Ahad, 25 Oktober 2009

Intipati Bajet 2010

Intipati bajet sulung Najib
Okt 23, 09 8:13pm
Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.
2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.
10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.
11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

Khamis, 22 Oktober 2009

Media Bukan Punca Gejala Sosial

Kajian UPM dedahkan faktor keluarga, pengaruh rakan penyumbang utama


KUALA LUMPUR: Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati masalah sosial yang dihadapi masyarakat ketika ini bukan berpunca daripada pengaruh media massa sebaliknya faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan hiburan luar.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan.

Beliau berkata, persepsi masyarakat yang memandang negatif berhubung paparan hiburan di media massa sehingga mampu merosakkan akhlak remaja membuatkan Yadim mengambil inisiatif menyuruh pihak UPM membuat kajian bagi melihat kesahihan seperti didakwa masyarakat.

"Sebelum ini, banyak pihak termasuk ulama berpendapat masalah sosial berlaku berpunca daripada pendedahan media massa yang banyak memaparkan isu negatif sehingga menjadi ikutan remaja.

"Golongan ulama sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung kenyataan yang dibuat sebaliknya hanya mendengar percakapan daripada masyarakat tanpa bukti sahih," katanya kepada Berita Harian.

Nakhaie berkata, hasil kajian yang dibuat selama setahun mendapati, kandungan media massa termasuk hiburan yang disiarkan tidak memberi impak negatif di kalangan remaja sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.

"Kita sepatutnya menghargai jasa media yang banyak memberi pengetahuan serta hiburan kepada kita. Dengan adanya hiburan yang disiarkan media, kita sebagai masyarakat dapat menenangkan fikiran apabila seharian terdedah dengan tekanan kerja,' katanya.

Beliau berkata, walaupun program jenis keagamaan yang disiarkan media kurang mendapat sambutan di kalangan remaja, namun ia perlu dikaji dalam pelbagai aspek sehingga kurang mendapat sambutan antaranya masa yang tidak sesuai.

"Bukan bererti rancangan agama dipinggirkan oleh remaja sebaliknya kebanyakan rancangan berbentuk keagamaan dibuat pada lewat malam dan awal pagi berbanding siaran hiburan pada sebelah petang dan malam.

"Walaupun kebanyakan remaja tidak mempunyai asas agama yang tinggi, namun mereka mampu menilai baik buruk sesuatu rancangan disiarkan dan tidak menjadi ikutan mereka bagi menjalani kehidupan seharian," katanya.

Katanya, beliau turut menyarankan supaya kandungan hiburan media diperbaiki dan diolah secara kreatif supaya setiap rancangan hiburan yang disiarkan itu turut diselitkan unsur keagamaan.

Ahad, 18 Oktober 2009

Sayang My Famly


nilah gambar time raya ritu

tahun ni raya bagi aku cukup meriah..
sume famly adik bradik mak dapat berkumpul sama..
tak kurang juga family ayah..
raya pertama kami gerak dulu ke kubur atok dan nenek
pastu kami gerak ke rumah atok sebelah ayah lak

syok giler dapat jumpa sedara mara
sume nye sihat2..
syukur sangat raya tahun ni aku dan adik dapat balik barayadi kampung
2minggu cuti yang ada digunakan sepenuhnya oleh oleh kami.

akher kata, sayangilah keluarga anda sepenuhnya


Final Exam Kunjung Tiba

Final exam is just around the corner. Semakin hampir dengan final, semakin banyak pula
assignment yang perlu disiapkan. Mulalah kerisauan dan kebimbangan datang bermain dalam
diri.. Kadangkala merasakan masa tak cukup, seperti banyak lagi yang perlu diulangkaji dan
difahami. Tapi itulah lumrah menjadi seorang pelajar, ujian demi ujian , peperiksaan demi
peperiksaan silih berganti..

Teringat saya pada kata-kata ayahanda pengetua kolej kami. Ayahanda seorang yang ‘mesra
rakyat’..pagi tadi beliau melambai kami yang sedang menunggu bas di hadapan kolej. Setiap
butir bicaranya berisi nasihat dan pandangan yang berguna. Saya masih ingat lagi pada
kata-kata ayahanda, lebih kurang begini, “Ujian yang sebenarnya bagi setiap mukmin adalah
ujian menghadapi saat kematian.” Terima kasih ayahanda kerana mengingatkan.

Kita sibuk mempersiapkan diri dengan final exam yang kita tahu tarikhnya, dan seharusnya kita lebih lagi mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘final exam’ yang kita tidak tahu bila ia akan tiba. Sekiranya berlaku emergency, mudah-mudahan kita telah bersedia untuk ‘final exam itu.

Pernahkah kita bayangkan bagaimana sakitnya sakaratulmaut? Kesakitannya adalah kesakitan
yang luar biasa melebihi kesakitan seorang ibu ketika melahirkan, melebihi kesakitan di tetak
300 mata pedang yang berkilau tajam. Saat itu diri akan didatangi malaikat maut samaada
dengan berwajah indah atau bengis. Pada saat itu juga, diri akan didatangi oleh segerombolan
syaitan yang tujuannya hanya satu, untuk menukar akidah kita! Nauzubillah..sama-sama kita
berlindung dengan Allah daripada ujian yang hebat itu.

Imam Syafie pernah berkata:

“Sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu.”

Rasulullah pernah bersabda:


“Sesiapa yang merintis jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”

Dalam Al-quran pula, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“….dan Allah akan meninggikan orang yang beriman daripada kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat..” (Al-Mujadilah:11)
Subhanallah..sayangnya Allah pada kita semua. Allah telah memberikan kita motivasi melalui
Al-quran untuk kita meraih ilmu sebanyak yang boleh. Dengan meraih ilmu, kita akan menjadi
orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan ditinggikan Allah beberapa darjat.

Jadi, jangan tension-tension..tenangkan fikiran dan jadikan ayat itu sebagai motivasi untuk kita belajar dengan lebih rajin dan focus tanpa mengeluh dan berasa putus asa.. dan sebagai seorang Islam ada satu perkara yang perlu kita ingat, ada ‘final exam’ yang lebih penting sedang menunggu kita. Sama-sama kita mempersiapkan diri…

Sabtu, 17 Oktober 2009

Raya Bersama Yayasan Sarawak

laksa sarawak..fuh sedapnye

11.10 yang lepas kami telah mendapat jemputan beraya di rumah Yayasan Sarawak sik jauh dari klcc..
aku n the geng tak melepaskan peluang untuk beraya di sana..hehe
pelbagai juadah dan makanan tradisional sarawak dihidangkan..
antaranya:

1. kek lapis
2. satay kajang
3. rendang ayam
4. nasi minyak
5.mee laksa dan banyak lagi



fuh nyamaaaaaan


Ramah Tamah Sarawak UM

gambar di Gazebo, KPS

sanbutan yang menggalakkan pada majlis raya tahun ni..

seramai 300 ratus orang telah menghadiri majlis ramah tamah tahun ni

majlis raya tahun ni telah mendapat kerjasama dengan HEP.



Dato Azaraie memberi amanat

antara aktiviti yang menarik pada malam tu adalah

cabutan bertuah, ceramah, busana muslim/mah, persembahan artis nasyid oleh Feelhoney dan makan2


dato' berbual dengan penceramah.


persembahan mantap dari FH

nilah pemenang busana muslim/mah

comel tak dorang ni..hehe..nilah pemenang malam tu

akhir sekali, trima kasih kepada semua ajk yang terlibat

kepada pengarah projek, tahniah

pada sapa yang tak sempat datang ritu, tahun depan datangla ye..




Sabtu, 10 Oktober 2009

Beraya Di Gombak


ni lah wajah2 riang konvoi bersama








sebanyak 7 buah moto telah konvoi bersama rini..



aku dan geng 13 ustarz memulakan perjalanan dari rumah mereka.



dengan satu niat je, nak makan satay..hehe








lepas kenyang, kami pun gerak.



kami terus gerak ke UIA lak.



kat sana tengah minggu konvokesyen



rasanya ni kali pertama aku solat kat masjid UIA tu,



wah besar jugak



alangkah bagusnya kalu UM ada masjid camtu gak.huhuh






dalam jak 2.25 kami gerak balik ke rumah



dengar kata petang tu gak ada open house g



Yayasan Sarawak nak buat


kami pun pe lagi, pegilah ke tempat dituju



sampai je kat sana, nampak kosong je



yang ada nye khemah2 yang takde meja o kerusi



rupanya2 ramah ramah tu postponed ke esok hari jam 3-6



so esok beraya lagi..yahooooo








Jumaat, 9 Oktober 2009

Malunye aku..

Semalam, kawanku dari Institut Perguruan Tun Abbul Razak telah datang ke KL untuk satu pertandingan antara IPG...
selama 4hari mereka berada di sini..
di kesempatan itu,
kami telah berjumpa di jalan TAR...
ape yang memalukan aku adalah ustazah yang
mengiringi mereka tu adalah ustazah yang mengajarku bahasa arab di sekolah dulu.
pada mulanya aku betul2 tak mengenali tu adalah ustazah ku...
ustazah tu sendiri yang
mengenali diriku...
dia gtau yang dia mengenali diriku sedangkan aku sendiri tidak
mengenalinya....
bila cerita punya cerita barulah aku tahu ustazah tu pernah
mengajarku dan pernah meminta tolong padaku masa aku menjadi pengawas masa di sekolah dulu.
malunya aku pada diriku. ustazah sendiri pun tak kenal..hehe
maafkan aku ya ustazah..
sepanjang perjalanan kami, ustazah asyik mengejekku..hehe
tapi takpe..tu salah ku jugak..huhu...

Selasa, 6 Oktober 2009

Kahwin Sebab Pe??

DAH SAMPAI SERU?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti
apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-ha yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu
KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.


Jumaat, 2 Oktober 2009

Bala atau Bencana?????

sahabat sekalian..
3 bencana alam berlaku dalam tempoh masa seminggu sahaja
pertamanya tsunami di Amerika, kedua ribut taufan di Manila dan baru2 ni di Sumatera Indonesia,

apakah bencana alam ni mengundang rasa keinsafan dihati kita?
apakah bencana alam ni menjadikan kita lebih takut pada Allah?
perkara ini perlu kita fikirkan bersama

kembali kepada penciptaan kita di bumi ini,diciptakan kita sebagai khalifah adalah untuk menjaga bumi ini dengan baikdan bukannya untuk merosakkanya..maka apa yang telah berlaku adalah sebaliknyamanusia telah merosakkan bumi ini dengan tangan2 merekapelbagai kerosakan telah dilakukanantaranya menggondolkan gunung ganang,memusnahkan tumbuh2 han, membakar secara terbuka dan banyak lagi

apakah ini balasan manusia kepada pencipta??
selain itu maksiat semakin berleluasa
kehidupan menusia kembali kepada zaman jahiliyah
wanita dijadikan tempat melampiaskan hawa nafsu
wanita dijadikan bahan2 iklan dan sebagainya
hukum2 islam ditolak mentah
rasuah semakin menjadi2...ini adalah atas sikap manusia itu sendiri


bagi penulis, bencana yang berlaku adalah bala dari Allah
Allah murka dengan sifat manusia yang tamak dan rakus ini
Allah ingin menyampaikan mesej kepada manusia dengan caraNYA tersendiri
supaya manusia berfikir akan apa yang berlaku
sesungguhnya apa yang telah berlaku ini adalah pengajaran bagi manusia
negara2 jiran kita Malaysia seperti Manila, Sumatera dan Vietnam telah ditunjukkan
bukti kekuasaan Allah.

apakah kita Malaysia tidak mahu mengambil pengajaran??
sama2 kita fikirkan apa yang telah berlaku
walaupun Malaysia hanya terkena tempiasnya,
tapi itu tidak bermakna Malaysia terlepas dari Bala Allah ini.
nauzubillah...





Khamis, 1 Oktober 2009

Konvoi Raya....

haa...raya tahun ni yang jadi bestnye kami dapat konvoi bersama


walaupun tak ramai yang dapat join, tapi seronok dapat berjumpa kembali


seperti tahun2 lepas, konvoi raya ni tetap dibuat


tapi tahun ni lain sikit coz ada member perempuan yang join sama


ni kat umah member


tahun ni tak dapat nak pegi ramai rumah cikgu


disebabkan kekangan masa yang terlalu singkat,


hanya 2 buah rumah cikgu je kami dapat pergi


ni rumah cikgu natrah

ni kat umah cikgu zuraina

nak tahu tak cikgu ni tak kawen g..heheh


selain dari tu, rumah member kami tak lupakan


dari kuching hinggalah ke kota samarahan kami redah


hehe...raya katakan...


ni kat umah daos

tengoklah gaya amir tu...


3 sekawan

ni kat umah emy


masa kami sampai kat umah member ni, dia tak dapat nak cam kami


bila kami datang dekat baru dia kenal


almaklumlah dah 5 tahun tak jumpa


macam2 bentuk badan ada..hehehhe


yang paling bestnye kawan2...


kami dapat menjengok sekolah lama kami dulu


banyak kenangan manis dan pahit berlaku di sekolah


kenangan bersama kawan2 sekolah takkan dapat aku lupakan...


ni la gambar kat sekolah


oklah sampai disini saja laporan konvoi kami..


tahun depan sapa nak join, gtau je k..hehhe

Rabu, 30 September 2009

Syoknye Raya Dikampung

Allahu Akbar....Allahu Akbar......Allahu Akbar....

bergemalah takbir raya pada 1 Syawal....


seronoknye tahun ni berya kat kampung, dapat jumpa mak ayah,


adik-adik, sedara mara, nenek sedara,


dan sume la.



ni lah gambar famly tersayang


tahun ni meriah sangat raya..


walaupun atuk dan nenek dah takde, kami dapat menyambut


raya dengan sederhana..


semua adik beradik mak pulang beraya..


semua berkumpul dirumah arwah atuk untuk meraikan aidilfitri tahun ni


nilah rumah atuk




suasana dipagi raya


kalu nak tahu, masa nilah adegan bollywood keluar

mulalah kuar air mata kesedihan, hehe

tapi nak wat camne kan..tu lumrah

lepas bersalam salaman..kami gerak ke kubur atuk dan nenek lak




sempat lagi adik aku tu nak posing


lepas ke kubur atuk dan nenek, kami terus bergerak ke rumah


atuk dan nenek sebelah ayah lak..

jum makan

kat sini lak kami makan sefamly...

macam2 ada...dah sebulan berpuasa ni lah masanya

nak melantak..hehe


ni pulak my young sister


ha ni kat kampung sebelah adik bradik arwah nenek aku..

blakag tu laut

kalu nak makan ikan fesh, sinilah tempatnye..heheh


nilah adik beradik ku

aku rasa tahun ni raya paling best..dan aku enjoy sangat...

setiap hari jalan raya..

kalu boleh, rasa tak nak je balik kampus..hhe..

oklah sampai disini saja...bye



Selasa, 15 September 2009

Aku Di KLIA dah..

assalamualaikum kawan2....




hari yang ditunggu2 dah tiba..




hari ni aku nak balik kampung dah..




sempat gik nak menulis di dalam blog ku ni..




kol 7 pg tadi aku dan adikku bergerak ke kl sentral...




nasib baik ada kawan yang hantar naik keta...




tiba2 je hujan pagi ni...




nama member tu syida....




dia ni memang baik..suka tolong orang




hem...sementara tunggu nak berlepas ni..




nak menulis jap..




hehe..




mata ni ngantok sangat...semalam aku dan adik tak tido pun




kalu tido, takut lak terlepas bus pulak




tu yang ambik keputusan tak nak tido...




pastu dah tak tido tu..layan game je la...hehe




tak sabar nak jumpa ibu dan ayah tercinta...




balik ni kenalah qadar tido..hehe




rasanyha cukup la ni kot..




flight ku kol 11.40 nanti..




pada kawan2...




aku nak ucapkan selamat hari raya...




maaf zahir dan batin...




kalu ada terlanjur kata tu...maafin ya...




raya2 ni janganlah main mercun ye kawan2...




kalu nak main pun..hati2 ye...




oklah..bye2...




sudi2lah datang ke rumah nanti...




dijemput suma datang....








Isnin, 14 September 2009

Kekenyangan Tahap Ular Daa..

semalam,




aku, wafi, man, ros, amir, jenal, abi, n padil


telah merasakan kekenyangan tahap ular....


ape taknye makan banyak giler....


kalu nak tahu semalam kami diundang ke


majlis berbuka dengan Yayasan Sarawak



di pejabat mereka kat blakang klcc


kami bergerak pada jam 6 petang dari stesen universiti




nilah wajah2 kelaparan yg tak sabr nak berbuka








tibanya kami di klcc pada jam 6.15 pm...


pastu kami terus bergerak ke tempat


yang dituju...mula2 ingat dekat...


tapi jauh gak rupanya...dah basah baju kami berjalan...hohoh

nak dijadikan cerita lagi


kawan kami man, putus seliparnye...


sian dia..terhencut2 jalan...


seliapar murah kot...hihih..jangan marah ye man





melangkah dengan penuh rapi seperti model iklan..hehhe




sampai je kat sana...kami terus disambut oleh pihak yayasan


rata2 mereka gembira dengan kehadiran kami...


yang bestnya kami tak kekok untu bercakap...


kami suma klaka "cakap" sarawak...hehheh



sempat g nak pose sebelum berbuka...muka ni dah tak sabar nak makan..









sementara menunggu nak berbuka...


kami sempar berborak n berkenalan dengan staf yayasan n rakan2


dari universiti lain...


Allahuakbar....Allahuakbar


ha dah masuk waktu berbuka...bacaan doa berbuka pun dibaca..


nilah makan berbuka kami...oppss..takkan ni je kot..heeh











sabar2...ada lagi...


ni starting je...pas magrib baru la melantak tahap ular...


jap ye...














fuh..meliur tak kawan2...


ada 11 jenis makanan:


1. ayam rendang


2. daging kambing


3. udang


4. sayur2 sayuran


5. sotong


6. daging rusa panggang


7. kueh ada 6 jenis


8. bubur


9. ulam-ulaman


10. air soya


11. teh panas










ha nilah sebabnya kami jadi macam ular..


aher sekali lepas terawih


kami diberikan saguhati dari yayasan


berupa kain pelikat dan duit raya


tak sangka dah besar2 ni pun dapat duit raya...heheheh


trimas ye yayasan...


kalu ada g tu...jemput2 la lagi...


kami sude aje nak pergi...:-)