Ahad, 18 Oktober 2009

Final Exam Kunjung Tiba

Final exam is just around the corner. Semakin hampir dengan final, semakin banyak pula
assignment yang perlu disiapkan. Mulalah kerisauan dan kebimbangan datang bermain dalam
diri.. Kadangkala merasakan masa tak cukup, seperti banyak lagi yang perlu diulangkaji dan
difahami. Tapi itulah lumrah menjadi seorang pelajar, ujian demi ujian , peperiksaan demi
peperiksaan silih berganti..

Teringat saya pada kata-kata ayahanda pengetua kolej kami. Ayahanda seorang yang ‘mesra
rakyat’..pagi tadi beliau melambai kami yang sedang menunggu bas di hadapan kolej. Setiap
butir bicaranya berisi nasihat dan pandangan yang berguna. Saya masih ingat lagi pada
kata-kata ayahanda, lebih kurang begini, “Ujian yang sebenarnya bagi setiap mukmin adalah
ujian menghadapi saat kematian.” Terima kasih ayahanda kerana mengingatkan.

Kita sibuk mempersiapkan diri dengan final exam yang kita tahu tarikhnya, dan seharusnya kita lebih lagi mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘final exam’ yang kita tidak tahu bila ia akan tiba. Sekiranya berlaku emergency, mudah-mudahan kita telah bersedia untuk ‘final exam itu.

Pernahkah kita bayangkan bagaimana sakitnya sakaratulmaut? Kesakitannya adalah kesakitan
yang luar biasa melebihi kesakitan seorang ibu ketika melahirkan, melebihi kesakitan di tetak
300 mata pedang yang berkilau tajam. Saat itu diri akan didatangi malaikat maut samaada
dengan berwajah indah atau bengis. Pada saat itu juga, diri akan didatangi oleh segerombolan
syaitan yang tujuannya hanya satu, untuk menukar akidah kita! Nauzubillah..sama-sama kita
berlindung dengan Allah daripada ujian yang hebat itu.

Imam Syafie pernah berkata:

“Sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu.”

Rasulullah pernah bersabda:


“Sesiapa yang merintis jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”

Dalam Al-quran pula, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“….dan Allah akan meninggikan orang yang beriman daripada kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat..” (Al-Mujadilah:11)
Subhanallah..sayangnya Allah pada kita semua. Allah telah memberikan kita motivasi melalui
Al-quran untuk kita meraih ilmu sebanyak yang boleh. Dengan meraih ilmu, kita akan menjadi
orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan ditinggikan Allah beberapa darjat.

Jadi, jangan tension-tension..tenangkan fikiran dan jadikan ayat itu sebagai motivasi untuk kita belajar dengan lebih rajin dan focus tanpa mengeluh dan berasa putus asa.. dan sebagai seorang Islam ada satu perkara yang perlu kita ingat, ada ‘final exam’ yang lebih penting sedang menunggu kita. Sama-sama kita mempersiapkan diri…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan