Ahad, 22 Mei 2011

Al-Fatihah buat mereka...



KEADAAN pergerakan tanah yang menyebabkan kematian 10 orang di Hulu Langat, semalam.

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cabaran; dan kepaa Kamilah kamu akan kembali” surah al-Anbiyak ayat 35

Maha Suci Engkau ya Allah, yang menghidupkan dan mematikan hambaMu. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah satu kisah yang baru sahaja berlaku. Sungguh menyayat hati sesiapa sahaja apabila melihat atau membaca tentang kes tanah runtuh yang berlaku ke atas anak yatim ini. Tiba2, sebak rasa di hatiku apabila membaca berita tentang kes tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang telah meragut 16 nyawa. Siapa akan menyangka peristiwa ini akan terjadi, tapi Maha Kuasa Allah sahaja yang mengetahui sebab dan musabab atas apa yang berlaku.

Setiap manusia tidak akan dapat lari dari keMatian. TIdak kira kecil, besar atau tua pasti akan menemui Mati. Siapalah kita untuk melawan takdir dan iradatNya. Aku yakin apa yang berlaku ada hikmah. Sesungguhnya perginya mereka adalah tanda kasih sayang Allah kepada mereka. Kepada kita yang masih hidup ini, sentiasalh beringat tentang kematian. Apa yang berlaku ini adlah sebagai peringatan kita semua yang masih hidup. Aku memetik dari Berita Harian tentang pengalaman pelajar di sana yang terselamat dari bencana itu.

Pelajar cerita pengalaman dihempap tanah sebelum diselamatkan

KUALA LUMPUR: “Saya nampak tanah dah runtuh sikit tetapi dalam masa beberapa saat saja, kawasan itu ranap dan tanah jatuh ke atas dewan dan tempat belajar. Saya nampak kawan yang tertimbus, ada yang tenggelam separuh, ada kena timpa batu dan ada mulut berbuih kerana kesakitan.

“Saya tak boleh buat apa-apa, cuma mampu selamatkan diri sendiri. Kejadian berlaku terlalu pantas, saya cuba lari tetapi tak sempat.

“Saya cuma sedar saya sudah tertimbus. Mereka (penduduk) ambil masa setengah jam nak keluarkan saya. Syukur, saya selamat,” kata Mohd Jihad Jalal, 14, seorang penghuni yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu.

Rakannya, Mohd Iman Abdullah, 14, berkata sebaik saja melihat pergerakan tanah di lereng bukit, dia sempat menjerit kepada rakannya yang berada di situ supaya melarikan diri tetapi ramai yang terperangkap kerana runtuhan berlaku terlalu pantas.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, selepas kira-kira 15 minit menggali kawasan tertimbus menggunakan cangkul, penduduk menemui dua mangsa pertama berusia belasan tahun.

“Terlalu sedih, saya tak sanggup nak tengok keadaan mereka. Ada separuh tertimbus, ada minta tolong, ada yang lambai tangan minta kami keluarkan mereka Kami cuma lakukan setakat termampu sebelum bantuan sampai,” katanya yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Ada lagi satu kisah benar yang dikongsikan oleh sahabatku di facebooknya, beliau mengatakan liang lahad yang dijadikan tempat pengkembumian mereka ini tidak sedikit pun punyai air di dalamnya. Sedangkan keadaan sekarang musim hujan, tapi itulah kuasa Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Yang pergi telahpun pergi, yang hidup ini mesti diteruskan. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar buat semua pihak. Dan mafhum dalam satu hadis nabi, ‘orang yang bijak adalah orang yang banyak memperingati tentang Mati” wallahua’alam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan