hai kengkawan...al-qissah datang menjemput anda untuk berkongsi pe jua crita samaada suka atau tak suke..hehe..pe2 kisah pun boleh...kisah cinta ke, kisah peribadi ke, kisah pelik ke, kisah agama ke, kisah negara ke, pendidikan ke, isu semasa ke..semua bolehye...
sahabat sekalian.. 3 bencana alam berlaku dalam tempoh masa seminggu sahaja pertamanya tsunami di Amerika, kedua ribut taufan di Manila dan baru2 ni di Sumatera Indonesia,
apakah bencana alam ni mengundang rasa keinsafan dihati kita? apakah bencana alam ni menjadikan kita lebih takut pada Allah? perkara ini perlu kita fikirkan bersama
kembali kepada penciptaan kita di bumi ini,diciptakan kita sebagai khalifah adalah untuk menjaga bumi ini dengan baikdan bukannya untuk merosakkanya..maka apa yang telah berlaku adalah sebaliknyamanusia telah merosakkan bumi ini dengan tangan2 merekapelbagai kerosakan telah dilakukanantaranya menggondolkan gunung ganang,memusnahkan tumbuh2 han, membakar secara terbuka dan banyak lagi
apakah ini balasan manusia kepada pencipta?? selain itu maksiat semakin berleluasa kehidupan menusia kembali kepada zaman jahiliyah wanita dijadikan tempat melampiaskan hawa nafsu wanita dijadikan bahan2 iklan dan sebagainya hukum2 islam ditolak mentah rasuah semakin menjadi2...ini adalah atas sikap manusia itu sendiri
bagi penulis, bencana yang berlaku adalah bala dari Allah Allah murka dengan sifat manusia yang tamak dan rakus ini Allah ingin menyampaikan mesej kepada manusia dengan caraNYA tersendiri supaya manusia berfikir akan apa yang berlaku sesungguhnya apa yang telah berlaku ini adalah pengajaran bagi manusia negara2 jiran kita Malaysia seperti Manila, Sumatera dan Vietnam telah ditunjukkan bukti kekuasaan Allah.
apakah kita Malaysia tidak mahu mengambil pengajaran?? sama2 kita fikirkan apa yang telah berlaku walaupun Malaysia hanya terkena tempiasnya, tapi itu tidak bermakna Malaysia terlepas dari Bala Allah ini. nauzubillah...
maaf byk2.. ada pening2 tgk blog aku yang blik2 tkar template... almaklumlah.. i'm still NEW in this blog's world..hihi~ apapun... this is just testing entri..:p
saya tahu suma dah tak sabar nak balik kampungkan....betul tak???
ha dah agak jawapannye...semunya jawab betul..hehehe sabar2....
habiskan dulu segala yang belum beres kat universiti kita.
yang tak siap lagi tu siapkan....kang tak tenang nak bercuti raya...
hehe seperti biasa setiap tahun semua akan sibuk dengan hari rayanya.....
syukur sangat di negara kita masih lagi hidup aman dan damai....
kita sambut raya dengan perasaan yang gembira, suka dan ceria....betul tak
kawan2...
di samping tu kebanyakan kita semua nak beli baju baru, songkok baru, songket
baru, dan macam2 lagi baru....
jangan tambah isteri baru sudah....hehehhe.
tahun ni aku balik beraya kat kampung tempat kelahiran ku....
awal dah tempah tiket raya...murah katakan..hehehe.
mak ayah dah tak sabar nak tunggu kepulangan perwira nya ni...
rindu mereka padaku..aku pun sama...
pernah aku rasa raya kat tanah malaya ni.....lain dari tempatku....nak tahu ke pa
yang lainnye...heheheh..
g la raya kat negeriku sarawak....
di samping kita di sini beraya dengan kegembiraan....
jangan dilupa kepada saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq dan Iran....
mereka menyambut raya dengan peluru hidup, bom sana sini...alangkah dasyatnye
kehidupan mereka....
kita doakan mereka diberi kekuatan untuk terus melawan musuh yang sentiasa tidak
berhati perut tu.. di samping tu jugak..
jangan kita lupa pada anak yatim yang tak de tempat untuk mengadu...mereka
mengharapkan kasih sayang dari orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka....
kalu ada duit lebih tu...sama2 kita sedekahkan...
semoga sedekah kita tu menjadi amalan berguna buat bekalan kita di hari akhirat kelak...
balik pada tajuk asal post aku ni...heheh....
memang tak sabar dah nak balik ni....dahla balik awal..hehe...
buat sahabat2 yang tak balik pulak,....jangan sedih2 ye....
raya ni bukan untuk bersedih....tapi untuk kita sambut kejayaan kita dan kemenangan
kita setelah sebulan melawan hawa nafsu...
p/s: kepada kawan2..selamat hari raya aku ucapkan...maaf dipinta seandainya tersalah kata atau terlebih cakap....sebelum tu..teruskan berjuang..kit masih ada baki lagi untuk tingkatkan amalan kita..go go go go go...
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata² yg kasar atau menuduh bukan² sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
\
6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
10. Solehah
Lelaki juga suka pada wanita yg solehah (islamic) dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan² syarak.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima
lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba
Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,
jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya
berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki
Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih
mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar
larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya
dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak
melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera
tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana
engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.