Isnin, 23 Mei 2011

5 Oktober 2011 yang ku nantikan...=)


Insyaallah, tarikh yang ditunggu-tunggu telahpun diketahui. Sekalipun masih dalam praktikal, tapi semangat untuk menerima segulung ijazah tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Hanya tuhan yang mengetahuinya.

Tarikh keramat itu adalah pada 5 Oktober 2011 iaitu jatuh pada hari Rabu minggu kedua bulan Oktober.

Alhamdulillah, urusan tiket semua dah selesai, tinggal lagi mencari tempat tinggal untuk keluargaku nanti.

Syukur sangat2, aku dan adikku Syairuddin akan bersama2 menerima segulung Ijazah pada tahun ini di satu univerisiti yang sama iaitu UM tercinta. Kalu nak diimbaskan kembali, aku tidak benarkan adikku masuk ke UM sekali atas sebab2 tertentu. Tapi Allah Maha Mengetahui hikamh disebalik apa yang berlaku.

Aku yakin saat yang ditunggu2 oleh semua sahabat SMPI 07/08 adalah pada 5.10 ini. Semua ingin menggenggam segulung ijazah sebagai tanda penghargaan selama 4 or 6 tahun belajar. Tapi ini cuma segulung ijazah, apa yang lebih dinanti2kan adalah nun cabaran yang bakal ditempuh oleh semua bakal guru2 Sarjana Muda Pendidikan Islam ini.

Gambar ini saja aku hiaskan di ruang blogku ini, tidak sabar rasanya untuk memilikinya. hehe
Namun, sekalipun UM bakal aku tinggalkan, tapi segala kenangan dan pengalaman bersama sahabat2 di sini tidak akan dapat aku lupakan. Semoga kita semua memperoleh segulung ijazah yang lebih bermakna di akhirat nanti.

5.10 akan tiba, maka bergelarlah aku seorang siswazah. Dan kehidupan diluar akan lebih mengajar aku menjadi seorang insan yang berguna atau tidak. Semoga aku dapat menjadi seperti seekor ikan, sekalipun hidup dalam air yang masin, tapi apabila di luar air ia tidak semasin yang disangka..amin..wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan