Jumaat, 1 Januari 2010

2010



Alhamdulillah, syukur tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih dipinjamkan lagi nyawa untuk aku terus hidup dimuka bumi ini sebagai hambaNYA. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, khulafa' ar-rrasyidin dan para sahabat serta para ulama semua. 2009 telah berlalu meninggalkan kita dan pelbagai pengalaman manis dan pahit telah dilalui. Semuanya telah pergi meninggalkan kita. Dan sekarang 2010 hadir pada kita untuk terus kita lalui 365 hari lagi sebelum 2011. Itupun kalu kit masih lagi berkesempatan untuk hidup lagi. Segalanya Allah dah tentukan takdir setiap manusia. MATI tidak pernah mengenal siapakah kita, DIA akan datang menjemput kita bila-bila masa. Apa yang penting, sudah bersediakah kita dengan bekalan iman dan taqwa untuk berjumpa dengan Pencipta kita??



Terdetik untuk aku menulis sedikit apa yang dikatakan tahun baru ni. Sebagai umat islam, kita telahpun menyambut tahun baru hijrah iaitu 1431H beberapa minggu sebelum tahun baru masihi datang. Apa yang penting semua memasang azam dan cita2 untuk di gapai pada tahun baru ini. Sebagai umat islam, tahun baru atau tidak, persiapan kita untuk mati amat penting. Dunia hanyalah sementara tapi akhiratlah yang kekal abadi.

Aku ingin lontarkan satu persoalan kepada kawan-kawan semua, seandainya kita ini diberikan peluang untuk dihidupkan kembali selepas mati, apakah yang nak kita lakukan?? dah pastinya aku rasa semua akan menjawab, aku nak beramal sepenuhnya, aku nak tolong anak yatim, aku nak tingkatkan amalam aku, itulah jawapan yang aku dengar sendiri dari kawan2ku yang aku lontarkan soalan tersebut. Tapi ingatlah, Kita tidak akan dihidupkan kembali tapi buatlah perkara yang hendak dilakukan itu sebelum mati. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Berbalik pada sambutan setiap tahun, ramai yang menyambut sambutan tahun baru masihi lebih hebat dari sambutan hijrah kita umat islam. banyak jalan ditutup semata2 memberi peluang untuk menyambut sambutan tahun baru ini. Kalaulah kerajaan kita mengatakan begini sebagai contoh, kita tutup kelab malam, kedai arak, rumah urut semata2 untuk mengajak rakyatnya mengadakan majlis doa selamat atau majlis kesyukuran kan bagus. Ini tidak, kelab-kelab malam la menjadi tumpuan ramai.

Seorang sahabat yang bernama ayu telah berkongsi cerita denganku, yang mana dia telah melihat satu rancangan ditv. Ceritanya begini, ada seorang remaja perempuan berkongsi pengalamanya pada malam tahun baru. Dia mengatakan pada malam tahun baru, dia dan teman lelakinya melakukan zina. Yang dasyatnya, mereka melakukan di tengah-tengah padang merdeka. Dia mengatakan, tidak ada siapa yang peduli pada masa tu kerana semuanya mabuk dan masng-masing bertukar2 pasangan untuk melakukan seks.

Nauzubillah. Inilah yang dilakukan oleh remaja Islam sendiri. Mana perginya budaya timur yang kita amalkan. Semuanya dah hilang. Budaya barat menguasai diri. Sebenarnya kita masih lagi dijajah oleh pemikiran dan budaya barat.

Seperti biasa aku menyambut sambutan tahun baru hanya duduk dikolej. Hanya melihat percikan bunga api dari jauh sahaja. Bukan tidak mahu melihat dari dekat, tapi bahaya yang mengundang ditakuti menimpa diri. Suasana dikolej sedikit bising apabila jam menunjukkan 12.00 tepat dan mulalah ramai-ramai kuar dari bilik untuk melihat percikan bunga api di KLCC yang dapat dilihat sini. Bagi aku, setiap tahun baru memberi seribu makna bagiku kerana tarikh 1 januari setiap tahun adalah hari jadi ayahku. Semalam aku kol mereka dan mereka tengah menyambut hari lahir ayahku dalam suasana yang sederhana. Seingat aku, lama dahtak sambut besday ayah, kalau tak silap masa aku lepas spm, aku buat sedikit majlis dengan duit gajiku sendiri. Dah 5 tahun berlalu, aku mendoakan semoga ayah panjang umo dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Apa yang ingin aku lontarkan disini, adakah setiap yang kita cita2kan setiap tahun tercapai dalam tempoh 365 hari sahaja? ingatlah, manusia yang mampu merancang dan pastilah Allah yang menentukannya. Sesungguhnya perancangan Allah itu amat halus. Dia amat mengetahui. bagi kawan-kawan yang belum tercapai hasratnya, usaha dan terus berusaha dan berdoalah minta padaNYA apa yang diinginkan.

Jangan kita sedih sekiranya apa yang kita rancangkan tidak tercapai, tapi sedarlah ada hikmah yang Allah berikan pada kita. Tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat, mungkin sesuatu yang lain kita akan dapat. Syukurlah dengan apa yang ada dan berusahalah lagi untuk mencapai kehidupan yang hakiki iaitu di akhirat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan