Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
Wassallam
hai kengkawan...al-qissah datang menjemput anda untuk berkongsi pe jua crita samaada suka atau tak suke..hehe..pe2 kisah pun boleh...kisah cinta ke, kisah peribadi ke, kisah pelik ke, kisah agama ke, kisah negara ke, pendidikan ke, isu semasa ke..semua bolehye...
Rabu, 18 Mei 2011
Mata yang menangis…
16 Mei Mengubah Segalanya
Perjalanan hidup selama 25 tahun, telah aku lalui seperti insan lain. Aku percaya, setiap orang yang dilahirkan akan membawa satu misi dan visi yang berbeza. Mana tidaknya, setiap orang mempunyai akal fikiran yang ALLAH berikan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini dan mentadbir alam ini dengan gaya yang tersendiri.
Sebelum aku memulakan kisah '16 Mei', ingin aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik anak bangsa yang tidak mengenal erti penat lelah dalam menjadikan seorang manusia itu menjadi seorang manusia. Jasa dan pengorbanan guru tidak akan dapat dibayar dengan wang jutaan ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya
Ok, kenapa aku katakan 16 Mei telah mengubah segalanya. Tarikh inilah aku dan kawan yang lain menjalani praktikal mengajar di sekolah2 sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tarikh yang penuh keramat ini menjadi hari pertama aku berada di sekolah dan bergelar seorang guru. Aku dan 3 sahabat yang lain praktikal di SMK Taman Keramat, Selangor Darul Ehsan. Maka di sini lah aku mendapat gelaran guru@ustaz di kalangan anak muridku.
.

Pagi jam 5.45, aku sedar dari lamunan tidurku. Pagi yang hening itu, aku terus bangkit dari tilamku untuk terus ke bilik mandi. Dengan semangat yang berkobar-kobar pada pagi tu, tidak sabar rasanya untuk menjejak kaki ke sekolah taman keramat. Selesai mandi, terus aku tunaikan solat subuh dan di akhir sujud, aku memanjangkan sujudku dan berdoa supaya hari pertamaku dipermudahkan olehNYA.
Baju yang telah diseterika menunggu masa untuk disarungkan. Hari ni, aku tidak seperti kawan2 yg lain, aku hanya memakai baju raihan dan seluar slack. Pagi ni, aku , Hazmi, Maziz dan Herman sama2 bertolak dari Taman Bukit Angkasa tepat jam 6.30 pagi. Jalan yang cukup lengang memudahkan lagi perjalanan kami ke sekolah. Sepanjang perjalanan, aku tidak henti-henti memikirkan apa yang akan aku lalui hari pertama di sekolah.
Tepat jam 6.55 pagi, kami selamat sampai di sekolah. Setibanya di sekolah, kami terus parking di depan pondok parkguard. Keadaan sekolah yang masih lagi lengang, dan pelajar2 pun ramai yang belum sampai ke sekolah. Kami pun duduk dibawah pondok pelajar sambil berborak2. Tiba2 datang sebuah kereta dan parking di hadapan sekolah, rupa2nya guru penolong kanan Hal Ehwal Murid. Beliau tidak teragak2 untuk menyapa kami walaupun dari jauh. Dari jauh dia menegur kami dan berkata "kenapa tak naik ke atas", kami pun melihat antara satu sama lain. Dalam hatiku berkata, bukan kami tak nak ke bilik guru, biasalah mula2 ni rasa kekok sikit. hehe..
Kami pun bergerak ke pejabat guru dan berkenalan dengan kerani sekolah. Sambil duduk2 menunggu PK 1 Cikgu Hamidah, macam biasalah, berborak2 je lah kerjanya. Tak tahu nak buat apa lagi kan.=)
Seorang demi seorang guru masuk ke pejabat guru. Nak gtau nye, dunia dah canggih, punch card dah tak pakai lagi dah. Mereka gunakan punch jari pulak. hehe..Ada yang punch guna ibu jari dan ada juga jari telunjuk. Canggih memang canggih. Tapi untuk kami pulak, hari pertama belum ada lagi punch2 ni, tunggu sekolah keluarkan borang kehadiran nanti.
Lebih kurang jam 8.00, kami bersama2 guru yang lain berarak ke tempat perhimpunan. Di sepanjang jalan, kiri kanan di sambut oleh pengawas sekolah. Kiri kanan aku toleh, semunya mengucapkan Selamat Hari Guru cikgu. Tak semena2 rupanya aku dah jadi sebahagian dari guru sekolah...hehe..Walaupun masih bergelar guru praktikal, kami tidak terasa terasing di sekolah. Kami juga mendapat hadiah dari pihak pengawas dan pelajar2 masakan. Itulah hadiah pertamaku dihari guru.
Dah macam artis pun ada jugak, kami berjalan di atas karpet merah. Kiri kanan penuh dengan kamera. Kamera pulak canggih2, CLR gitu..hehe. Selepas sahaja kami duduk di kerusi guru, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku. Seterusnya program bermula dengan bacaan doa dan sedikit ucapan dari wakil menteri, wakil PM dan wakil guru seterusnya penyampaian hadiah dan anugerah buat guru. Apa yang menariknya, antara anugerah yang disampaikan adalah anugerah guru paling popular dan anugerah pakaian tercantik. Bila diumumkan guru paling popular, maka bersoraklah semua anak murid dengan gembiranya. Aku ingatkan artis ja yg popular, rupanya guru pun popular jugak..hehe
Seterusnya semua guru dijemput ke depan bagi bacaan ikrar, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara. Aku dengan penuh semangat mengikut bacaan ikrar dan lagu guru Malaysia. Kalau diimbas kembali, dulu, aku hanya melihat dan mendengar guru2ku menyanyi lagu guru, tapi kali ini, aku sendiri yang menyanyikannya=)
Selesai sahaja nyanyian, acara memotong kek diteruskan. Pengetua diminta untuk memotong kek bersama guru PK1 dan PK HEM. Selepas itu, persembahan dari pelajar sekolah. Dengar cerita, sekolah ni ramai melahirkan artis2 di Malaysia. Contohnya Hazama. hehe, patutla mereka berbakat besar dalam nyanyian. Ketika sekumpulan pelajar membuat persembahan, seorang guru berkata "alangkah baiknya kalu mereka ni membaca al-quran'. Guru ni menujukan kata-katanya kepada guru2 agama dengan nada bergurau. hehe..
Yang bestnya, beberapa cikgu telah dipanggil ke depan dan mereka diminta membuat persembahan. Mereka adalah guru yang menerima kejutan dari pelajar SMART hari tu. Paling menariknya, pengetua pun join sekali, memang sporting giler la. Dengar kata, pengetua sekolah jenis yang sempoi2 ja. hehe
Tepat jam 9.50, semua guru dijemput makan di dewan sekolah. Pelajar2 lain menunggu aktiviti sukaneka yang melibatkan guru2 mereka. Selepas makan, semua guru di jemput utk terlibat dalam sukaneka yang dianjurkan. Pada awalnya, kami tidak dimaklumkan supaya membawa pakaian sukan, tapi atas semangat seorang guru, kami tak kesah. Dengan berpakaian kemeja sekalipun, kami juga terlibat dengan sukaneka sekolah. Nama kump aku adalah 'baik punya'...hehe
Antara aktivitinya adalah catwalk (letak buku atas kepala sambil bawa pingpong dalam sudu), bowling kelapa, masukkan gelung dalam sketel, lari ikat kaki dan futsal khas tuk guru lelaki sahaja. Walaupun kump aku tidak menang, tapi aku berpuas hati dapat bersama2 guru2 dan pelajar sekolah dalam sukaneka yg dianjurkan. Keadaan cuaca amat panas sekali, aku merasa tidak selesa kerana penuh dengan peluh..hehe

Jam 12.30, kami diminta menunggu didepan pondok guard untuk menaiki bus ke Hotel Quality. Kami bersama rombongan 'Cik Kiah'(coz semua guru perempuan naik bus, kami ja guru lelaki,hehe) menaiki bus ke hotel untuk sambutan hari guru di sana. Hanya kami sahaja yang tidak mengikut tema hari guru yang mereka rancangkan. Tema mereka warna oren. Kami tidak dimaklumkan lebih awal atas sebab2 tertentu.
Tibalah ucapan pengetua sekolah, ucapan yang bermakna dan sempoi. Dia menganggap kami guru praktikal sebagai adik2 kepada guru2 sekolah. Beliau tidak lupa untuk menyebut tentang kami dihadapan semua guru2 SMART. Acara kemuncak adalah cabutan bertuah, sekalipun aku tidak mendapat hadiah yg disediakan, tapi seronok melihat gelagat mereka. Cukup happening.
Di sebelah tempat dudukku, adalah pemenang guru paling popular sesi petang iaitu Sir Khairul. Sepanjang majlis, kami bertukar2 pendapat dan aku mengambil peluang ini untuk meminta pendapat beliau sebagai seorang guru. katanya ' mula2 kita kena tegas kepada pelajar, dah lama2 nanti barulah kita tackle hati mereka'. nasihat yang cukup bermakna bagiku. Selain tu, kami berkongsi minat dalam sukan bolasepak, dia meminati team Arsenal dan aku pulak Chelsea..hehe..Aku langsung tidak merasakan kekok ketika berbual dengan beliau. Cukup ramah orangnya.
Sebelum majlis menutup tirainya, sesi fotografi diteruskan. Dan sekaligus wajahku menjadi sebahagian dari gambar2 sekolah SMART=). Selepas itu, kami berkumpul semula di bawah untuk menunggu bus. Dari riak wajah yang aku lihat, semuanya gembira dengan majlis yg telah dijalankan. Inilah hari pertamaku bergelar seorang guru. Hari yang penuh makna dan tidak akan aku lupakan sampai bila2.
Kembali Semula=)
Kini aku ingin kembali menulis untuk berkongsi pelbagai cerita suka dan duka hidupku. Mungkin juga dengan akitiviti yang begitu banyak di Universiti, membuatkan aku tidak mempunyai masa untuk menulis di laman sesawang ini. Kini aku kembali untuk menulis dan menulis apa sahaja yang akan aku lalui dalam hidupku.
Buat kawan2, selamat menjenguk blog aku kembali=)
Selasa, 7 September 2010
AGM PMSUM 2010

Alhamdulillah selesai sudah AGM Persatuan Mahasiswa Sarawak UM pada 28 Ogos 2010 yang lepas...
Kepada adhoc yang melicinkan AGM PMS saya mengucapkan berbanyak trima kasih...
Berikut merupakan MT baru bagi PMSUM:
YDP: SYAIFULLAH ISMAIL
NYDP: SERENA
SETIAUSAHA: MUTHAAH
BENDAHARI: BETTY
berbanyak terima kasih kepada sahabat2 kerana memberi kepercayaan kepada
saya untuk memimpin persatuan kali ini. Ini merupakan AGM ke-3 persatuan.
Untuk pengetahuan sahabat2 semua, kami boleh dihubungi dengan Facebook dan email gmail kami sendiri..berikut merupakan email gmail kami:
YDP: ydppmsum@gmail.com
NYDP: nydppmsum@gmail.com
SETIAUSAHA: supmsum@gmail.com
BENDAHARI: bendaharipmsum@gmail.com
bagi sahabat2 PMSUM yang ingin menghantar apa2 email@info2 terkini berkaitan aktiviti universiti, bolehla terus menghantar ke mana2 gmail di atas..
bagi ahli pms yang ingin mendapat info atau ingin aktif dalam persatuan, bolehla buka gmail ini : ahlipmsum@gmail.com
passwordnya: anaksarawak
akhir sekali, majulah mahasiswa Sarawak demi kebangkitan anak muda di Sarawak.
Rabu, 11 Ogos 2010
Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan Karim kali ini....
mungkin ini ramadhan terakhir bagiku..sapa tahu kan..
semunnya atas perancangan Yang Maha Esa...
dah lama rasanya aku tidak menulis di lama sesawang ku sendiri..kesibukan demi kesibukan terus aku alami...
tapi itu semua perjalanan hidup yang telah ditentukan olehNYA..
aku hanya hamba yang menerima takdir ketentuan dariNYA...
sapalah aku untuk melawan ketentuannya...
ya, bercakap tentang ramadhan kali ni,
ada sedikit perubahan yang aku rasai berbanding dengan yang dulu..
kali ni aku berpuasa di rumah sewa bersama 4 lagi sahabat yang lain..
di sini, aku dapat belajar erti hidup bekeluarga...
yelaa..dah duduk serumah ni macam satu famly katakan..
ada yang masak ayam, ada yang buat air, ada yang masak nasi dan sebagainya..
seronok rasanya..
pastinya buat mahasiswa UM, mereka tidak sabar untuk berbuka di masjid2 terdekat..
ini lah peluang yang ditunggu2 oleh semua..=)
termasuklah aku sendiri..hehe
sebenarnya apa yang aku inginkan dari ramadhan kali ini adalah
aku ingin menadi seorang pemimpin, seorang guru dan seorang anak yang terbaik
biarlah apa jua yang datang, aku akan tempuhinya
ya Allah, aku ingin sampaikan padaMu doaku..
semoga Engkau mendengarnya ya Rabbi
Ya Allah,
biarlah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik bagiku...
terbaik dari yang lepas..
aku hanya mendambakan rahmat dariMU..
aku ingin berada di jalanMU yang benar..
kuatkan aku untuk terus hidup melayari perjalanan hidup
yang sukar untuk aku jangkakan..
aku cuma seorang pelayar di lautan duniamu yang penuh dengan ombak-ombak
yang kuat, seringkali aku terpukul oleh ombak yang Engkau berikan padaku..
tapi aku pasti, ombak yang kuat tidak selamnya akan memukulku,
aku pasti ia akan tenang jua..
ya Rabbi,
biarlah ramadhan kali ini bisa merubah diriku jadi yang terbaik..
tunjuklah aku jalan yang Engkau redhai..
terkadang aku tersadung di jalanan,
terkadang aku rebah di perjalanan,
aku ingin bangun dan terus bangun untuk menggapai redhaMU ya Rabbi
bantulah aku..
berilah aku kekuatan, ketenangan dan kebahagian..
amin ya Rabbal a'lamin
Sabtu, 26 Jun 2010
SUKSIS TerAkhirku
SUKSIS SUKSIS SUKSIS
selama 3 tahun aku menyertai suksis, 19 jun adalah penamat bagi ku..
selama 3 tahun jugak, banyak perkara yang aku pelajari dari alam kepolisisan
disiplin, cara hidup, cara bersosial, cara bercakap,
semuanya aku belajar dari sini..
ucapan trima kasih aku ucapkan pertama sekali kepada
semua jurulatih yang tak mengenal erti penat dah lelah
dalam mendidika ku dan kawan2 menjadi manusia yang berdisiplin..
jasa kalian tidak dapat aku balas dengan wang ringgit,
hanya doa sahaja yang mampu aku sampaikan.
buat kawan2 yang lain, ketika bersama kalian kenangan paling indah dalam hidupku.
aku jauh dari kawan2 sama kos
korang betol2 mengajar aku erti kehidupan
korang panggil aku ustaz..ustaz..ustaz..
seronok je asanya..
korang memang terbaik la..
buat kawan yang dah hbis study tu..
aku doakan korang success dunia akhirat...
semoga hubungan kita semua tidak putus disini saja..
ya Allah, kau satukan hati2 kami..
kau pertemukan kami di hamparan syurgaMU..
amin..
Rabu, 21 April 2010
Pendidikan Seks: Pemuda Pas Setuju Dengan Mahathir
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 21 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pendidikan seks di sekolah tidak perlu dilaksanakan. Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz setuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir supaya memadai dengan pendidikan Islam diajar dengan bersungguh-sungguh bagi membendung budaya negatif di kalangan remaja. "DPPWP berpandangan bahawa subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku khususnya masalah zina, maksiat, rogol dan pembuangan bayi. "Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja tetapi tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks," kata Suhaimi dalam kenyataannya. Katanya, umum mengetahui remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama. Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram. Bagi beliau, remaja menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting. Akibatnya mereka gagal mengawal diri mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah maksiat, katanya. Malangnya, kata beliau, sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang tidak menitikberatkan pendidikan Islam menjadi sebab remaja terus berada dalam kejahilan. Yang dikesalkan, silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Qur’an, menutup aurat dan lain-lain lagi, katanya. "DPPWP meyakini hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina. "Justeru, DPPWP menggesa kerajaan agar menimbang semula cadangan pendidikan seks di sekolah, sebaliknya DPPWP menggesa kerajaan agar menerapkan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah," katanya. |
Selasa, 13 April 2010
Solat Hajat SMPI
Alhamdulillah selesai sudah solat hajat bersama rakan2 SMPI malam tadi...niat utama solat hajat kali ni adalah memohon pada Allah untuk dimudahkan dalam segala urusan pembelajaran dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan nanti.
Seramai 50 mahasiswa/wi hadir untuk bermunajat padaNYA di surau APIUM. walaupun tidak ramai yang hadir, tapi program terus berjalan dengan baiknya..selepas maghrib, penceramah jemputan telah memberi ceramahnya yang mana beliau menyebut perkara yang berkaitan SMPI dulu dan sekarang. penceramah jemputan merupakan salah seorang alumni nilam puri yang sekarang ni menyambung phd di fak pendidikan.
Smpi dulu katanya berbeza dengan smpi sekarang..dulunya bahasa arab menjadi kekuatan pada pelajarnya..di samping tu juga, hampir 27 tahun program ini diwujudkan, belum lagi mencapai tahap untuk naik ke jabatan.
InsyaAllah usaha untuk menaikkan ke jabatan tidak pernah padam dari hati seorang ibunda kita. sama2 kita doakan agar usaha ini mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab.
akhir sekali, selepas solat hajat, kami dijamukan dengan sedikit makanan bersama dengan air teh o. buat sahabat2 sekalian, saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. disamping menelaah pelajaran, tingkatkan ibadah kita padaNya...bittaufiq wannajah
Sabtu, 10 April 2010
Dinner SMPI 07/08


inilah merupakan tema malam dinner SMPI 07/08 kami..
sekalipun dah 3 tahun bersama, tetapi ukhwah yang terbina ibarat seabad terasa.

malam rabu lepas, kami warga smpi telah mengadakan satu majlis
makan malam yang julung kalinya diadakan untuk batch kali ni.
sekalipun diadakan di rumah universiti, majlis yang diadadakn cukup meriah.
di tambah lagi dengan kehadiran penyelaras kami sendiri
iaitu Prof Madya Dr Shamsiah Mohamad yang memeriahkan lagi
majlis kami pada malam itu.
sekalipun beliau cukup sibuk dengan kerja2 lain,
tapi beliau dapat juga hadir untuk bersama2 anak2 didik beliau.

majlis bertambah ceria dengan gelagat 2 orang pengacara yang yang cukup klaka.
mereka adlah saudara wafi dan farhan. mereka pandai menceriakan majlis dengan telatah spontan mereka.

untuk pengetahuan semua, kami menggunakan tema pakaian timur tengah..
hampir semua yang hadir mengenakan pakaian timur tengah.
pada malam tu juga, saudari Fatimah dan Qutsam telah dinobatkan sebagai pelajar harapan SMPI bagi batch kami.
dengan mendapat cgpa yang tertinggi dikalangan 157 pelajar

yang lebih menyeronokkan lagi, semua yang hadir membawa balik hadiah masing2..
satu majlis pertukaran hadiah dibuat sesama kami.
acara kemuncak malam tu adalah pengumuman king n queen.
ustaz Jamil dan ustazah Syazwanie telah dinobatkan selaku king n quenn malam tu.
mereka memenuhi citarasa juri dan pakaian yang digunakan mengikut tema yang diberi

pemenang King N Queenmajlis tidak habis disitu sahaja, satu majlis kejutan telah dibuat.
majlis ni telah di handle oleh ustazah sendiri.
mereka yang dipanggil tertanya2 kenapa mereka dipanggil ke depan.
rupa2nya mereka ni menyambut hari lahir pada bulan 4,5 dan 6..hehe
akhir sekali, aku ingin mengucapkan trima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis dinner ini.
insyaAllah sem depan kita akan buat lagi terbaik..






Isnin, 5 April 2010
2,780 kes penderaan kanak-kanak tahun lalu

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dicatatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun lalu.
Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, penderaan emosi, fizikal dan seksual itu meningkat berbanding 1,685 kes pada tahun 2008.
Menurut beliau, statistik itu tidak termasuk pelbagai kebejatan sosial lain seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, pelacuran dan eksploitasi kanak-kanak.
"Apakah puncanya, adakah kurang didikan atau kasih sayang, jawapannya pasti ada pada kita semua dan penawarnya mesti segera dicari," katanya ketika merasmikan Kempen Hidup Amat Berharga yang bertemakan 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
Khamis, 1 April 2010
Menyerlah Dari Biasa

itu lah merupakan serangkap lagu Gemuruh
yang merupakan lagu tema bagi Program Nadwah Kepimpinan
yang dijalankan di Sek Men Vok Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang
pada 26-28 Mac 2010 yang lalu.
tempat pertemuan pertama kami dengan adik2Program ni merupakan anjuran SMPI bersama SMVTAA
dan juga Persatuan Mahasiswa Istimewa UM.
Seramai 40 orang faC dan urusetia yan terlibat dalam menjayakan program ini.
Program sebegini merupakan julung kali dianjurkan oleh kami SMPI tahun 3.
dan atas kerjasama sekolah, segala urusan kami dimudahkan.
Program ini banyak memberi kami pengalaman yang menarik bersama adik2 di sana.
Adik2 di sana cukup baik dan memberi kerjasama yang mantop dalam menjalankan aktiviti sepanjang program berlangsung. kerjasama yang mereka berikan menjadikan kami lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu kepada mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ice breaking, qiamulail, ceramah maghrib, LDK, explorace, perlawanan bola persahabatan dan malam bakat.
bakat yang mereka tunjukkan cukup memikat hati kami semua.
Yang aku tak dapat lupa adalah perkataan Tuuuut...Tuuuut..hehe
Semua aktiviti ini berjalan dengan baik sekali sekalipun terdapat juga sedikit masalah yang timbul semasa program.
wajah ceria akak faC sebelum sampai ke sekolah..Pada majlis penutupanvpula, penyampaian hadiah diberikan kepada kumpulan yang terbaik dan pelajar yang terbaik dalam sepanjang program berlangsung
Peserta terbaik adalah Syukri yang mana akak fasinya adalah Syazwani dan Fazirah.
Yang jelesnya, ahli kumpulan mereka ni sentiasa menyebut nama akak2 mereka bila disuruh bercakap.
memang amntop la akak faC dua orang ni.heheh
manakalah kumpulan yang menang untuk malam bakat adalah daripada gabungan kumpulan aku dan paijan.
Kenangan bersama adik2 tidak akan abang2 n akak2 lupakan.
Segala ilmu dan pengalaman telah kami curahkan pada adik2 semua.
Dan kami mendoakan yang terbaik buat adik2 semua.
Kalau ada kesempatan lagi, kita akan berjumpa lagi.
abang Zamzuri wakil dari PERMIUMSebelum kami balik ke UM, kami telah dibawa ke Hutan Lipur lentang.
Tempatnya cukup cantik dan di sana,
aku dan rakan2 lain tidak melepaskan peluang untuk mandi manda.
Keadaan masa kami tiba disana cukup sesak.
Buat adik2 semua, kami mengharapkan anda menjadi pemimpin yang baik
sekaligus menjadi pelajar contoh kepada kawan2 yang lain.
Kepada semua urusetia dan fasilitator, anda semua mantoooooooop dan tahniah atas kejayaan program ini. Aku bangga dengan kalian semua.
aktiviti cina buta
menyanyikan lagu tema program
lepas aktivit explorace, kesian dorang kena calit dengan tepung..hehe
ngah mintak pendapat adik2 tentang program
aktiviti ceck point terakhir explorace
senaman petang bersama akak2 faCIsnin, 22 Mac 2010
Dinner Bersama Puteri Umno

Jumaat lepas aku telah menghadiri satu majlis
makan malam anjuran Puteri Umno dan beberapa Ngo.

Tak sangka pulak, majlis ini di hadiri oleh
Dato Seri Hishamudin.
Habis je majlis, dengan bangganya kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan dato seri.

Makanan yang dihidangkan cukup sedap..
hingga menjilat sudu..hihih
dah namanya rezeki, apa lagi makan je la..hehe
F@mLy DaY SMPI 2010

Geng SMPI 07/08Famly Day SMPI telah pun berlangsung, ia merupakan aktiviti tahunan yang di anjurkan
oleh SMPI pusat. Kali ni, pengarahnya daripada tahun 1.
Objetkif utamanya adalah bagi merapatkan lagi ukhwah di antara batch
dan ustaz ustazah yang mengajar kami.
Selain itu, ia merupakan satu aktiviti riadah unutk merehatkan minda dari kesibukan belajar
di dalam kuliah harian.
Di samping itu, aktiviti sebegini mampu untuk
menjadi platform kepada bakal2 guru untuk aktif dan melibatkan
diri dalam sukan dan sebagainya.
Sebagai seorang guru, kita kena menjadi seorang yang versatile (kata orang kpg saya)
dan aktif dalam apa jua yang diceburi.
tarik taliApa yang dirancang selama ini berjalan dengan baiknya.
aku sendiri selaku ketua pengisian merasa terhibur dengan gelagat
semua termasuk lah ustaz dan ustazah.
kain pelikat berantaiPelbagai aktiviti dibuat dan sebenarnya terdapat beberapa aktiviti
yang tidak dapat dijalankan oleh sebab kekangan masa yang singkat.
antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari benang di atas padang rumput,
baling belon, musang berjanggut, kain pelikat berantai dan tarik tali.
main baling belonTarik tali merupakan aktiviti kemuncak pada setiap tahun.
Tahun ini tarik tali telah dimenangi oleh tahun 4 dan team ustaz mendapat tempat kedua.
tahniah buat abang2 semua..
Bagi pemenang keseluruhan pula, tahun 3 bacth aku telah memenangi
tempat pertama keseluruhan dan membawa balik piala pusingan..(tapi kena hantar balik).
hehe..untuk bergambar sahaja.
proses mengikat perut ustazAntara ustaz yang hadir adalah ustaz Ahmad Yusuf, Dr. Hamza dan Ust Ashraf Ishraqi
dan juga penyelaras kami iaitu ustazah Shamsiah.
Sokongan yang mereka berikan membuatkan kami merasa cukup seronok.
Di samping kesibukan kerja dan masa bersama keluarga di hujung minggu,
mereka dapat juga meluangkan masa bersama kami.
mencari benang di atas rumputSebelum balik, aku dan beberapa rakan yang lain telah merancang satu
acara kejutan buat sahabat di tahun3 iaitu sambutan birthday kepada sahabat2 yang lahir dari bulan Jan-Mac.
Sebiji kek telah kami belikan untuk mereka ini.
Akhir sekali, aku selaku YDP bacth tahun 3 mengucapkan jutaan terima kasih
buat semua sahabat2 tahun 3 kerana memberikan komitmen yang terbaik semasa famly day tahun ini.

Semoga ukhwah yang terbina ini menjadi noktah perpaduan kita semua.
Tanpa anda sapalah aku.
Harap2 selepas ini, kita dapat menjayakan program2 anjuran SMPI lagi.
Majulah SMPI untuk agama, bangsa dan negara
17,303 anak luar nikah didaftar 2009

17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.
Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).
Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).
“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.
“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.
“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.
“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya
