut rahmatNYA.
doakan kami berjaya sepertimu ya ustaz...sampai kapan ya kita berjumpa lagi??
buat kawan2 yang lain, selamat bercuti.
isilah masa cuti ni dengan perkara yang berfaedah.
Praktikal Hari Pertamaku
hari pertama aku ditempatkan di Balai Pantai.pastu memberanikan diri bercakap dengan dorang. bila dah borak tu, ramah jugak rupanya dorang ni. apa yang best hari pertama ni,
ni merupakan kami nye praktikal untuk sukarelawan kor polis.
mulanya agak kekok sikit untuk berinteraksi dengan anggota polis kat situ.
setengah jam yang pertama tu,
aku n member tengok tv je..hehe
tak tahu nak wat pe.
kami berpeluang untuk melihat lebih dekat mereka buat sekatan jalan raya.
kalu sebelum ni, pengalaman kena tahan,
yang ni tahan orang lak..hehe
memang pengalaman yang berharga aku rasakan...tak suma orang dapat rasa pengalaman macam ni..hem, wat anggota polis
tugas polis ni memang berat dan mencabar...
di maki, di sumpah itu dah lali bagi mereka..
tapi tugas untuk menjaga keamanan negara tetap mereka utamakan.
bagi sesiapa yang selalu menganggap sinis pada tugas polis tu,
rasa sendiri dulu camne nak jalankan tugas tu. setiap hari hampir beratus2 laporan kes di laporkan.
itu satu balai, tak campur lagi balai2 yang lain.
jalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. kepada yang lain, berilah sokongan padu pada mereka.
mereka juga manusia biasa yang tak lari dari salah.
fikir2kan.
Sabtu, 21 November 2009
PAPADOM
Synopsis:aku baru je tengok citer ni..terasa nak komen lak,
jujur aku gtau jalan citer ni menarik
apa yang di paparkan memberi kesan pada sebuah famly
cerita yang penuh komedi ni cukup menarik untun di tonton.
apa yang aku nak kongsikan adalah bagaimana kasih sayang seorang bapak
pada anaknya sampai sanggup buat apa sahaja demi kebaikan anaknya.
bagi aku tidak salah seorang bapak buat camtu
tapi mungkin tak sesuai dengan caranya,
tapi ni cerita je kan..
aku respect kat pengarah, pelakon, penyanyi dan pelawak nini lah kebanyakan pelajar universiti sekarang..ramai yang terjebak dengan cinta palsu ni..
dia ada bakat yang besar dalam menerbitkn filem
sekalipun banyak dah cerita yang dia terbitkan,
tapi aku terpanggil untuk memberi ulasan pada cerita dia
cerita yang mengandungi unsur nasihat yang berguna pada semua.
kehidupan Miasara cukup baik, dia dijaga oleh seorang bapak yang baik.
tapi bila memasuki alam universiti,
alam percintaan sukar nak elak. bila dah bercinta tu, mulalah nak wat maksiat.
ish3..
hanya nak berseronok semata-mata.
last2 cinta tak ke mana, study pun terabai.
dalam citer ni, ada satu skrip yang aku nak kongsi sama korang.
"experiance is a teaching"
maksudnya cukup bagus dihayati...
pengalaman itu adalah sebagai guru buat kita.
bagus2 kata-kata ni, aku suka.
akhir sekali, bila antara kita nanti dah ada anak or isteri,
jagalah famly kita sebaiknye..
keluarga yang baik akan membawa ke syurga.
mengasuh anak itu ibarat kain putih yang perlu diwarnakan dengan secantiknya.
sapa2 yang tak tengok lagi, rasanya baik tonton.
filem ni dapat anugerah filem Malaysia tau.
syabas Afdlin..buat lagi banyak cita berunsur nasihat.
Alhamdulillah...Habis Dah Exam
Segala puji buatMu Allah yang Maha Besar, aku bersyukurdikala ramai kawan2ku balik meninggalkan kampus, aku still duduk kat kampus lagi.
atas nikmat kesihatan mental dan fizikal,
aku dapat lalui hari2 yang mencabar dengan baik.
takde kehidupan tanpa ujian, maka bukannya namanya student kalu tak duduki ujian...tak gitu, hehe..
ada lagi tugasan yang perlu aku habiskan.
lepas ni ada latihan lak.
namanya latihan Kesukarelawan Polis Universiti Malaya.(SUKSIS)tapi bila dah senior ni,
kami kena praktikal di balai-balai polis berdekatan.
so ni pengalaman yang semua orang tak dapat.
pastu 30.11 ni kami ada interaksi ngan dak junior di Tasik Kenyir.
tak saba rasanye nak g sana..hehhe
ni jugak satu pengalaman yang orang lain tak dapat.
dalam kehidupan kita seharian pun tak dapat lari dari dugaan dan cabaran.
macam-macam kita akan hadapi masa hidup ni.
tapi semua tu nak uji keimanan kita padaNYA
pada hakikatnye, aku juga diuji, diuji dengan pelbagai dugaan.
baru2 ni aku mengalami kemalangan.
kemalangan berlaku ketika kami balik dari Pahang lepas bercuti.
aku bersyukur kepadaNYA kerana masih menyayangiku.
nasib baik takde yang buruk berlaku yang melibatkan kehilangan nyawa
Ya Allah, aku adalah hambaMu yang lemah,
berilah aku kekuatan untuk menempuhi kehidupan ini,
ku memohon agar diberikanku kebaikan di dunia dan akhirat.
amin..
Rabu, 18 November 2009
Cuti-Cuti Malaysia

dikala minggu peperiksaan sedang berjalan,
masih sempat untuk aku pergi berjalan-jalan melihat alam..
kesempatan seminggu tanpa exam ku gunakan sepenuhnya dengan cuti-cuti Malaysia.
kini lokasiku di Jengka, Pahang.
member bilik sebelah ajak aku balik ke kampungnye
kat sana lak ada satu lubuk dinamakan lubuk yu.
memang cantik tempatnye.
rasa bertuah kerana dapat g sana.
kejadian alam yang diciptakan amat sempurna.
aku tak lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam dan fauna di sana
perkara pertama adalah mandi, perh sejok gilerla...hehe
di sebalik keindahan kawasan lubuk tu,
rupanye dah meragut beberapa nyawa..
seram gak mendengarnye..
alhamdulillah takde pe yang berlaku ketika aku di sana.
pada kawan yang tak pergi lagi,
aku alu2kan sila datang ke sana..
Isnin, 2 November 2009
Kapsul Ubat: Gelatin Babi diCop halal
Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan."Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.
"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas."Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.
Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.
Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.
Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA
SYOKNYE MAJLIS LAN BERAMBEH
raya oh raya, walaupun bulan syawal dah berlalu, tpi semangat raya buat anak-anak sarawak di Semenanjung tak habis lagi. satu majlis Lan Berambeh telah diadakan di Sirim, Seksyen 2 Shah Alam bersama Timbalan Menteri Sains, kreativiti dan inovasi iaitu dato' Fadhillah.ramai juga yang hadir sekalipun tidak seramai majlis raya tahun lepas. ini mungkin disebabkan oleh kesibukan mahasiswa menghadapi minggu2 exam.
trima kasih kepada pihak penganjur terutama Yb Hajjah Nancy selaku pengerusi pengelola dan bekerjasama dengan Persatun Anak-Anak Sarawak Semenanjung.
apa yang bestnye, kami dihidangkan dengan makanan tradisional sarawak seperti
kek lapis, mee kolok, mee laksa dan ayam pansuh.
kami bersyukur sangat atas keperihatinan kerajaan negeri menganjurkan majlis seperti ini walaupun kami jauh dari sarawak.
tahun depan jemput lagi yeee
Jumaat, 30 Oktober 2009
MAJLIS LAN BERAMBEH ANAK-ANAK SARAWAK SEMENANJUNG

Buat pengetahuan kawan-kawan dari Sarawak, kita akan mengadakan satu majlis
ramah tamah bersama Ketua Menteri Sarawak. berikut merupakan maklumat majlis
tok:
Hari: Ahad
Tarikh: 1 November 2009
Tempat: Sirim, Seksyen 2 Shah Alam
Masa: 12.00tgh-4.00ptg
Pakaian: Sopan
semua di jemput hadir tak kira muslim o non muslim...ramai2 kita memeriahkan majlis tok k...pelbagai makanan tradisional Sarawak disediakan seperti kek lapis, mee kolok, mee
laksa, ayam pansuh dan sebagainya....rugi mun sik datang..
Ahad, 25 Oktober 2009
Intipati Bajet 2010
| Intipati bajet sulung Najib | ||
|
1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.
2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.
3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.
4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.
7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.
8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).
9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.
10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.
11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.
12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.
14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.
16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.
17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.
18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.
21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.
23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.
25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.
26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.
27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.
28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.
29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.
30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA
Khamis, 22 Oktober 2009
Media Bukan Punca Gejala Sosial
Kajian UPM dedahkan faktor keluarga, pengaruh rakan penyumbang utama
KUALA LUMPUR: Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati masalah sosial yang dihadapi masyarakat ketika ini bukan berpunca daripada pengaruh media massa sebaliknya faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan hiburan luar.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan.
Beliau berkata, persepsi masyarakat yang memandang negatif berhubung paparan hiburan di media massa sehingga mampu merosakkan akhlak remaja membuatkan Yadim mengambil inisiatif menyuruh pihak UPM membuat kajian bagi melihat kesahihan seperti didakwa masyarakat.
"Sebelum ini, banyak pihak termasuk ulama berpendapat masalah sosial berlaku berpunca daripada pendedahan media massa yang banyak memaparkan isu negatif sehingga menjadi ikutan remaja.
"Golongan ulama sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung kenyataan yang dibuat sebaliknya hanya mendengar percakapan daripada masyarakat tanpa bukti sahih," katanya kepada Berita Harian.
Nakhaie berkata, hasil kajian yang dibuat selama setahun mendapati, kandungan media massa termasuk hiburan yang disiarkan tidak memberi impak negatif di kalangan remaja sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.
"Kita sepatutnya menghargai jasa media yang banyak memberi pengetahuan serta hiburan kepada kita. Dengan adanya hiburan yang disiarkan media, kita sebagai masyarakat dapat menenangkan fikiran apabila seharian terdedah dengan tekanan kerja,' katanya.
Beliau berkata, walaupun program jenis keagamaan yang disiarkan media kurang mendapat sambutan di kalangan remaja, namun ia perlu dikaji dalam pelbagai aspek sehingga kurang mendapat sambutan antaranya masa yang tidak sesuai.
"Bukan bererti rancangan agama dipinggirkan oleh remaja sebaliknya kebanyakan rancangan berbentuk keagamaan dibuat pada lewat malam dan awal pagi berbanding siaran hiburan pada sebelah petang dan malam.
"Walaupun kebanyakan remaja tidak mempunyai asas agama yang tinggi, namun mereka mampu menilai baik buruk sesuatu rancangan disiarkan dan tidak menjadi ikutan mereka bagi menjalani kehidupan seharian," katanya.
Katanya, beliau turut menyarankan supaya kandungan hiburan media diperbaiki dan diolah secara kreatif supaya setiap rancangan hiburan yang disiarkan itu turut diselitkan unsur keagamaan.
Ahad, 18 Oktober 2009
Sayang My Famly

nilah gambar time raya ritu
tahun ni raya bagi aku cukup meriah..
sume famly adik bradik mak dapat berkumpul sama..
tak kurang juga family ayah..
raya pertama kami gerak dulu ke kubur atok dan nenek
pastu kami gerak ke rumah atok sebelah ayah lak
syok giler dapat jumpa sedara mara
sume nye sihat2..
syukur sangat raya tahun ni aku dan adik dapat balik barayadi kampung
2minggu cuti yang ada digunakan sepenuhnya oleh oleh kami.
akher kata, sayangilah keluarga anda sepenuhnyaFinal Exam Kunjung Tiba
assignment yang perlu disiapkan. Mulalah kerisauan dan kebimbangan datang bermain dalam
diri.. Kadangkala merasakan masa tak cukup, seperti banyak lagi yang perlu diulangkaji dan
difahami. Tapi itulah lumrah menjadi seorang pelajar, ujian demi ujian , peperiksaan demi
peperiksaan silih berganti..
rakyat’..pagi tadi beliau melambai kami yang sedang menunggu bas di hadapan kolej. Setiap
butir bicaranya berisi nasihat dan pandangan yang berguna. Saya masih ingat lagi pada
kata-kata ayahanda, lebih kurang begini, “Ujian yang sebenarnya bagi setiap mukmin adalah
ujian menghadapi saat kematian.” Terima kasih ayahanda kerana mengingatkan.
Kita sibuk mempersiapkan diri dengan final exam yang kita tahu tarikhnya, dan seharusnya kita lebih lagi mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘final exam’ yang kita tidak tahu bila ia akan tiba. Sekiranya berlaku emergency, mudah-mudahan kita telah bersedia untuk ‘final exam’ itu.
Pernahkah kita bayangkan bagaimana sakitnya sakaratulmaut? Kesakitannya adalah kesakitan
yang luar biasa melebihi kesakitan seorang ibu ketika melahirkan, melebihi kesakitan di tetak
300 mata pedang yang berkilau tajam. Saat itu diri akan didatangi malaikat maut samaada
dengan berwajah indah atau bengis. Pada saat itu juga, diri akan didatangi oleh segerombolan
syaitan yang tujuannya hanya satu, untuk menukar akidah kita! Nauzubillah..sama-sama kita
berlindung dengan Allah daripada ujian yang hebat itu.
Imam Syafie pernah berkata:
Rasulullah pernah bersabda:
Dalam Al-quran pula, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“….dan Allah akan meninggikan orang yang beriman daripada kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat..” (Al-Mujadilah:11)Subhanallah..sayangnya Allah pada kita semua. Allah telah memberikan kita motivasi melalui
Al-quran untuk kita meraih ilmu sebanyak yang boleh. Dengan meraih ilmu, kita akan menjadi
orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan ditinggikan Allah beberapa darjat.
Jadi, jangan tension-tension..tenangkan fikiran dan jadikan ayat itu sebagai motivasi untuk kita belajar dengan lebih rajin dan focus tanpa mengeluh dan berasa putus asa.. dan sebagai seorang Islam ada satu perkara yang perlu kita ingat, ada ‘final exam’ yang lebih penting sedang menunggu kita. Sama-sama kita mempersiapkan diri…

